Thursday, August 28, 2014

TIPS DAN ADAB MASUK RUMAH BARU

Insyaallah dalam masa terdekat nih kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru. Terjumpa entri blog ni yang sangat sesuai untuk ros simpan di sini sebagai rujukan.


Persediaan Sebelum Berpindah

Sebelum itu pastikan sudah ada rumah baru untuk didiami sama ada sewa atau beli. Kemudian pastikan sudah cuci rumah berkenaan dan bersedia menerima kemasukkan barang. Proses persediaan sebelum berpindah adalah seperti berikut:
1.Kenal pasti kategori Barang
2.Cari kotak atau dapatkan bakul tertutup
3.Labelkan kotak atau baku tertutup
4.Masukkan Barang ke dalam kotak atau bakul tertutup mengikut kategori barang dan kepunyaan bilik mana.
5.Barang kaca dibungkuskan dengan kertas atau kain/tuala
6.Barang mudah patah diasingkan dan dimasukkan ke dalam kotak atau baku bertutup yang dilabelkan mudah patah/pecah
7.Barang-barang yang sudah lusuh dan tidak digunakan sangat boleh dihantar ke pusat pelupusan atau pusat jualan barang-barang lama. Ambillah duit dari bahan jualan ini dari pengutip barang.
8.Asingkan barang keperluan semasa
9.Semasa makin hampir dengan hari berpindah, tinggalkan barang untuk kegunaan semasa untuk baki hari yang tinggal sahaja. Yang lain packing kan masuk dalam beg dan kotak. Labelkan
10.Buat checklist barang supaya tidak akan hilang barang masa berpindah
11.Letakkan setiap kotak dan bakul bertutup di bilik/ruang masing-masing. Jangan di campurkan kerana mudah untuk mencari barang jika perlu
12.Hubungi dan tempah lori seminggu sebelum berpindah
13.Hubungi saudara dan adik beradik minta bantuan seminggu sebelum berpindah

Kerja Semasa Berpindah

Bangun pagi dengan ceria dan sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja berpindah. Kemudian mula kan kerja dengan penuh semangat :
1.Kemas kesemua barang termasuk barang kegunaan minggu terakhir yang dah berlalu
2.Bawa keluar dan bawa turun ke semua kotak dan bakul tertutup dari ruang/bilik masing-masing
3.Angkat dahulu barang yang berat dan diletakkan diluar rumah
4.Barang yang ringan tinggalkan dahulu di dalam rumah
5.Masukkan barang yang berat dan besar dahulu di atas lori
6.Bakul dan kotak yang berat dan padat diletakkan di bahagian bawah
7.Bakul dan kotak yang ringan diletakkan di bahagian atas
8.Barangan di dalam beg dan mudah diangkat boleh saja di bawa dengan menggunakan kereta sendiri dan kereta saudara serta adik beradik yang membantu
9.Pastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan bersih
10.Sapu habuk dan bersihkan lantai rumah sebelum ditinggalkan pada hari berkenaan atau datang pada hari yang lainnya atau tinggalkan amanah ini kepada saudara yang duduk berhampiran. (jika pindah jauh)
11.Pastikan semua punca elektrik ditutup dan pili air dikunci.
12. Kunci rumah sebaiknya
13. Ucapkan selamat kepada kediaman yang ditinggalkan dan ucapkan terima kasih kerana memberi perlindungan di sepanjang menduduki rumah berkenaan
14. Jika ada tanaman, siram tanaman buat kali terakhir. atau bawa sekali tanaman (jika tanaman pasu)

Tips Pindah Masuk Barang ke Rumah Baru

1.Pastikan sudah bersihkan rumah baru yang akan didiami terlebih dahulu beberapa hari sebelum masuk ke rumah tersebut.
2.Pastikan juga kerja-kerja seperti pemasangan siling kapur yang baru, kerja-kerja pendawaian elektrik baru, pemasangan kabinet baru dan sebagainya sudah diselesaikan dahulu sebelum bawa masuk barang ke dalam rumah tersebut.Kerja-kerja ini berhabuk dan boleh dilakukan sebelum berpindah
3.Semasa hari perpindahan, angkat dan turunkan barang dari lori dan terus di bawa ke ruang/bilik yang sepatutya mengikut label yang telah dicatatkan pada kotak dan bakul tertutup.
4.Terus keluarkan barang dan susunkan barang ke dalam kabinet yang telah disediakan setelah kabinet tersebut dibersihkan dan dilap.
5.Jika dapati ada barang yang tidak sesuai atau sudah tidak diperlukan lagi, asingkan ke dalam kotak atau plastik yang lain untuk diagihkan ke tempat sepatutnya
6. Elakkan menangguh penyusunan barang atau tinggalkan di dalam stor sahaja
7.Gunakan tenaga dan mood berpindah yang diluangkan ini sebaiknya untuk mengemas sahabis mungkin.
8.Elakkan menwujudkan ruang/bilik stor. kerana barang yang disimpan besar kemungkinan tidak akan digunakan langsung. Jadi, semua barang yang digunakan susun sebaiknya. Tiada istilah stor di dalam rumah
Adab duduk rumah baru

