Showing posts with label advertorial. Show all posts
Showing posts with label advertorial. Show all posts

Friday, September 26, 2014

KLEENEX : KEMPEN BERKONGSI KELEMBUTAN

KLEENEX® MENJADIKAN KELEMBUTAN CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!
Dari sekarang sehingga 27 September, jenama ini mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000.

Perlakuan kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada  OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan untung yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna. 


Untuk menyertai, anda cuma perlu ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia, cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!



 Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!



“Marilah kita akui bahawa perlakuan kelembutan yang paling kecil pun boleh mempunyai kesan riak, jadi melalui tindakan kita, kita boleh menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut untuk didiami. Pada Hari Malaysia ini marilah kita merayakannya dengan Berkongsi Kelembutan dengan rakan senegara kita.”

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik, setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Tuesday, August 26, 2014

MOM'S TIME OUT @ASTRO709



Tiga Orang Ibu Mendapat Peluang Bercuti dalam Penerbitan Asli Pertama LIFETIME Asia, Mom’s Time Out 

LIFETIME (Saluran Astro 709) akan menayangkan siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos, yang menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah. Tiga orang ibu tersebut pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si bapa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.  

Mom’s Time Out akan membawakan kepada penonton pengalaman skrin kedua interaktif menerusi perbincangan mingguan. Penonton boleh memuat turun aplikasi ScanAd pada peranti Apple dan Android mereka dan menyertai perbincangan keibubapaan yang memperkatakan pelbagai topik dari menguruskan tabiat sosial anak hingga mengendalikan anak yang mengamuk.

Meh kita tengok trailer Mom's Time Out ni;


 #MomsTimeOut


Mom’s Time Out menggalakkan tema kekeluargaan, iaitu fokus utama dalam budaya Asia, dan  telah menarik perhatian jenama-jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central Vietnam, KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN dan The Little Big Club untuk menjadi sebahagian daripada siri ini.

“Kami ingin menerokai idea bahawa menjadi seorang ibu adalah soal sikap dan bukannya sekadar hubungan biologi, jadi kami mengujinya ke atas tiga orang bapa dari Malaysia, Singapura dan Filipina. Ia merupakan tema yang menyeronokkan dan menarik untuk kami jadikan sebagai penerbitan asli pertama kami untuk LIFETIME,” kata Chris Humphrey, Pengarah, Penerbitan A+E Networks Asia.

Meh ros kenalkan keluarga yang terlibat dalam siri Mom's Time Out nih.

1. Keluarga Baileys

2. Keluarga Jason

3. Keluarga Pangs


Para bapa berusaha untuk menjadi ibu di kala isteri2 mereka pergi bercuti. Macam2 gelagat dan aksi menarik akan korang tengok dalam siri ni.


Kena shopping barang dapur.



Kena kemas rumah.



kena bagi anak makan.

“Kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada ibu-ibu dalam siri Mom’s Time Out yang selama ini telah bekerja keras menguruskan rumah tangga. Dengan pemandangan indah Laut Timur dan gunung-ganang yang memukau, resort percutian tropika Angsana Lăng Cô yang anggun, kontemporari dan penuh keseronokan menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan  bersantai. Kami yakin bahawa ibu-ibu ini akan menghargai waktu percutian mereka di Angsana Lăng Cô dan benar-benar seronok menerokai Vietnam Tengah,” kata Jacqueline Kennedy, Pengarah Kawasan bahagian Jualan dan Pemasaran bagi Angsana Lăng Cô, Central Vietnam.

Themed Attractions and Resorts, yang mengendalikan taman tema terkenal KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN, dan The Little Big Club, berbangga menyediakan destinasi pendidikan dan rekreasi untuk keluarga siri Mom’s Time Out. “Destinasi yang menawarkan sesuatu yang relevan dan berguna kepada ibu bapa dan anak-anak sememangnya mengeratkan talian kekeluargaan. Taman-taman tema kami berbuat demikian dengan membolehkan ahli keluarga meluangkan masa berkualiti untuk bermain bersama,” kata Philip Whittaker, Ketua Pegawai Pemasaran, Themed Attractions and Resorts.

