DIbuat untuk hidangan minum petang kemarin...
Kebetulan ada roti yg dah nak expired...
Godek2 internet jumpa resipi Puding Roti laici kat blog Kak Hanieliza...
Nih la hasilnya....
Yang kecoklatan tu aku saja gatal tangan gi tabur milo kat atas tu....
Pasnih nak tabur penuh, sedap....
Amacam? terliur tak? Cubalah buat...
PUDING ROTI LAICI
Bahan
1 buku roti saiz kecil [450gm kot] (aku cuma pakai 7-8 kpg je)
1 tin susu cair
1 tin air (yang nih aku gantikan dengan air dlm tin laici tadi, separuh tin)
1 tin buah laici
1/2 cawan gula halus/ gula kastor (aku letak 5 sudu besar)
2 biji telur
Sos Caramel [ masakkan sampai pekat] - tak buat pun sebab rasa mcm dah ok, cukup manis
1 cawan gula perang [brown sugar]
1/2 cawan air
Cara.
1. Koyakkan isi buah laici dan roti pada saiz kecil.
2. Campurkan semua bahan cecair dan rendamkan semua bahan selama 1 jam.
3. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam
4. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
5. Hidangkan dengan sos caramel.
No comments:
Post a Comment