Tuesday, September 11, 2007

Rezeki Ramadhan

Last entri, aku tanya bila akan tiba masa aku...
Alhamdulillah, akhirnya aku dikurniakan dengan rezeki Ramadhan.
Berkat usaha dan doa aku dan suami, aku dah disahkah pregnant.
4 minggu usia kandunganku.
Setakat nih, aku x alami sebarang morning sickness.
Mudah-mudahan bleh la posa penuh...
Doakan aku selamat semuanya...

Tuesday, August 07, 2007

WHEN WILL BE MY TURN....?

Wid sudah....
Adik pun sudah....
Syahrul pun sudah....
Syima pun sudah....
Afida pun sudah....
Aku??? When wil be my turn???
Can't wait that moment.....

Tuesday, July 17, 2007

MY 26TH BURZDAY....

The most wonderful thing happened last night... dinner by the seaside... walaupun cuma ada 'lamp light' bukannya 'candle light' but its still the unforgettable moment since we're getting married... thanx abang, by tak kisah takdak hadiah pun tapi masa yang abang luangkan semalam amat by hargai... luv u very much sayang...

Thanz jugak untuk sedara n kengkawan yang send SMS, add komen atau antar mesej kat frenster... tima kasih coz x lupa hari peningkatan umur aku... tahun nih for sure aku inginkan yang lebih baik dari tahun sebelum nih tambah lagi dengan perubahan status aku skrg... target aku skrg, nak abihkanPG study aku nih A.S.A.P and aku ingin sangat menambahkan bilangan ahli keluarga aku... mudah-mudahan segala yang aku impikan akan menjadi kenyataan... Amin...

Friday, July 06, 2007

TAK ABIS LAGI.....

Wahhhh!!! aku ingatkan dah abis listkan kengkawan aku yang sudah dan bakal melangsungkan hari bersejarah diorg, rupa-rupanya ada lagi yang tertinggal. Dua couple ja yang tertinggal, Idah & Among, diorg nih tunang ujung Mei 2007 dan bakal melangsungkan their big day dalam ujung thn nih, around bulan November atau Disember kalau tak salah aku. Lagi satu couple, Fazu dan Mr. Right (aku x kenal sape bakal hubby dia). Fazu nih classmate aku dari sek rendah, masa sek menengah kami kelas lain2. Dia pun bakal melangsungkan her big day dalam ujung tahun nih....

Semalam aku dapat sms dari CT Harlina (ex-skulmate aku). Dia bgtau yang dia dah selamat melahirkan Wan Ehsan Mirza bin Wan Azrin Shah. Sedap nama baby dia. Tahniah untuk Lina dan Wan, alhamdulillah ibu dan baby sihat. Aku jugak nak ucapkan tahniah buat kawan baik aku coz dia bakal menjadi ibu x lama lagi. Wid, jaga diri and baby bebaik yer. Dah x lama dah Ejam nak balik. Doakan kak ros plak ekk....

Tahniah, tahniah dan tahniah untuk semua...

Wednesday, June 27, 2007

WAHHHH!!!!! - part 2

Last entri aku dah listkan teman2 aku yang sudah dan akan melangsungkan majlis pertunangan atau majlis perkahwinan dalam tahun nie. Ingatkan dah abih aku senaraikan, rupanya masih ada yang tertinggal.

1. Yus & Mamat - diorg nih coursemate aku di KUTKM. diorg bertunang pada 13 Mac 2007
(yus, aku dah letakkan nama ko... aritu luper btol... jgn marah ekk)
2. Nadia & Huzaimi - nadia nih classmate aku masa form 1. Kawen pada 30 Jun 2007
3. Harith & isteri - Harith classmate aku dari darjah 4 sampai darjah 6. resepsi di Jitra 14 Julai
2007
4. Azlie & bakal isteri - Dia nih satu kolej dgn aku dan juga sedara jauh sebelah mama aku. Aku x sure bila exact date dia tapi 2,3 ari lepas dia ada mintak address nak antar kad kawen.
5. Fida & tunang - Aku kenal fida thru frenster, resepsi di Alor Star around sekitar Ogos 2007
6. Wid & Ejam - My best fren ever. Majlis resepsi dalam bulan Ogos 2007.
7. Shazwan & tunang - Shazwan nih jiran da juga schoolmate aku. resepsi di Jitra sekitar Ogos
2007
8. Sarah & Jad - Sarah x-classmate dan juga jiran setaman dgn aku. Kawen sekitar Disember
2007

Ada lagi ke yang tertinggal ekk....? Tapi memang banyak betul teman2 aku yang nak bertukar status jadi tunang atau suami atau isteri orang tahun ni. Tahniah dan semoga berkekalan...

By the way, aku jugak nak wish congrats to Irina coz selamat melahirkan AISHAH NUR DAMIA dan Zatul juga yang selamat melahirkan MOHD HAKIM... Alhamdulillah, semuanya sihat & selamat... Ada lagi ke yang dapat baby yang aku x list???