Ikuti pengembaraan keluarga yang lucu ini dalam Mom’s Time Out pada bulan Ogos ini di saluran LIFETIME. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lifetimeasia.com/MomsTimeOut.

#MomsTimeOut

LIFETIME™ ditayangkan di Astro Saluran 709, Pek Variasi.

Jangan lupa! Siri ini bermula pada :

Selasa, 28 Ogos 2014
Saluran Astro 709

Dan jangan lupa download ScanAd app di Appe Iphone/Ipad dan Android korang untuk menyertai contest dan memberi peluang untuk memenangis percutian 3D2N di Angsana Lang Co, Central Vietnam. Korang juga boleh berkongsi pendapat/idea dengan ibubapa lain yang melayari aplikasi tersebut.


Thursday, August 21, 2014

SANDALS SESUAI UNTUK KE PEJABAT


Gambar sekadar hiasan

Wanita yang bekerjaya atau ‘career woman’ macam ros, penampilan yang menarik dan berketrampilan sangatlah penting. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap menghadiri mesyuarat bersama pelanggan. Selain penampilan yang menarik, keyakinan dan keselesaan yang optimum juga haruslah dipandang serius untuk menjamin kualiti kerja yang baik. So, kalau korang merupakan wanita bekerjaya yang sentiasa bergerak bebas dan aktif, pastikan korang pakai set pakaian yang selesa serta sepasang kasut yang bersesuaian.


Gambar sekadar hiasan

Bagi ros, berbaju kurung dan ber’wedges’ adalah sangat selesa dan sesuai dengan kerja yang ros buat sekarang. Adakalanya ros pakai jubah atau skirt labuh yang disesuaikan dengan blouse atau dress yang sederhana.

Selain wedges dan heels, sandals merupakan jenis kasut yang paling terbaik untuk ke pejabat terutama sekali bagi korang yang sentiasa bergerak aktif. Selain memberikan keselesaan yang terbaik untuk kaki korang, sandals juga boleh dipadankan dengan apa jua jenis pakaian.

Jom cuci mata tengok jenis-jenis sandals yang sesuai untuk dipakai ke pejabat;


Wow! Rambang mata. Banyak pilihan. Rasa macam nak semua kan. Yang penting, ringkas dan selesa. Kalau korang nak tengok lagi koleksi sandals yang menarik dengan harga berpatutan daripada jenama-jenama kasut terbaik, jom terjah laman web ZALORA Malaysia hari ini juga!


Get ready untuk alami pengalaman membeli-belah secara online yang terbaik kerana ZALORA menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah korang serta perkhidmatan cash on delivery! 

Friday, June 20, 2014

AZRI ZUHAIRI DAN HUGGIES DRY PANTS

Biarkan anak anda mengalami keselesaan maksimum, pergerakan maksimum dengan Huggies® Dry Pants, satu-satunya lampin yang direka untuk keselesaan terunggul, serasi dengan punggung bayi serta memberi kebebasan bergerak kepada bayi dan kanak-kanak yang aktif!



Untuk Azri, Huggies® Dry Pants yang superior dryness dan superior comfort nih sangat sesuai. Mahupun ketika dia mengamuk atau ‘tantrum’. Huggies® Dry Pants pasti ‘right fit dan 100% breathable’ yang mana ianya memberi keselesaan sepenuhnya buat Azri.


Dah penat mengamuk, Huggies Dry Pants juga sangat comfortable untuk sebarang posisi ketika Azri menyusu.

Selepas itu Azri pasti akan selesa bergerak bebas dan aktif tanpa sebarang kekangan untuk explore macam-macam perkara.

Especially di kala rumah kami penuh dengan barang-barang untuk rumah baru yang sudah hampir siap.


 “Ibu, nak simpan mana kotak nih? Meh adik tolong angkat. “


“Tapi, adik takleh angkat sorang. Berat ler pulak.”


“Ibu, meh nak kiss sikit. Terima kasih sebab pakaikan adik Huggies® Dry Pants nih. Sangat selesa, tak rasa basah pun. Sayang ibu. Terima kasih Huggies®.”

Entri ini istimewa untuk Kempen  Huggies® Dry Pants: Maximum Comfort, Maximum Movement.


Untuk sebarang maklumat lanjut, kunjungi Huggies® Malaysia Facebook page, www.facebook.com/HuggiesMalaysia.



