Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Monday, March 12, 2012

CITA-CITA AYRA TERCAPAI

Dulu ayra selalu cakap kat aku, "Ibu pi work, ayra pi skolah"...


Ayra dah pegi skolah start ujung bulan lepas...

Selepas aku kembali bekerja...

Alhamdulillah ayra tak susah untuk bangun pagi, sangat2 di luar jangkaan kami berdua (aku n en abu)...

Semoga ayra rajin blajar dan menjadi kebanggaan ibu n abah...

Thursday, February 02, 2012

ALHAMDULILLAH

Syukur pada Allah swt di atas nikmat yang telah diberikan....

pssst: saya tak preknen, sekian.

Monday, December 19, 2011

PENGHILANG RINDU

Lama rasanya tak up entri bergambar tuan tanah kedaung n anak dara beliau. So, layan je la sekeping gambor tak seberapa nih uat penghilang rindu korang. Hehehe, mode perasan ada yg rindu...

My first baju kurung polkadot. Baju raya aritu...

Wednesday, November 23, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #10 : 19 TAHUN YANG LALU


5 Mawar Merah di SRKSAT...
Rindu semua....

pssst: dapat cari tak mana satu aku? kredit to tini yg upload gambar nih kat FB...

Thursday, October 06, 2011

TQ ABAH AYRA... I LOVE U!

Sebab hampir semua wishlist by, dah abang penuhkan...

Jam tangan Alba. Nih dapat time raya aritu.

Last month dapat printer canon 3 in 1 nih plak.
Dan last week dapat vakum pensonic comel nih.

So, pasnih dah takdak alasan lagi kan? Hehehe...makaseh abang... NGCML4U! Luv U very much!

pssst: pic kredit to mr google

Wednesday, March 09, 2011

ON OUR 4TH ANNIVERSARY

ABANG, SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-4.


Alhamdulillah, di hari yang berkat nih aku dah boleh discaj. Ingatkan nak kena celebrate anniversary di wad. Tapi malam nih takleh gi memana lagi sebab masih berpantang. Oppps, bukan pantang bersalin atau pantang MC ye tapi berpantang sebab jadi kayap. Aku sekarang tak makan makanan yang boleh jadi gatal, kang jenuh nak menggaru. Pedih satu hal.

Kayap di telinga aku dah kering dan dah tak merebak. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan aku. Hanya Allah yang boleh balas jasa kalian semua.

Aku rindu kat ayra coz semalam seharian dia tak dibawa melawat aku di wad. Balik karang nak 'cover' peluk cium dia.

Monday, February 14, 2011

KELAS CUPCAKE WITH KAK RANI

Dah lama sebenarnya teringin nak join kelas deko cupcake nih. Sabtu lepas barulah dapat direalisasikan. Sebelum nih dok cuci mata ja tengok2 kat blog orang especially blog kak rani dan blog kak gee.
Dengan kak rani merangkap my tok guru.

Dengan klasmet, kak zan dan kak ros. Aku yang terlebih inci terpaksa duduk atas kusi, kesian kat kakak2 berdua tu.

Dan hasil kerja tangan kami bertiga setelah hampir 8 jam bertungkus-lumus. Susah jugak ekkk rupanya nak deko cupcake nih.

Dan inilah hasil keras tangan aku. Nak kena prektis lagik nih.

Yang mana paling cantik? Ayra awal2 lagi dah booking si elmo tu. Thanx to kak rani.

Saturday, August 28, 2010

BATUK DI BULAN PUASA

pejam celik, pejam celik dan masuk 18 ramadhan, dan hampir seminggu jugakla aku batuk. Mula-mula sakit tekak, nak telan air liur pun rasa sakit. Pastu melarat ke batuk pulak. Dah telan mcm2 ubat, tapi still tak lega jugak. Macam mana nak lega kalau time berbuka mesti ngadap air ais. Tapi tak tahan dugaan la, tambah plak bila batuk nih tekak cepat terasa kering dan pedih. Time berbuka tu aku minum la air ais sepuas2nya. Pasnih kena berpantang minum ais ler jwbnya kalau nak cepat sembuh.

