Tuesday, April 13, 2010

KEMPEN KAMI PRIHATIN

Matlamat kempen:

Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Lagu Tema Kempen: Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu : S. Atan
Lirik : Habsah Hassan

Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.

Sebagai tanda sokongan, letakkan logo Kempen Kami Prihatin di sidebar blog anda.

2 comments:

  1. sedih gila dgr lagu ni..

    n suka tgk artis2 ramai2 nyanyi diz song

    ReplyDelete
  2. mmg touching bila dgr lagu... tp apasal masih ada masalah penderaan n buang bayi? diorg tu semua xde perasaan ker? ishhhhh....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails