Ada lagi cerita semasa melahirkan Azri yang tertangguh selepas ENTRI INI, ENTRI INI, ENTRI INI dan ENTRI INI. Aku pasti ramai yang terkejut bila baca tajuk entri ni kan? Tapi itulah hakikatnya, dan lebih menyedihkan kami sekeluarga hanya mengetahui berita tu seminggu selepas Azri dilahirkan.
Melahirkan Azri jauh lebih mudah dari melahirkan Kakak Ayra sebab time Kakak Ayra, aku kena induce coz belum due dan jalan langsung belum terbuka. Time Azri, ketuban pecah sendiri seminggu sebelum due. Kalau yang baca keempat-empat entri kat atas tu, sure korang tau aku bersalin kat HTF. Time nak discaj dari wad, doc akan buat ujian kat baby kan? Doc muda yang buat test tu kat Azri, dan doc tu kata semua ok so kami boleh discaj sebab Azri dah berak n kencing, aku pun dah kencing.
Di rumah, Azri mcm baby biasa. Byk tido, bangun cuma untuk menyusu. Mula hari ke-3 atau ke-4 Azri kena jaundice. Tiap hari kena pi ambik darah kat KK Jitra coz time tu aku berpantang kat rumah mama. Sampai hari ke-7, jaundice makin tinggi dan doc kata kena warded. Patutnya admit di HJ tapi wad kuning di HJ penuh. Diorang push kitorang ke HSB.
Bersyukur sebab admitted di HSB. Aku duduk sekali di wad sebab time tu Azri fully breastfeed. Mula-mula masuk Azri kena duduk bawah 2 lampu. Esoknya tinggal satu lampu ja. Bacaan kuning Azri turun mendadak, maybe sebab dia elok je tido bawah lampu, jaga pun nak menyusu. Sudah menyusu confirm poo-poo. Bilangan waktu menyusu=bilangan Azri poo-poo. Kat wad kuning HSB, tiap pagi akan ada paed yang round, specialist. Hari kedua di wad, paed buat test yang sama dibuat di HTF kat Azri. Masa buat test tu aku nampak riak muka paed tu lain pastu dia cakap2 dengan doc muda keliling. Lepas tu, paed panggil aku, dia cakap jangan terkejut coz dia nak bagitau something. Time tu aku ada rasa macam-macam. Apa yang tak kena. Paed suspect yang tulang selangka kanan Azri patah coz pergerakan tangan kanan dia slow dari tangan kiri. Dia mintak Azri di X-ray untuk mengesahkan jangkaan dia tu. Aku memang sentap bila dapat tau semua nih coz kami sekeluarga tak nampak langsung perbezaan pada Azri. Dia boleh gerakkan tangan dia macam biasa. Langsung tak menangis bila dimandikan. Tak menangis bila tangan dia angkat.
First time x-ray, tak nampak jelas bahagian yang patah. Paed mintak re X-ray esok paginya. Memang ketara nampak di gambar x-ray kali kedua nih yang tulang selangka Azri macam tulang paha ayam yang dipatahkan dua. Luluh rasa hati aku. Tapi bila Specialist Ortho explain yang nothing to worry coz Azri cuma patah tulang dan tak effect ke sarafnya, sebab tu tangan dia boleh gerak macam biasa. Dan Specialist tu bagitau yang tulang Azri mungkin patah semasa dilahirkan sebab tulang tu dah bersambung sikit (time tu Azri berumur 8 hari). Cuma sekarang kena tunggu tengok tulang tu akan tumbuh dan akan heal dengan sendiri. Tak payah simen, letak skru atau apa2 treatment. Cuma kena careful sikit la, jangan bagi tekanan yang kuat kat tangan kanan tu. Lepas tu Azri discaj dari wad kuning. Dapat date untuk follow up di paediatric dan orthopedic.
kat hujung anak panah tu la tulang Azri yang patah dan bila tulang baru dah tumbuh, keliling bahagian patah tu jadi bulatan putih seakan-akan ada kain putih yang membaluti bahagian patah tu. |
Dua kali follow up di klinik Ortopedic HSB, alhamdulillah doc kata dah boleh discaj coz tulang Azri dah tumbuh balik dan insyaallah semua dah ok. Lega rasanya, syukur Ya Allah. Nasib kami masih baik sebab ada sorang baby tu muda sikit dari Azri (kenal kat klinik Ortho HSB) tgn kanan dia patah jugak dan effect ke saraf. Tangan kanan dia terkulai, langsung takleh gerak.
Aku dah takmau ingat pasal tu lagi, cukup sekadar kenangan di hari tua kat blog nih. Dan mungkin Azri pun akan baca coretan aku ni. Apa pun Azri dah ok, itu yang penting bagi aku.
Cemane la doc pelatih tu bleh tak perasan?
ReplyDeleteLepas smggu baru dpt tau huhu
Alhamdulillah dh ok
Nad, entahlah.. mungkin sebab tgn Azri boleh gerak tu yg doc tu tak perasan... bila Paed yang berpengalaman cek baru diorg noticed. tu la, sebab dah ok tu yg kak ros pun dah malas nak pikir.
ReplyDeletemasya allah... macam2 ujian kan.. moga azri cepat sembuh dan sihat nanti ye.. :)
ReplyDeletetq aunty jass... alhamdulillah azri dah fully recovered...
ReplyDeletewahhh me baca pun sgt terkejut..syukur ur baby dh sembuh :)
ReplyDeleteMZ, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.... alhamdulillah sekarang dah ok...
ReplyDelete