Dan time nih ada jugak spekulasi yg mengatakan aku peknen. Hehehe, sebabnya dulu masa ngandungkan ayra, aku batuk tak berhenti sepanjang 9 bulan 10 hari. Lepas bersalinkan ayra, terus batuk tu ilang. Sampai sekarang baru jadi balik. Tapi aku rasa tak, nih batuk panas+byk minum air ais. Tapi kalau btol pun, ok jugak. Mungkin tidak... *wink*

Hari nih (18 ramadhan) terbabas bangun sahur. Rasanya gara-gara ubat batuk yang aku makan sblom tido semlm. Padahal, alarm henfon bunyik. OFF alarm then tido balik. Tapi mmg tak dpt nak buka mata langsung time tu. Tekak dah la pedih nih, ingatkan dapatla minum air masak byk2 time sahur tadi tapi aduyaiiii...terbabas la plak.

Arinih nak bawak ayra ke hospital, untuk buka jahitan di dahi akibat Tragedi 7 ramadhan aritu. Patutnya semalam tapi semalam public holiday di Perlis sempena Nuzul Quran. Hope ayra tak meraung le nanti. Rasanya mesti ayra akan kena bedung mcm time dia kena jahit last week. Kalau tak bedung, sure dia tak bagi doc buka jahitan tu. Aku nak belek tempat luka tu pun dia tak bagi lama2. Lepas balik dari hospital, nak singgah watson/guardian. Nak cari Bio Oil atau Cocoa Butter atau aloe vera atau Vitamin E atau apa2 saja krim nak ilangkan parut di dahi ayra tu.

pssst: arinih plan nak follow en abu berbuka dgn group kereta dia dia Hotel Putra Brasmana, tapi tatau la jadi ke idak. Kita tgk la ptg nanti...

Friday, July 16, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Ya, hari nih adalah hari lahirku...

Yang keberapa? Kira la kalau nak tau brapa tahun umur aku...Dapat jawapan? Kalau masih ragu2, tengokla tahun kelahiran aku then cuba calculate...

Btol, hari nih adalah hari lahirku yang ke-29...


Dah lama tak meniup lilin atas kek besday. Larat lagi ke nak tiup 29 btg lilin mcm kat bawah nih? Hehehe, larat lagi kot...


Aku bersyukur dengan segala kurniaan Ilahi sepanjang aku hidup di muka bumi nih...
Semoga aku akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...
Semoga aku akan sentiasa berbahagia di samping keluarga yang aku cintai...
Semoga Allah sentiasa berada bersama-sama ku...
Amin...

Monday, June 21, 2010

TAMBAH KOLEKSI DAPUR

Semalam on the way ke SP, singgah di alor star. Plan asalnya nak ke Pekan Rabu saja sebab nak belikan serunding ayam yang dipesan oleh MIL. Tapi aku ajak en abu singgah kat Jalan Stadium, Kedai Sugar & Flour (Sayang Cake Ingredient Mart).

First time aku jejak kaki ke sini. Macam2 ada. Kalau dok kat jitra senang la nak mai sini beli barang nak buat kek. Tapi dari Kangar, agak jauh. Lebih kurang satu jam. Memang best aa, dari bahan basah sampai ke bahan kering sampai ke mixer, sampai ke cup yg beraneka corak dan saiz. Semua ada.

Tapi aku cuma rembat barang2 nih ja. Jadilah, buat permulaan. Dan untuk tambah koleksi di dapur.

