Wednesday, September 24, 2014
OVERNIGHT OATS
Friday, July 01, 2011
RESIPI TIRAMISU MUDAH
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
- 1 biji sponge kek atau apa2 kek (DJ guna biskut tiramisu /lady finger) - aku pakai kek coklat je
- 250ml whipping cream
- 200ml cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
Cara-cara :
- Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
- Satukan gula, cheese dan cream
- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
- Potong kek pada 3 bahagian
- Susun 1 bahagian dalam bekas
- Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
- Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
- Susun lagi bahagian yang selebihnya
- Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/01/easy-tiramisu.html#ixzz1Qq3iCuHu
Under Creative Commons License: Attribution
Churp Churp Race is back!
Wannabe part of MTV World Stage 2011?
Topup your phone credit whenever, wherever now!
Tuesday, February 22, 2011
KERABU EPAL HIJAU
Kerabu epal hijau. Orang tak penah buat, biaq aku yang buat.
Thursday, February 17, 2011
HOMEMADE CHOCOLATE
Bahan-bahan:
1 bar dark choc
1 bar white choc
1 sudu besar hazelnut paste
Cara membuat:
Double boil kan semua bahan. Bila sebati, sudukan ke dalam acuan. Sejukkan, siap untuk dimakan.
pssst: aku pakai white n dark choc brand Colatta.
Friday, December 17, 2010
KENTUCKY FRIED HOTDOG
Memula celup hotdog dalam telur then gaul plak dalam campuran tepung kentucky dan tepung goreng cucur. Sebarang brand pun boleh. Aku dah tak ingat brand apa aku pakai sebab kotak semua dah selamat dibuang.
Cubalah buat, mesti tak rugi punya.
Saturday, December 04, 2010
DAPUR IBU AYRA
Oklah, berbalik pada tajuk entri aku. Time aku buat LD tu, aku buat syarat yang sapa nak join kena bagi komen pasal blog aku nih. Ok ke tak? Apa yang patut aku tambah, apa yang kurang. So, ada beberapa komen yang aku rasa sesuai aku applykan kat blog aku nih. Salah satu yang aku dah buat adalah komen dari Ain nih.



So, sebab itulah wujudnya DAPUR IBU AYRA. Satu ruangan di sidebar aku yang aku letakkan link masakkan2 yang aku penah buat. Takde la banyak mana tapi akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Aku harap DAPUR IBU AYRA nih dapat menyenangkan korang sebab aku susun by alphabetical order. So, selamat mencuba resipi2 simple aku tu.

Wednesday, November 24, 2010
PERIA GORENG+UDANG+TELUR HANCUR
At last, tadi pas bawak ayra gi hospital (ambik sampel kahak/jus gastrik) aku ajak en abu ke pasar borong kangar. Teringat nak beli peria. So, hari nih dalam sejarah lah sebab first time aku masak peria. Risau gak kot pahit tak hilang pulak. Sampai je kat rumah trus aku potong2 peria tu then rendam dalam air garam sementara nak masa. Lebih kurang 2 jam gak aku rendam. Aku pun tak ingat mana la aku dapat petua nak kurangkan pahit peria tu.
Bahan-bahan:
1/2 btg peria sederhana besar (dibelah 4, dihiris nipis, direndam dalam air garam 1-2 jam)
1 biji cabai besar
1 labu bawang besar
Udang (digaul dgn garam+kunyit)
Telur
gula
minyak
Cara membuat:
1. panaskan minyak, tumiskan bwg besar+cabai besar seketika.
2. masukkan udang. biarkan udang hampir masak.
3. masukkan peria dan sedikit gula. Biar semua bahan masak.
4. buat lubang di tengah kuali dan pecahkan telur. Gaul telur hingga hancur dan biarkan separuh masak. Gaul serata semua bahan dlm kuali tadi.
Siap! SELAMAT MENCUBA!
Sunday, October 17, 2010
CUPCAKE TANPA BUTTER ATAU MINYAK
Oh ya, cup tu campur-campur sebab cup yg tinggi tu ada 7 je. Tak cukup so terpaksa pakai paper cup seperti di atas. Korang nak try?
INGREDIENTS
• 2 1/4 cups all purpose flour
• 1 1/3 cups sugar (aku rasa 1 cwn pun dah cukup)
• 3 teaspoons baking powder
• 1/2 teaspoon salt
• 1/2 cup shortening
• 1 cup milk
• 1 teaspoon vanilla
• 2 large eggs
DIRECTIONS
Preheat oven to 350 degrees. Line cupcake pans with paper liners.
Combine flour, sugar, baking powder, and salt in a large mixing bowl. Add shortening, milk, and vanilla. Beat for 1 minute on medium speed. Scrape side of bowl with a spatula.
Add eggs to the mixture. Beat for 1 minute on medium speed. Scrape bowl again. Beat on high speed for 1 minute 30 seconds until well mixed.
Spoon cupcake batter into paper liners until 1/2 to 2/3 full.
Bake for 20 to 25 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean.
Cool 5 minutes in pans then remove and place on wire racks to cool completely.
Once cupcakes are completely cooled, frost with your favorite frosting recipe or decorate as you desire.
Aku copy resipi dari sini. TQ!SELAMAT MENCUBA!
Wednesday, October 06, 2010
KERABU SOTONG + AYRA TAK SIHAT
Tuesday, September 21, 2010
RENDANG DAGING PERTAMAKU & CENDAWAN TIRAM GERGASI
Dan hasilnya....
Rendang Daging
Bahan2: (aku main agak je sukatan nih, ikut sesedap rasa korang la)
1/2kg Daging (dihiris nipis)
15 tangkai cili kering =
2 labu bwg besar = dikisar halus
4 ulas bwg putih =
2 inci halia =
3 btg serai (dihiris nipis) =
3 sudu besar kerisik
1 ketul gula kabung (kecil) atau gula 'gerek'
garam
air asam jawa
air
1 helai daun kunyit = dikoyak2 (dihiris halus pun boleh)
5-6 helai daun limau purut =
minyak utk menumis
Cara membuat:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan daging. Tutup periuk. Masak sehingga daging empuk. (Tambahkan air jika perlu, utk memasak daging)
3. Bila daging empuk, masukkan kerisik, gula kabung, garam dan air asam jawa. Biarkan agak kering.
4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
5. Siap dan sedap dimakan ketika panas.
Sebagai mengiringi rendang daging untuk hidangan makan tengahari, aku masak cendawan tiram goreng kunyit. Tengokla saiz cendawan tiram nih. Sebesar tapak tangan aku. Segar dari ladang. Cendawan nih en abu beli dari kawan dia yang mengusahakan sendiri tanaman cendawan tiram nih kat area Beseri. Memang gemuk2 dan fresh.
Friday, July 23, 2010
RUPA TIADA TAPI.....SEDAP!

Aku suka resipi nih sebab senang dan sedap. Lagipun aku nak abiskan stok susu tepung DL123 Honey ayra yang aku beli last month. Ayra reject susu tu, dia kata "asyammm...." Actually ayra sekarang minum Nespray 1+ Honey tapi problem sembelit dia masih tak solve2 lagi. So, aku nak tukarkan balik ke DL123, tapi dia reject. So aku terpaksa bagi Nespray 1+ Honey tu balik dan alhamdulillah sekarang nih ayra dah tak sembelit lagi. Ok, jom tgk resipi donat nih.
Donat Suria
Bahan-baha:
3 cwn tepung gandum
3 sudu besar shortening
3 sudu besar gula castor
3 sudu besar susu tepung
200 ml air suam,larutkan dgn 2 sudu kecil yis kering.20 ml air jika perlu.
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dan uli sampai jadi doh.
2. Bentukkan dan goreng.
3. Boleh la gaul dgn gula atau apa2 saja yang korang suka (nak dip dlm coklat ke)
CUCUQ KENTANG+ CARROT DAN PUDING ROTI KARAMEL
Gambaq2 yg bakal korang tgk nih tak brapa clear sebab pakai kamera henset. Henset nih plak kdg ok kdg tak ok.