Tuesday, May 22, 2007

WAHHHH!!!!!

Wahhhhh!!!! Tahun nih jadi tahun orang yang close dgn aku kawen, tunang dan sebagainya. Tahun-tahun sebelum nih pun ada cuma tahun nih luar biasa sket sebab ramai sgt. Mula-mula Cheedah tunang, aku kawen, then Wid & Ejam nikah. 26 mei, (kalau x salah aku) Idah nak tunang. Kalau dan, aku p tapi aku x janji. Lindayani pun dah tunang bulan lepas. Ujung Mei jugak Intan & Fakhzan, Solleh & Khairul Bariah kawen. 2 jun nih Ira & Airil plak kawen (sori Ira, kak ros x dpt attend wedding Ira coz sama dgn wedding my sis in law). 3 Jun wedding piejo (mekanikal). A week pastu the most 'unsangkarable couple' plak akan tunang (guys, u know who u are). Berkat doa kawan-kawan tu. Mudah-mudahan korang akan kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga hujung nyawa.

Kat atas tu yang memang dah tetap tarikhnya. Yang akan datang, dalam tahun nih jugak Mona & Mie around November. Yang lain-lain yang nak kawen tahun nih, Nani, Dila, Fiza dan Huda (pembuatan).

Seronok aku dengar ramai yang nak kawen. Tahniah utk korang semua. Aku doakan korang semua bahagia dan akan kekal dgn pasangan memasing sampai akhir hayat.

*sesapa lagi yang aku x sebut, please inform aku...

Saturday, May 12, 2007

AKU BAHAGIA, AKU GEMBIRA....

Aku bahagia
Aku gembira
Di samping yang tercinta
Di samping yang teristimewa

Aku bahagia
Aku gembira
Bersama-samanya meniti bahtera rumahtangga
Bersama-sama menempuh suka dan duka

Aku bahagia
Aku gembira
Kerna aku telah menjadi miliknya
Kerna semua mimpi telah menjadi nyata

Aku bahagia
Aku gembira
Dengan segala kurniaanNya...

Thursday, May 03, 2007

CUTI-CUTI MESIA aka 2ND HONEYMOON.....

Dari Perlis sampai ke Melaka, dari Melaka ke N.9, dari N.9 ke KL, dari KL ke Ipoh, dari Ipoh ke Jitra, Dari Jitra ke Kangar. Fuhhhh, banyak btol tempat aku jelajah. Sampaikan meter mileage kereta menunjukkan angka 1625. Cuti-cuti Malaysia la katakan, merangkap 2nd honeymoon kami. Asalnya cuma nak attend majlis nikah Wid dan Ejam kat Kuala Klawang (congrats to both of them), last-last jadi acara menziarah rumah sedara-mara (amalan biasa bagi pengantin baru). Sempat round KL dengan LRT--->berdating. Dulu masa bercinta tak sempat nak dating kat KL, so cover balik la. Mintak maaf bebanyak to sedara-mara yang kami tak sempat singgah. Kalau boleh, semua nak pegi tapi masa limited sangat. On the way balik, singgah kat Bukit Merah. Jumpa Paksu Zul yang bercuti kat situ. Alang-alang ada situ, kami dating lagi :-) 1st time gi Bukit Merah.

Trip kali nih memang best. Enjoy sgt, maklumlah 1st time berjalan dgn suami (tak termasuk honeymoon aritu). Abang, thanx coz sudi ikut dan melayan karenah isteri abang yang sorang nih. Luv u very much!!!

*Lepas balik dari bercuti, trus aku kena tinggal lagi. Abu kena attend course kat SP sampai ahad nih. Aduhhh MPK, letih aa kalau camnih...

Thursday, April 26, 2007

SAYANG ISTERI TINGGAL-TINGGALKAN...?

Petang kemarin Abu kena ke Darulaman Suite balik, sambung baki kursus kat sana sampai 27 April. So, malam semalam aku balik tidoq rumah mentua. Ni perbualan antara aku dan MIL pagi tadi....

MIL : Boleh tidoq semalam, ros?

Aku : Boleh tapi dekat kol 3 pagi baru bleh lelap...

MIL : La, awat pulak? berubah tempat kot...

Aku : Ermmmm... ntahlah mak. Ya kot. (dalam hati nih dok kata sebab rindukan yang sorang tu, sebab tu takleh tidoq)

MIL : Takpun, sebab tidoq sorang. Ya la, dah besa tidoq dua...

Aku tersenyum. (Mak nih macam paham-paham ja)

Monday, April 23, 2007

PENGALAMAN MENDEWASAKAN.....