1. Beri salam kepada rumah yang bakal di duduki
2. Cuci dan bersihkan dahulu rumah tersebut
3. Datang sekerap mungkin sebelum duduki untuk membersihkan kediaman dan solat serta mengaji di rumah tersebut setiap kali selesai aktiviti memberishkan rumah
4. Sebelum tidur di malam pertama, pastikan rumah sudah dibacakan doa dan dipasang "pendinding". Jemput jemaah surau berdekatan untuk mengadakan solat hajat dan sedikit tahlil untuk memberikan roh islam ke dalam rumah tersebut dan menghalau gangguan jin dan syaitan yang mungkin mendiami rumah tersebut sepanjang tidak berpenghuni.
5. Banyakkan mengaji dan bersembahyang di rumah ini bagi mengekalkan tembok "pendinding" penghalang masuknya gangguan jin dan syaitan ke dalam rumah
6. Setiap kali masuk ke rumah ucapkan salam
7. Berkenalan dengan jiran sekeliling untuk menjamin keselamatan rumah dan keluarga
8. Tidak terlalu membuat bising hingga mengganggu jiran sebelah
9. Membuat kerja-kerja drill dan mengetuk di siang hari sahaja (malam jiran rehat dan tidur)
10. Sentiasa jadikan rumah dalam keadaan bersih dan terjaga

Itulah serba sedikit perkongsian dari tentang tips berpindah dan masuk rumah baru.

Kredit untuk blog ini.

Tuesday, August 26, 2014

MOM'S TIME OUT @ASTRO709



Tiga Orang Ibu Mendapat Peluang Bercuti dalam Penerbitan Asli Pertama LIFETIME Asia, Mom’s Time Out 

LIFETIME (Saluran Astro 709) akan menayangkan siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos, yang menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah. Tiga orang ibu tersebut pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si bapa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.  

Mom’s Time Out akan membawakan kepada penonton pengalaman skrin kedua interaktif menerusi perbincangan mingguan. Penonton boleh memuat turun aplikasi ScanAd pada peranti Apple dan Android mereka dan menyertai perbincangan keibubapaan yang memperkatakan pelbagai topik dari menguruskan tabiat sosial anak hingga mengendalikan anak yang mengamuk.

Meh kita tengok trailer Mom's Time Out ni;


 #MomsTimeOut


Mom’s Time Out menggalakkan tema kekeluargaan, iaitu fokus utama dalam budaya Asia, dan  telah menarik perhatian jenama-jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central VietnamKidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN dan The Little Big Club untuk menjadi sebahagian daripada siri ini.

“Kami ingin menerokai idea bahawa menjadi seorang ibu adalah soal sikap dan bukannya sekadar hubungan biologi, jadi kami mengujinya ke atas tiga orang bapa dari Malaysia, Singapura dan Filipina. Ia merupakan tema yang menyeronokkan dan menarik untuk kami jadikan sebagai penerbitan asli pertama kami untuk LIFETIME,” kata Chris Humphrey, Pengarah, Penerbitan A+E Networks Asia.

Meh ros kenalkan keluarga yang terlibat dalam siri Mom's Time Out nih.

1. Keluarga Baileys

2. Keluarga Jason

3. Keluarga Pangs


Para bapa berusaha untuk menjadi ibu di kala isteri2 mereka pergi bercuti. Macam2 gelagat dan aksi menarik akan korang tengok dalam siri ni.


Kena shopping barang dapur.



Kena kemas rumah.



kena bagi anak makan.

“Kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada ibu-ibu dalam siri Mom’s Time Out yang selama ini telah bekerja keras menguruskan rumah tangga. Dengan pemandangan indah Laut Timur dan gunung-ganang yang memukau, resort percutian tropika Angsana Lăng Cô yang anggun, kontemporari dan penuh keseronokan menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan  bersantai. Kami yakin bahawa ibu-ibu ini akan menghargai waktu percutian mereka di Angsana Lăng Cô dan benar-benar seronok menerokai Vietnam Tengah,” kata Jacqueline Kennedy, Pengarah Kawasan bahagian Jualan dan Pemasaran bagi Angsana Lăng Cô, Central Vietnam.

Themed Attractions and Resorts, yang mengendalikan taman tema terkenal KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN, dan The Little Big Club, berbangga menyediakan destinasi pendidikan dan rekreasi untuk keluarga siri Mom’s Time Out. “Destinasi yang menawarkan sesuatu yang relevan dan berguna kepada ibu bapa dan anak-anak sememangnya mengeratkan talian kekeluargaan. Taman-taman tema kami berbuat demikian dengan membolehkan ahli keluarga meluangkan masa berkualiti untuk bermain bersama,” kata Philip Whittaker, Ketua Pegawai Pemasaran, Themed Attractions and Resorts.

Ikuti pengembaraan keluarga yang lucu ini dalam Mom’s Time Out pada bulan Ogos ini di saluran LIFETIME. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lifetimeasia.com/MomsTimeOut.

#MomsTimeOut

LIFETIME™ ditayangkan di Astro Saluran 709, Pek Variasi.

Jangan lupa! Siri ini bermula pada :

Selasa, 28 Ogos 2014
Saluran Astro 709

Dan jangan lupa download ScanAd app di Appe Iphone/Ipad dan Android korang untuk menyertai contest dan memberi peluang untuk memenangis percutian 3D2N di Angsana Lang Co, Central Vietnam. Korang juga boleh berkongsi pendapat/idea dengan ibubapa lain yang melayari aplikasi tersebut.


Monday, August 25, 2014

HOLIDAY | LANGKAWI 100514-110514 PT.2

Ok, sambung cerita bercuti di Langkawi. Part 1 ada kat sini ya.

Pagi kedua kat Langkawi dimulakan dengan breakfast nasi lemak udang galah kat area Kuah, tak jauh dari hotel tempat kami menginap. Pastu terus terjah Oriental Village sebab nak naik kereta kabel. Sampai Sana dalam pukul 10 lebih. Terus gi beli tiket kereta kabel. Ramai btol orang aritu. Sambil menunggu, jenjalan dalam oriental village dulu.


Sampai masa, batch tiket kami dipanggil untuk queue di stesen kereta kabel. Hampir sejam queue, akhirnya dapat naik kereta kabel Langkawi.


Gambar kenangan kami 4 beranak dalam kereta kabel Langkawi yang disnap oleh pasangan pelancong omputih. Thank you sir.


Azri keletihan coz dah skip waktu tido. Mujur tak buat perangai. Kesian jugak kat dia tapi bukan selalu kan dik kan.


Photo taken by kakak Ayra. Adik takmo senyum langsung. Bad mood. Ni di stesen kedua kereta kabel.


Ini di stesen terakhir. Photo taken by kakak Ayra jugak coz kami berdua saja yang sampai ke sini. En Abu dah tak larat dan kesiankan si kecik tu sebab cuaca panas. Cantik sangat pemandangan kat atas nih.


Sky Bridge under contruction so tak dapat nak gi situ. Takpelah, lain kali kita mai lagi. Memang satu pengalaman yang mendebarkan bila naik kereta kabel nih. Mengucap panjang. Tinggi sungguh. Alhamdulillah kami sampai ke stesen pertama dengan selamat. 

Keluar dari Oriental Village, terus ke Pekan Kuah nak shopping sikit. Kami pilih ke Kompleks Haji Ismail Group. Tak banyak shopping pun. Ye lah, last minit vacay kan. On the way ke kuah, singgah kat jeti ni ambik gambar kakak Ayra. Ros tak turun keta pun coz si kecik masuk dalam keta terus tertido.



Lepas shopping, singgah Makan di McD Kuah. Tiket feri untuk balik dah beli siap2 masa sampai kemarin. So, takdak la nak berkejar2an sangat kan coz dah tau time feri balik Kuala Perlis. 

Alhamdulillah, percutian yang menggembirakan especially buat Ayra walaupun perancangan last minit. Insyaallah ada rezeki, ibu dan abah bawak kakak dan adik ke Langkawi lagi ya.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;
 
ROS
019-574 9154
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.


Related Posts with Thumbnails