Tuesday, June 17, 2014

SERTAI KEMPEN HUGGIES® ‘MAXIMUM COMFORT, MAXIMUM MOVEMENT’



Kemuncak kempen “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search”

Kuala Lumpur, 16 Jun 2014: Bayi yang selesa adalah juga bayi yang riang dan sihat, terutamanya apabila mereka mula menjadi aktif dan ingin tahu tentang dunia di sekeliling mereka. Memberi mereka kebebasan untuk merangkak, berdiri dan duduk dengan selesa membolehkan pembelajaran dan memberikan mereka tumpuan untuk mengalami benda-benda baru. Justeru itu, Huggies® mempelawa semua ibu dan si manja mereka menjadi sebahagian daripada kempen Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’!

“Tiada siapa yang memahami keselesaan seperti Huggies®, dan kami mengetahui betapa pentingnya memberi si manja anda keselesaan terbaik terunggul supaya mereka dapat bergerak tanpa kekangan,” kata Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia. “Dari umur enam bulan apabila mereka mula merangkak, bayi akan menjadi lebih aktif, terutamanya apabila mereka mula berjalan dan berlari. Inilah sebabnya mereka memerlukan keselesaan dan kebebasan untuk bergerak dengan menggunakan lampin yang berkualiti. Kami yakin bahawa Huggies® Dry Pants memberikan kekeringan yang terbukti dan serasi dengan punggung bayi.”

Huggies® Dry Pants memastikan bayi sentiasa selesa dengan Lapisan Cepat Kering yang menyerap dan mengunci cecair di lapisan dalaman jauh dari kulit bayi, dan dengan Lapisan Luar Beraliran Udara 100% yang membolehkan udara mengalir keluar 10 kali lebih cepat, menjadikan kulit bayi kekal kering. Bahagian pinggangnya yang berelastik dan lembut membolehkan si manja bergerak bebas dan supaya si manja yang aktif dapat terus bermain! 

“Bayi yang aktif dan bebas menjadi kebahagiaan semua ibu kerana si ibu tahu bayi mereka membesar dengan sempurna,” tambah Soo. “Ini merupakan detik yang paling memberi kepuasan – apabila si ibu yakin bahawa segala usahanya berbaloi. Bahkan seluruh kempen ini juga merupakan penghormatan kepada ibu-ibu di Malaysia dalam detik paling memberi kepuasan dan menenangkan dalam hidup mereka, melihat bayi mereka bergerak bebas dan riang dengan Huggies® Dry Pants.”

Sertai Kempen “Maximum Comfort, Maximum Movement”!
Sertailah kempen ini yang meraikan keperluan anak-anak kecil untuk bergerak bebas supaya mereka dapat menerokai dan menyelami dunia sekeliling mereka yang menakjubkan! Kempen Huggies® ‘Maximum Comfort, Maximum Movement’ melibatkan pengguna dengan cara bersepadu, menggunakan pelbagai saluran seperti di TV, digital, peragaan, promosi dan pemberian sampel percuma di kedai, siri jelajah dan melalui laman web Huggies® Malaysia, serta aktiviti berasaskan pengalaman, termasuk “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” di seluruh negara.

Dari sekarang hingga 1 Ogos, Huggies® Dry Pants mempelawa ibu bapa (dan si manja tersayang mereka yang berumur 6 bulan hingga 3 tahun) untuk mengalami keselesaan terunggul lampin seluar dan memenangi hadiah wang tunai dan barangan bernilai lebih RM20,000 serta peluang seumur hidup untuk menjadi tumpuan utama dalam pengiklanan jenama dan inisiatif promosi. Ketahui lebih lanjut di www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia!

Untuk menyertai pertandingan “Huggies® Dry Pants: Most Comfortable Baby Search” ini, hantarkan sekeping gambar ‘gerak atau aksi selesa istimewa’ anak anda bersama dengan borang pendaftaran yang telah dilengkapkan dengan bukti pembelian Huggies® Dry Pants dalam satu resit.  Borang pendaftaran boleh didapati di semua kedai yang mengambil bahagian, dan kedai terpilih akan menyediakan gerai gambar khas di mana anda boleh mengambil gambar si bintang kecil anda dan menyerahkan gambar dan borang penyertaan pada masa itu juga.  