Oklah, tutup cerita tu. Kembali kepada tajuk utama. Cucuq kentang+carrot atau jemput2 kentang+carrot. Biasanya org dok buat cokodok, cucuq jagung, cucuq durian kan? Semua benda alah tu takdak dlm esbok aku, yang ada cuma ubi kentang dan carrot (sbg bhn utama). So, jalan ja la apa yg ada.
Cucuq Kentang+Carrot
Bahan-bahan:
3 cwn tpg gandum
1 labu bwg besaq
1 biji cabai besaq
1 btg carrot sederhana besaq
1 biji ubi kentang
garam
air
minyak
Cara membuat:
1. Bwg besaq, carrot, ubi kentang dan cabai besaq dipotong dadu (kecik2).
2. Masukkan tepung, bhn2 yang dipotong dadu, garam dalam satu bekas. Campurkan air perlahan-lahan sampai dapat adunan yang tak brapa likat dan tak brapa cair (agak2 bleh dijemput utk digoreng).
3. Panaskan minyak. Jemput adunan tepung tadi dan goreng hingga keemasan.
4. Sedap dicecah dengan sos cili dan diiringi dgn kopi o panas.
Nih plak aku buat minggu lepas, lambat upload. Puding Roti Karamel. Sedap, tak manis sangat.
Bahan karamel:
1/2 cwn gula
5 sudu besar air
Bahan-bahan puding roti:
5 keping roti, yang disapu butter dan dipotong 4.
3 biji telur
1 cwn susu cair
2 cwn air
3 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Buat karamel. Masak dalam periuk tebal sehingga berwarna kecoklatan. Tuang dlm acuan.
2. Susun roti dalam acuan yg ada karamel. Panaskan periuk kukusan.
3. Satukan bahan2 lain, dikacau sebati (seeloknya guna whisk). Nak blend pun boleh.
4. Tuangkan dalam acuan yang ada roti tadi. Kukus selama 20-25 min.
5. Sedap dimakan ketika sejuk.
SELAMAT MENCUBA!
Wednesday, June 30, 2010
BEST EVER MUFFIN VERSION CHEESE
Thursday, June 24, 2010
BEST EVER MUFFIN VERSION COKLAT
Thursday, June 17, 2010
PUDING ROTI BAKAR
Sila jamu mata dulu ya. Pandangan atas. Aku taburkan coklat rice dan choc chips.
Puding Roti Bakar
Bahan-bahan
1 bungkus roti gardenia kecik (aku guna tak sampai sebungkus)
4 cwn fresh milk (aku guna 2 cwn fresh milk, 2 cwn susu cair)
1/2 cwn gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
3 bj telur
Cara membuat:
1. Preheat oven 180 darjah celcius.
2. Koyak-koyakkan roti menjadi kepingan kecil. Bahagian tepi tak perlu dibuang.
3. Di dalam satu mangkuk sederhana besar, satukan gula, susu, telur, garam dan esen vanila. Gaul sebati.
4. Masukkan roti yang telah dikoyakkan tadi ke dalam mangkuk bahan2 campuran tersebut. Kaup balikkan, biarkan seketika supaya campuran susu meresap ke dalam roti.
5. Sapu loyang acuan dengan butter, tuang campuran roti tadi dan bakar selama 45 minit.
6. Bila masak, sejukkan seketika sblom di makan.
SELAMAT MENCUBA!
Tuesday, June 15, 2010
MENU LUNCH YANG SEMPOI
Nasi goreng tu cuma perlukan 4 bahan iaitu nasi, 1 labu bwg besar (potong wedges nipis) dan 2 biji telur. Tumis bwg besar. Bila agak layu, pecahkan telur dan kacau sampai telur tu hancur. Biar telur agak garing, masukkan nasi dan garam. Biarkan sampai masak.
Sosej ayam 3 rasa tu pun senang. 4 btg sosej (dipotong serong, digoreng), 1 labu bwg besar (dipotong bulat), 1 biji cabai besar (dipotong serong, nipis), 8 biji cabai melaka (dibelah dua), 1/2 btg carrot (dipotong dadu), 3 sudu besar sos tomato, 3 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram, sedikit gula, sedikit garam dan minyak utk menumis.