1. measuring cup n spoon
2. cake derator (nak try design cupcake, tatau la bila nak jadi)
3. roller (saja beli yg fondant roller nih)
4. Loyang muffin (nih kes nak buat muffin pakai paper cup. Aritu buat muffin untuk kenduri akikah anak sedara aku jadi herot-petot gara2 tak pakai loyang muffin)

Wednesday, June 16, 2010

AKU DOLU-DOLU

Bestnya, tadi tengah online FB tiba-tiba ternampak ada sorang member lama letak gambaq dia dolu-dolu. Member nih, Zafirah atau aku panggil Kek Ah dulu duduk sekampung dengan aku di Kodiang. Sekarang Kek Ah masih stay kat kampung tu dengan family dia tapi aku sekeluarga yang dah pindah.

Lepas pindah aku lost contact dgn Kek Ah sampai ke sekolah menengah kami jumpa balik sebab kami satu sekolah. Dulu2 tak pandai nak berhubung, bila dah ada kemudahan mcm FB, internet nih senang la sket.

Rasanya gambaq2 kat atas nih aku (berskirt itam), Kek Ah (berskirt kelabu) dan kawan2 kampung yang lain yang aku dah tak ingat nama depa. Kalau jumpa pun, rasanya dah tak cam.

Nih plak aku ngan Kek Ah. Rasanya time nih baru 3-4 tahun.

Dan 3 serangkai berbaju ijau (aku, bangah n tin) dengan Kek Ah. Time nih rasanya aku 5 tahun++. Dulu-dulu kami 3 beradik selalu baju sama, kain kosong dan baju aku harus ada kerawang dari leher sampai dada. Rindu zaman tu. Teringin nak tengok aku pada zaman tu, sebab aku samar2 keadaan aku masa tu. Yang aku ingat, kat kampung tu jugak aku patah tangan kiri akibat main "gon" (tebing yang tak berapa tinggi). Lain2 aku tak brapa ingat.

pssst: gambar zaman kecik aku langsung takdak dlm simpanan, semua musnah sebab banjir, sedih....

Monday, June 14, 2010

KISAH AKU & NESCAFE

Zaman U dulu, aku adalah salah sorang peminum nescafe tegar. Walaupun aku sudah kebal dengan minuman berkafein tu. Mana taknya, org lain kalau minum nescafe sure takleh tido so dptlah stay up utk study atau buat assignment. Tapi aku minum lah banyak mana pun, kalau aku nak tido mesti tido lena-selena lenanya.

Tapi sampai satu masa, aku jadi terlalu sakit kepala sampai tak boleh nak buka mata. Dan pada masa tu aku yakin yang punca utamanya adalah nescafe. Aku decide untuk stop minum nescafe.

Lepas kawen, en abu merupakan peminat nescafe tegar. So aku tak dapat menahan nafsuku tiap kali bancuhkan nescafe untuk dia. Bila aroma nescafe yang wangi tu menusuk hidung, dah tak dapat nak buat apa2. Aku kembali terjebak dengan minuman berkafein nih. Boleh dikatakan setiap pagi dan petang mesti minum satu mug. Kalau buat minuman berais pun, nescafe jugak. Tegar sangat kan kami berdua nih dengan nescafe...?

Minggu lepas, kejadian lama berulang. Aku mengalami sakit kepala yang amat dari pagi sampai ke malam. Siap dengan belahak (sendawa) untuk kluarkan angin. Bila ditarik rambut pun dah tak rasa apa2. Arrggghhhhh, nih mesti pasal nescafe. Sampaikan pada malamnya aku susah nak tido. Buat kali keduanya, aku kembali berhenti minum nescafe.

Tapi aku tak serik lagi, semalam ku bancuh nescafe lagi. Dengan niat nak try, kalau ok aku nak minum balik. Ishhhh, awat la yang susah sangat nak stop terus nih? Malang sungguh nasib aku bila sakit kepala kembali menyerang. Sampai pukul 2 pagi aku tak tido. Dan kali nih, aku memang dah takmo minum nescafe lagi. Aku takmoooooo!!!! Baik minum teh o ais lagi sedap kan? Tambah plak kalau ada buah laici. Oh teh o ais laici idaman kalbu.

pssst: gambar kredit to google

Thursday, May 13, 2010

AKU DAN PINK

Korang sendiri nampak layout blog aku PINK kan?