Betul kata orang, pengalaman akan lebih mendewasakan dan mematangkan kita. Setiap masalah yang mendtg dan jika ianya berjaya diatasi akan menjadikan kita lebih menghargai kehidupan ini. Apa jua yang menimpa, bukan alasan untuk kita berputus asa dan bukan alasan untuk melemahkan semangat kita untuk meneruskan sisa-sisa usia yang kita sendiri tak tau bila hari akhirnya. Tugas kita cuma memainkan peranan yang telah kita pilih watak itu dengan sewajarnya. Berbekalkan persekitaran yang pasti byk membantu dan mungkin juga 'sumber inspirasi' akan membuatkan aura kita untuk meneruskan hidup lebih membara. Sesungguhnya, kita perlu menghargai segala apa yang menjadi milik kita. Aku sayang diriku, aku sayang dia, aku sayang 'KAMI' dan segalanya.....

Monday, April 16, 2007

DEMAM RINDU KER....???

Aku demam, selesema, batuk dan sakit tekak. Satu pakej yang lengkap. MIL aku dah banyak kali suh aku gi ambik ubat, nak tau apa yang aku jawab tiap kali disuruh... "xpalah mak, ok lagi ni... nanti kalau melarat, ros p ambik ubat." Ptg tadi aku diusik oleh FIL. Dia kata " kalau segan nak p jitra (tempat kursus abu) sorang, kami bleh teman..." hehehehe, mendalam btol ayat bapak mentua aku nih. Bapak mentua aku nih mcm tau2 ja yang aku memang rindukan abu (tapi demam nih bukan demam rindu aaa). Biasa la, dia lebih dulu makin garam. Mana taknya, baru sebulan kawen dah kena tinggal. Kalau sehari dua takpa jugak, nih dua minggu lebih. Aduhhhh, lama gilest. Rinduku makin hari makin berbunga, berbuah dan akhirnya ranum.... Dengar kata jumaat nih diorg bleh blk bercuti coz BTN yang dikatakan di'combine'kan dgn Induksi tu x jadi buat. Kalu btol bagai dikata, alhamdulillah la jawabnya. Terubat rindu aku :-)

Thursday, April 12, 2007

HATI BERBICARA SENDIRI.....

Dedicated to my beloved hubby.....




Monday, April 09, 2007

Bahagia Milikku....

Arini genap sebulan aku menjadi suri dlm hidup Mohd Abu Zar Ghazali dan sesungguhnya aku amat bahagia berada di sisinya. Mudah-mudahan apa yang menjadi milikku sekarang akan kekal hingga ke akhir hayat.

Sebelum kawen, kami biasa celebrate anniversary every month. On 12 am, 8th every month, sure dpt sms dari abu wish anniversary. Tapi mula dari bulan nih, kami akan celebrate anniversary on 9th. 12 tgh mlm semalam, aku x dapat lagi sms (ye la, dah dok serumah). Aku ingat abu dah lupa date 9hb tu tapi sangkaan aku meleset. Anniversary bulan nih xkan aku lupakan. Ciuman tanda kasih dan sayang dihadiahkan utk aku. Sesungguhnya aku amat bahagia. Terima kasih abang. Apa yang kita impikan selama nih, telah menjadi milik kita. Semoga ianya kekal ke hujung nyawa...

Terngiang-ngiang bait-bait lagu Dato' CT di telinga...
Pastikan kau dengan aku
Jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas
Niatku untuk berpaling

** genap sebulan, tapi esok aku akan ditinggalkan selama 16 hari. Abu kena attend kursus induksi :-( kat jitra plak tu tapi masalahnya x bleh balik... tidoq peluk bantal la jawabnya...

Tuesday, March 20, 2007

AKHIRNYA KAMI BERSATU...






















Lagu latar :

Selamat Pengantin Baru...
Semoga kekal abadi...
Bahagia ke anak cucu...
Sentosa murah rezeki...

Friday, March 02, 2007

WALIMATUL URUS - ROS & ABU ZAR

Photobucket - Video and Image Hosting



9 Mac 2007 - Majlis Akad Nikah

10 Mac 2007 - Majlis di rumah Ros (Jitra)

11 Mac 2007 - Majlis Di rumah Abu Zar (Kangar)

Coretan Cinta : IRC - PJJ - Jinjang Pelamin

Zaman cyber, semua org sibuk...
Sibuk nak melayari internet...
Kononnya nak cari maklumat...
Di celah-celah tu ada yg sibuk berchatting...
Isi masa lapang sambil tambah kenalan baru...

IRC paling glamer zaman tu (6 thn lepas)...
Mula di #polimas....pInK^rOsE dan ^^metallforce...
Asal LU dan GUA....
Asal cuma rakan berbicara...
Dia pernah nak jadi org tengah....
akhirnya, dia jadi org sebelah...

Tak sampai setahun, PJJ plak...
Percintaan Jarak Jauh....
Perlis dan Melaka...
Demi cita-cita...
Banyak dugaan dan rintangan...
Kami berjaya harungi....

6 tahun, bukannya singkat...
Tarikh 9 Mac 2007....
Hari bersejarah buat kami....
Doakan kami kekal ke hujung nyawa...

p/s : long time no updet... bz wif my study and preparation for my big day...
Related Posts with Thumbnails