
Kesimpulannya kuih lapis aku cuma 4 lapis dengan ketebalan yg tak sama. Mcm mana pun kuih lapis aku tetap sedap, mantoopppp! Rasanya resipi yang aku ada tu adunannya sket sgt. Lain kali nak kena double kan bhn2 dia. Atau loyang yang aku guna tu besar sgt. Rasanya biasa ja. Aku ada ambik gambar tp cik SE problem, gambar ada error bila transfer ke laptop. Kerana itulah jugak la aku google kuih lapis. Nak cuba resipi aku?
Kuih Lapis
Bahan-bahan:
1 1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung jagung
1/4 cwn tepung beras (tak perasan yang aku kehabisan stok, so aku tambahkan lagi 1/4 cwn tpg gandum sbg ganti)
1/2 cwn gula
1/2 cwn santan pekat
2 1/2 cwn air
1 sudu teh garam
1 sudu besar sirap ros
Cara membuat:
1. Panaskan periuk kukusan.
2. Satukan semua bahan kecuali sirap ros. Kacau sebati atau nak mudah, blender.
3. Tapis adunan dan dibahagi dua.
4. Satu bahagian dimasukkan sirap ros. Kacau sebati.
5. Loyang disapu dgn sedikit minyak. Masukkan dalam periuk kukusan seketika.
6. Mula melapis dimulakan dengan warna putih. Kukus selama 6-8 minit.
7. Dilapis pula dengan adunan merah dan ulang sehingga habis kedua-dua bahagian.
8. Lapisan terakhir dikukus 15 minit.
9. Sejukkan, siap.
SELAMAT MENCUBA!

wahh pndai nye u buat kuih2 traditional ni..kalo i 2/3 kali baru menjadi kot..
ReplyDeletenmpk menarik kuih lapis tu
gee: alhamdulillah, cubaan pertama saya menjadi... tp gambar tu i google coz i x dpt transfer my kuih lapis pic...
ReplyDeletedahla kau mengedik je tau tampar kang baru tau
ReplyDelete