Di kalangan member2 zaman U dulu mmg ramai yang dah tau akan obsesiku dengan kaler PINK. Sampaikan diorang sendiri pernah cakap mcm nih

"Tadi nampak something kaler PINK, terus teringat kat kak ros"
(ramai kawan-kawan sebaya yang memanggilku 'kak ros' sebab kelebihan ketinggian ku dari mereka. Ketinggianku 173cm.)

Mula dari zaman blajar aku mmg dah minat dengan PINK. Nih salah satu gambaq koleksi PINK ku masa itu yang masih ada.

Dan kuabadikan jugak kaler feveret ku nih masa hari persandingan ku. Alhamdulillah, org sebelahku tak banyak cakap bila tau dia kena pakai persalinan PINK.

Begitu jugak bilik pengantin yang kuhias simple, disaluti dengan PINK.

Anak dara ku nan sorang terpaksa akur dengan kegilaan ibunya terhadap PINK.
(Nasib baik anak aku pempuan kan? Kalau lelaki, takkan aku nak salut dgn PINK jugak. Nanti jadi awww, tak ke haru. Tapi zaman sekarang lelaki metropolitan pun pakai jugak baju kaler PINK kan?)

Semua gambar2 di bawah kredit to google.
Tadi tangan aku tetiba gatal nak pi search pasal kitchen dan kitchen tools yang kaler PINK. Banyak rupanya. Periuk PINK ada.

Whisk, spatula n senduk PINK pun available.

Nih gadget2 kat dapuq, PINK belaka. Toaster PINK, mixer PINK, blender PINK. Semuanya PINK.
Scale PINK, dapur PINK, set pisau pun ada yang kaler PINK.

Dan ada jugak yang cat dapur diorang dengan kaler PINK. Nampak cantik, especially yang hot PINK macam nih.
Yang nih pun ok.
Tapi baby PINK nih nampak macam dull sket kan?

Kalau dapat beli high chair PINK nih untuk ayra, kan best. Aritu IKEA takdak kaler PINK, sebab tu aku rembat yang kaler merah.

Tapi dalam banyak gambar dapur PINK yang aku jumpa, yang bawah nih paling menarik hati. Set dapur menan. Comel jer. Sweet sangat. Mesti Ayra suka kalau dapat benda alah nih. Anak dara kena practice awal2.

Sekian. Sori kalau boring baca entriku yang panjang berjela nih. Nak ilangkan ngantuk di kala hujan sedang turun dengan lebatnya.

Sunday, May 02, 2010

SEKARANG NIH SUSAH NAK CARI

Aritu terbaca kat blog nana. Rupanya dia ada simpan koleksi sama macam aku. Koleksi duit kertas seringgit lama. Nana, Ros dah ada 60++ keping, exact number taktau sebab kat dlm purse tak cek ada berapa keping. Yang loose mcm kat bwh nih ada 49 keping.

Yang kat dalam frame nih ada 17 keping. Frame nih dibuat dalam 6-7 tahun lepas. Dan didedikasikan kepada en abu zar, sebagai pemilik mutlak frame eksklusif nih. Dulu time couple, dia simpan dalam lemari. Sekarang dah kawen, kita pamerkan kepada umum. Takdakla sampai nak buat pameran bagai. Cuma sekarang frame nih disusun bersama2 frame2 gambar yang lain. Kononnya huruf R tu untuk Ros. Romantik pun sesuai jugak kan?

Last sekali ros dapat duit kertas singgit nih rasanya 5 tahun lepas. Sekarang dah susah nak cari. Dulu kalau nampak je kat mana, terus mintak tukar. Sayang sangat koleksi berharga nih.

Related Posts with Thumbnails