Friday, April 30, 2010

KELEBIHAN SUSU IBU - AKU HAPPY, AKU SEDIH

Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.

Aku happy sebab 4 mei 2010 nih, genaplah aku menyusukan ayra selama 2 tahun...
Aku sedih sebab nak putuskan ayra dari menyusu...

Aku happy sebab cita-citaku tercapai (untuk menyusukan ayra selama 2 tahun, started from ayra berusia 3 jam)
Aku sedih sebab aku rasa pasnih bonding antara aku n ayra mesti tak macam masa dia menyusu...

Ayra, ibu sayang ayra sangat-sangat....

10 comments:

  1. tahniah berjaya menyusukan ayra sampai 2 thn.

    ReplyDelete
  2. tahniah!..semoga siti boleh ikut jejak langkahmu itu...huhu..ada 1 tahun 5 bulan lg..

    tapi mmgs edihkan nak pisah susu.

    ReplyDelete
  3. taniah kak..
    suka baca cita akak ni

    tapi mmg kena stopkan ke bila dah
    cukup 2thn...??sbb cousin iena anak dia
    3thn still nyusu bdn lagi iena tgk..

    ReplyDelete
  4. eb stuju & support 100%

    tapi tang menjarakkan kehamilan tuh...
    ngeh3... camno eh?... ;p

    ReplyDelete
  5. kak long, huhuhu nami lagi sedih sebab tak berpeluang menyusukan aisy..dia tak nak BF dulu.. bagi kot botol je susu nami tu..

    btw kaklong jual tudung2 ekin tu kan..nami pun baru mula meniaga tudung tapi nami jual shawl dan syria..jemput melawat http://hijabparlour.blogspot.com eh..nak beli kodi pun boleh =D

    ReplyDelete
  6. kak suzi: tima kasih. harap2 nanti bakal adik2 ayra jugak akan dapat yang sama jugak mcm mana yg ayra dapat... amin...

    ReplyDelete
  7. siti: tq, mudah2an siti pun dapat nyusukan bb siti sehingga dia berumur 2 tahun...amin...
    ye siti, rasa sedih... mcm takmo pisah susu tapi apakan daya...

    ReplyDelete
  8. iena: tima kasih iena... bersyukur pada Yang Maha Berkuasa... akak penah baca yang kalau disusu lama sangat pun x sesuai sebab masa tu khasiat susu dah takde...

    ReplyDelete
  9. eb: kebanyakan ibu yg menyusukan bayi sepenuhnya, period lambat dtg lepas abis nifas... ada yang setahun pastu baru dtg... itu mmg natural family planning...

    ReplyDelete
  10. nami: at least aisy still dpt minum susu nami... ayra plak masa umur dia <8mos, dia langsung takmo botol... dia just nak isap direct... letih gak ulang alik nak BF dia tapi apa saja utk dia...

    tahniah atas pembukaan hijabparlour...nampak mcm menarik... nanti kak long jenguk ehh...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails