Tuesday, April 06, 2010

RED VELVET CUPCAKE BY CMG

Semalam cuba resipi kapkek Cik Mat Gebu...
Nama yang CMG bagi ialah Red Devil Cupcake tapi katanya nama asal kapkek nih adalah Red Velvet Cupcake...
Red tu sebab dlm resipi ada letak pencelup merah sket tapi rasa mcm choc kapkek...
Mudah nak buat, tak pakai telur n butter...
Tapi hasilnya amat memuaskan hati...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan susu soya (aku guna susu segar)
1 camca teh "cider vinegar" = cuka epal (aku guna cuka masakan biasa)
1 1/4 cawan tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
1/2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*disatukan dan gaul rata)
1 cawan gula halus (mat kurang kan 2 camca besar)
1/3 cawan minya canola (aku guna minyak masak)
1 camca besar pewarna makanan merah
1 camca teh coklat emulco
2 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh esen badam (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan susu dengan cuka epal, ketepikan dan biar sampai mendadih (jadi seakan yogurt), teknik ini penting untuk tindak balas soda bicarbonate.
  2. Dalam satu bekas, satukan gula, minyak, pewarna merah, coklat emulco, esen vanilla, esen badam (kalau guna) dan bancuhan susu + cuka epal tadi. Kacau rata hingga gula larut. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata, kacau satu arah sahaja.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, bakar 18 - 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihias ikut kreativiti masing. Lagi sedap dimakan keesokkan harinya.
SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

  1. cedapnyer..mcm nk try buat jer..

    ReplyDelete
  2. zie: cubalah buat, mudah je lagipun takyah pakai mixer...just campur gaul...

    ReplyDelete
  3. wah dah try yer....nt kyong nk try buat gak la...tq

    ReplyDelete
  4. k.yong: ok, roger! pastu bg komen ekk...

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:55 PM

    wah ros rajin tol semenjak memenjak ada oven baru hehehe

    ReplyDelete
  6. nana: benda dah ada depan mata jgn dipersiakan...gunakan sebaik2nya... hihihihi

    ReplyDelete
  7. wah kak long, resepi tak yang guna mixer neh yang best..rajin sungguh la.. =D

    ReplyDelete
  8. nami: mcm yg k.long kata dulu, kak long cuma rajin buat resipi yg mudah2 dan senang... hehehe, cuba try test buat...sedap nih...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails