Tuesday, April 27, 2010

ADA APA DI BELAKANG RUMAHKU?

Ramai yang dah sedia maklum yang rumah sewa ku nih, hanyala rumah teres setingkat yg comel lote. Maknanya tak luas la kawasan halaman depan dan belakang. Tambahan pulak rumah nih owner dah siap simenkan tanah depan dan belakang. Selamat, tak payah nak mesin rumput tiap bulan, save budget.

Walaupun tanah skit, langsung tak menghalang kami untuk berbudi pada tanah. Bukannya buat kebun besar2an. Cukup sekadar menanam pokok2 yang biasa digunakan dalam masakan harian. Yelah, nak beli setakat nak guna 2,3 helai mcm tak berbaloi je kan. pastu yang lebihan tu sure akan layu, buruk dan seterusnya ke dalam tong sampah la jawabnya.

Sebab tu en abu decide nak tanam pokok-pokok nih walaupun sekadar dlm pasu. Dah takdak tanah, tanam dalam pasu je la.

Jom kita tengok pokok apa yang ada:

2 pasu sebelah kiri tu pokok bunga. Kat area depan dah tak muat, so pass ke belakang ler. Start dari pasu ke-3 (pokok limau purut). Yang nih papa belikan kat pasar tani. Memula kecik ja pokok nih, RM10 je papa beli. Pastu ke-4 tu pokok daun cenohom (nih org utara panggil aka daun buat laksa), pastu daun kari dan pokok kunyit (baru nak naik). Yang dalam pasu panjang tu, ada daun sup dan daun bawang.

Nih pulak 2 pasu pokok pandan. Memula en abu tanam dlm tong cat, pokok tu diambik dari rumah MIL. Pastu pokok tu mcm dah nyawa2 ikan so mama bagi plak yang dlm pasu tu. Elok ja pastu pokok pandan dlm tong cat tu pun naik balik, hidup subur sampai sekarang. Agak2nya pokok tu nak kawan kot.

Tu lah yang ada di belakang rumahku. Nanti bebila kita cita apa yang ada di depan rumahku plak ekk.

10 comments:

  1. wahhh..rajinnya bercucuk tanam yer...rumah siti kat laman belakang ada lalang yg panjang..hahaha

    ReplyDelete
  2. siti: husband ros yang rajin buat semua nih... kebetulan owner dah siap simenkan laman depan n belakang, so save la...takyah jaga lalang...

    ReplyDelete
  3. best kalo dpt tanam camtu, senang nanti kalo nak masak, amik ja kat blakang umah, pokok kari, daun kunyit, daun pandan, semua tu penting utk kegunaan harian...pokok cabai kena ada gak rose, senang nak buat sambai belacan

    ReplyDelete
  4. kak suzi: ya, mmg memudahkan keja, petik ja dan masak... pokok cabai ekk? rasanya benih dah ada, nanti akan diusulkan pada pekebun berjaya kat rumah nih...sebabnya tgn ros panas, takleh tanam pokok, selalu tak idup kalau ros tanam...

    ReplyDelete
  5. hehe...bagusnya suami2 suka gardening ni...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. fizah, bhgn dalam rumah urusan ros...bhgn luar rumah, urusan suami ;-)

      Delete
  6. Cenohom, saya pun xtau.
    Sekali mak letak kesum n ubi kechai, penah dengaq dak?
    Nak cari kt Selangor ni, xtau la nak sebut apa, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesom tu la yg org kedah panggil cenohom... ubi kechai tu pulak apa? bunga kantan kah??

      Delete

Related Posts with Thumbnails