Sementara itu, ibu-ibu juga boleh menyertai peraduan bayi ini di siri jelajah Huggies® Dry Pants yang akan diadakan di pelbagai pasar raya besar and pasar raya di seluruh negara sehingga akhir Julai dan nikmati promosi menarik dan aktiviti yang menyeronokkan pada acara itu.

Peserta cilik dengan pergerakan yang paling unik akan memenangi hadiah menarik, termasuk RM 10,000 (hadiah utama), RM 7,000 (hadiah pertama) dan RM 4,000 (hadiah kedua), serta tujuh hadiah sagu hati yang berupa bekalan Huggies® Dry Pants selama enam bulan.  Selain itu, kesemua 10 pemenang akan mendapat peluang seumur hidup untuk membintangi iklan atau bahan promosi Huggies®.

Jadi, biarkan anak anda mengalami keselesaan maksimum, pergerakan maksimum dengan Huggies® Dry Pants, satu-satunya lampin yang direka untuk keselesaan terunggul, serasi dengan punggung bayi serta memberi kebebasan bergerak kepada bayi dan kanak-kanak yang aktif!  

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Huggies® Dry Pants dan “Most Comfortable Baby Search”, sila hubungi Kimberly-Clark Consumer Care-line di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang, atau lawati www.huggies.com.my atau www.facebook.com/HuggiesMalaysia.

*****************************

Mengenai Huggies®
Huggies® ialah jenama lampin pakai buang dan seluar lampin yang dipasarkan oleh Kimberly-Clark. Huggies® mula menjalani ujian pemasaran pada tahun 1968, dan diperkenalkan kepada orang ramai pada tahun 1978 . Di Malaysia, Huggies® telah memperkenalkan satu rangkaian lampin yang sesuai untuk kanak-kanak pada semua peringkat usia, dari yang baru dilahirkan hingga ke pringkat kanak-kanak. Sebagai satu-satunya lampin dan seluar lampin yang terbukti secara klinikal di Malaysia, ibu-ibu mendapat kepastian bahawa bayi mereka  selesa dan selamat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my 

Mengenai Kimberly-Clark
Kimberly-Clark dan jenama globalnya adalah produk yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat di lebih 150 negara. Setiap hari, 1.3 bilion orang di seluruh dunia – hampir satu perempat populasi dunia memilih jenama Kimberly-Clark dan penyelesaian yang dibekalkan untuk meningkatkan kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan. Dengan jenama seperti Kleenex®, Scott®, Huggies®, Kotex® dan Poise®, Kimberly-Clark kini “leading the world in essentials for a better life”. Untuk mengikuti perkembangan baru Kimberly-Clark dan mempelajari lebih lanjut tentang sejarah inovasi 136 tahun syarikat ini, sila layari http://www.kimberly-Clark.com.


BERIKAN BAYI ANDA KESELESAAN YANG TERUNGGUL

Last but not least
Gambar hero kecik kesayangan saya.



Tuesday, June 22, 2010

eoe ONLINE WITH NEW 'SPECIAL OF THE MONTH" PRODUCT SHOPPING

Dec 2009, aku penah buat review pasal eoe Online nih. Korang boleh klik sini untuk tengok entri tu.

Menginjak ke tahun 2010, eoe Online telah membuat beberapa pembaharuan di website diorang. Semua nih untuk memudahkan pelanggan pendek kata lebih 'user-friendly'.


Dan dengan harga yang murah jika dibandingkan dengan kadar biasa


Selain daripada hanya dengan 3 langkah saja anda dapat mencetak gambar kesayangan anda, eoe juga menawarkan satu lagi segmen baru di website mereka iaitu NEW Special of The Month Product Shopping.



Berbagai produk terbaru ditawarkan kepada pelanggan yang dikasihi dengan harga yang amat menarik. Di antara produk tersebut ialah:
1. Camera digital
2. Camcorder
3. LCD TV
4. MP3 Player

"A convenient online photo printing service to all! With each 4R print at only RM0.30free delivery* (current promotion) and for orders above RM35.00, you’ll get your money worth! Not forgetting the time you saved travelling too!"

Related Posts with Thumbnails