Panaskan minyak, tumis bwg besar, cabai melaka, cabai besar, carrot. Agak layu masukkan semua sos dan setgh cwn air. Tambah gula dan garam. Biar mendidih. Bila rasa dah ok, masukkan sosej tadi. Biarkan seketika dan boleh hidang dgn nasi goreng td.
Selamat mencuba!
Wednesday, June 09, 2010
BEST EVER MUFFIN VERSION CHOC CHIPS
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula (paling best pakai gula castor)
1 biji telur
1 1/2 cawan susu cair (susu segar pun boleh)
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla
( jika mahu perasa coklat tambahkan 2 sudu besar serbuk koko)
Cara membuat:
1. Mula-mula satukan tepung gandum, baking powder, garam dan gula di dalam bekas adunan. Kemudian buat lubang di tengahnya.
2. Di dalam bekas lain pukul telur sedikit menggunakan hand whisker, kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan susu, kacau sebati. Selepas itu curahkan bancuhan tadi didalam bekas yang berisi tepung. kacau sebati.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan di atas redai dan sedia untuk dimakan.
*** Ini resipi muffin vanilla. Boleh ditambahkan bluberi, choc chips, prune, kurma, strawberi atau apa saja. Sukatan bahan tersebut adalah 1 cawan.
Selamat mencuba!
Friday, May 28, 2010
BREAKFAST ON PUBLIC HOLIDAY
Hari nih terlebih rajin, so terjadi la 2 resipi yang sedap tapi sgt senang dibuat nih sebagai hidangan breakfast kami 3 beranak.
Maggi goreng
Bahan-bahan:
3 bungkus maggi (lebih sedap perisa kari pedas, direbus dan ditos)
2 paket perencah maggi kari (dibancuh dgn sedikit air)
1 biji bwg besar (dihiris)
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
sedikit hirisan kobis
Cara membuat:
1. Tumiskan bwg besar hingga layu. Ketepikan di tepi kuali
2. Pecahkan telur di tgh2 kuali. Bila agak masak baru disatukan dgn bwg besar tadi.
3. Masukkan perencah maggi kari, sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap pekat, kicap manis dan gula. Biar kan seketika.
4. Masukkan hirisan kobis. Bila agak layu, masukkan maggi yang sudah direbus tadi.
5. Biarkan semua rencah meresap ke dalam maggi dan siap.
Pizza Roti
Bahan-Bahan:
4 keping roti
2 sudu besar sos tomato*}
2 sudu besar sos cili*} disatukan
2 keping hotdog (dihiris menyerong dan nipis)
1 keping cheesedale cheese (dikoyak kecil)
Butter
Cara membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius.
2. Sapu butter pada roti. Sapu campuran sos tadi dan susun hirisan hotdog.
3. Taburkan dengan cheese.
4. Bakar selama 10 minit atau sehingga cheese cair. Siap.
*** Boleh juga kalau nak letak tuna ke, capsicum ke atau apa saja ikut citarasa sendiri.
SELAMAT MENCUBA!
Monday, May 10, 2010
PUDING VANILLA FLAN
Buat nieda, dan yang lain2 selamat mencuba ya...
Bahan2:
1 paket serbuk vanilla flan (150g)
1 kotak susu segar (1L)
1 tin buah peach hiris
1 kotak jelly nona (perisa oren)
400ml air
Cara membuat:
1. Serbuk vanilla flan sibancuh dengan sedikit susu (sebahagian dari 1L susu itu).
2. Baki susu dipanaskan, dan serbuk vanilla yang telah dilarutkan dalam susu tadi jugak dimasukkan sekali dan dipanaskan. Sentiasa kacau dgn api yg sederhana.
3. Bila mendidih, tuang dlm bekas dan sejukkan.
4. Bila dah sejuk, susun hirisan buah peach dan bancuhkan jelly nona perisa oren+400ml air dan dituang di atas.
5. Sejukkan kembali. Dah siap, boleh dimakan.