Wednesday, April 14, 2010

PENGARUH VIDEO MUZIK KAU & AKU

Ibu-ibu semua mesti perasan kan kat Astro Ria, Astro Prima dan @15 sekarang selalu siarkan video-video klip akademi fantasia, video-video klip kau dan aku dan jugak video klip 2010. Sebenarnya rancangan-rancangan nih banyak membantu aku.

Hafiz pun ada jugak dalam video klip tu. Kadang2 lagu masih jelas, kadang2 lagu noktah cinta. Dalam video klip noktah cinta, ada part hafiz hug rozie rashidkan? Time tu ayra akan hug aku jugak. Dia akan kata

" abg hug mama, aya hug ibu" (very the touching scene)

Sebab dalam video tu hafiz hug rozie yang dipanggil mama (kan dlm love tu hafiz tulis mama).

Yang paling best, stacy dan adam. menggegar dunia. Nih adalah lagu feveret ayra. Ayra bleh pronouncekan part "oooo weeiiii oooo weeiiii oooo" tu sebijik mcm dalam lagu tu.

Korang semua nak tau tak pasai apa aku cakap video klip nih membantu. Sebabnya bila ada rancangan nih di tv, ayra akan stay depan tv sampai rancangan tu abih. Aku pulak bleh la nak selesai apa urusan yang tak selesai spt mandi, solat or masak.

Dan time tu jangan la ada sesapa yang nak tukaq channel. Kalau ayra nampak org pegang remote nak tukaq channel, dia akan kata

"jangan gang.....takyah...." ---->(jangan pegang, takyah)

Dan bila ada rancangan nih, ayra akan bergoyang dan follow lagu2 tu nyanyi sampai penat baru dia stop. Bleh dikatakan hampir semua lagu dia bleh follow (dengar suku kata yang hujung2 je la).

Kalau tak caya, cuba tgk video nih. tapi suara dia tak brapa dengar sebab lagu kat tv lagi kuat.



Sila abaikan latar belakang yang telah disepahkan oleh model dalam video di atas dan sori sebab paparan video yang tak memuaskan... sekian.

6 comments:

  1. ayra.. .ayra suka nyanyi lagu apa ek?

    ReplyDelete
  2. aunty izan: ayra paling suka lagu ooo weiii ooo weiii ooo.... lagu menggegar dunia (adam n stacy)... she can pronounce the ooo weiii ooo weiii oooo rhythm perfectly as adam n stacy....

    ReplyDelete
  3. memang dasat betul kan pengaruh lagu2 kat diorang tue..... ;-)

    ReplyDelete
  4. kisahremaja: btol tu. sebab tu dalam pembelajaran diorg kita harus selitkan unsur lagu nih utk menambahkan minat diorg....

    ReplyDelete
  5. bukan anak2 kak su ja, sekali ngan maknya suka sgt video clip lagu noktah cinta tu, mesti tunggu tengok..best arrr lagu tu

    ReplyDelete
  6. kak su: a'ah, video klip tu mmg best... cinta pada kekasih, cinta pada shabat dan tak lupa cinta pada ibu... kalau diselitkan lagi satu cinta pada Allah, mesti lg best...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails