Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, September 08, 2016

GAAMBAR WHITE STUDIO RAYA

Yeay, nampak sangat keterujaannya di situ. Dah lama teringin nak bergambar dalam white studio. Akhirnya raya baru baru jadi kenyataan. Tak plan pun. Tetiba buka topik pasal gambar raya dan en abu terus ajak gi kedai gambar. Time tu on the way balik rumah PIL dari rumah parentku.

First singgah kedai gambar kat Arau, takda background putih ler pulak. Dalam masa tu, tertengok fb dan nampak sorang kenalan ambik gambar white studio. Terus call dia tanya kedai dan terus shoot ke kedai tu. 

Alhamdulillah orang x ramai. Ambik pakej 3 gaya dgn satu poster frame dan 2 keping 5R. Walaupun x macam yang aku impikan (freestyle) tapi okla dari takda. 

First time ambik studio berempat.



Ini yang diposter frame kan. Kat bawah ni pulak cuci 5R.





Semoga keluarga kami kekal bersama hingga ke akhir hayat. Amin.


Friday, August 12, 2016

FAMILY PHOTO ~ COMPLETE

Aidilfitri 2016, akhirnya dapat jugak bergambar ramai2 cukup korum untuk kedua2 belah family.

Gambar family aku di malam raya dengan masing2 blom berbaju raya sebab ni ja time yang semua ada. Pagi raya, adik aku yg baju ijau tu kena kerja. Berkhidmat untuk negara.


Ni pulak family en abu di hari raya pertama. Semua cantik berbaju raya. Complete.

Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang satu ni. Semoga kebahagiaan menjadi milik kami sehingga ke akhir hayat. Amin.

Thursday, July 23, 2015

AIDILFITRI 1436H

Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi berjumpa dengan bulan Syawal. Walaupun raya tak macam raya sangat sebab baju raya sehelai pyn tak beli, ditambahkan dengan demam yang start 2 hari sebelom raya sampai ke hari ni (7 Syawal) baru ok.

Tapi baju anak-anak tetap diutamakan. Tahun ni pagi raya kat Perlis. Plan asalnya lepas solat jumaat nak balik Jitra, tp di atas sbb kesihatan yang sangat tak mengizinkan, raya ketiga baru sampai Jitra.

Tema tahun ni maroon, ros n en abu recycle je baju yg ada. Korang tema kaler apa?

Akhir kata, selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Berempat.

Selfie dgn anak-anak sementara en abu pegi masjid.

kakak dan adik.

di malam raya.suka gambar ni.

Thursday, August 21, 2014

AIDILFITRI 2014

Dah nak abis Syawal baru nak up entri raya ye cik puan ros?? Sori, lambat apdet di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tahun ni kami beraya kat Sungai Petani, rumah mak tok ros.

Semangga ni ja (orang kedah kata) gambaq kami berempat. Tak sempat nak posing sangat tahun ni. Azri baru boleh berjalan, keja dok ligan dia ja la. Tema baju raya kami tahun ni, kelabu.


Dengan anak-anak. Alhamdulillah ayra dah mula bertudung. Ros tak suruh pun, dia sendiri yang nak pakai. Kalau keluar rumah, sure cari tudung.


Dengan anak teruna yang makin lasak.


En. Abu dengan geng dia.


Tahun nih tahun kedua Azri sambut aidilfitri. Makin seronok sebab dah pandai salam, dah pandai jalan dan mulut pun dah boleh sebut banyak perkataan.


Cair ibu tengok gambaq adik senyum macam ni.


Nih plak gaya raya Azri masa gi open house rumah Pak Long E di hari raya ketiga. Siap berneck tie bagai.


Gambaq kakak Ayra tak banyak sebab asyik la main dengan sepupu-sepupu dia. Plan nak ambik gambaq studio tahun nih tapi ntah, tak jadi-jadi lagi.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;
ROS
019-574 9154
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Monday, September 19, 2011

RAYA 2011 : JUMPA BLOGGERS

Syawal 1432H meninggalkan kenangan yang manis buat aku. Sebabnya dapat buat mini gathering dengan dua org bloggers. Yang sorang memang dah selalu jumpa, yang sorang lagi selalu plan nak jumpa tapi tak penah jumpa lagi.

Taraaaa.... mini gathering aku aka Ibu Ayra, Ummi Anas&Aliff dan Ibu Dalila. See, 2 orang boys diapit oleh kakak2 girls. