Thursday, April 29, 2010

KUIH SAGU

Kat tempat aku panggil nih kuih sagu. Ada tak yang panggil nama lain? Kuih sagu nih telah selamat dijadikan hidangan minum petang semalam. Buat sendiri tau, bukan buat di kedai. Nih adalah di antara kuih favourite aku. Actually, nih first time aku buat. So, jadilah sedikit lembik. Tak bleh potong, kena ceduk dgn sudu. Tapi masih sedap di makan. Semalam buat 1 cawan sagu, dapat seloyang kuih sagu (tebal 3/4inci). Pagi nih pun aku breakfast dgn kuih merah nih. Nak resipi? Senang je.

Kuih sagu

Bahan-Bahan:
1 cawan sagu (direndam selama sejam)
4 1/4 cwn air
1/2 cwn gula (kalau takmo manis, kurangkan)
1 sudu besar sirap ros
Kelapa parut (gaulkan dgn sedikit garam)

Cara membuat:
1. Masakkan air+gula hingga larut.
2. Masukkan sirap ros. Kacau sebati.
3. Masukkan sagu dan kacau hingga sagu kembang.
4. Akhir sekali, tuang dlm loyang dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk, potong dan disalut dgn kelapa parut.

SELAMAT MENCUBA!

pssst: gambar kredit to mr google

5 comments:

  1. kuih sagu gak... x braper suker kuih lembik2 nih... tapi mmg sedap la... ;p

    ReplyDelete
  2. eb: kalau tak dalah, ada org panggil kuih bronok sagu. tapi x sure area mana...

    ReplyDelete
  3. Beshnya terliur daa.my feberet kue.huhu dahle arini pose..kat trg org panggil kue bronok or kue telor katak (pelik kan) bunyinya

    ReplyDelete
  4. ummiaisyah: ala, siannya awak puasa...gi aa beli kuih sagu nih utk berbuka...ooo kueh bronok ekkk.... kueh telur katak pun iye jugak ekk? tp kalau kat kelantan lagi byk nama makanan pelik2 kan...

    ReplyDelete
  5. sedapnya akak :) dah lama tak makan ..anyway jgn lupa follow my blog www.mimisyiera.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails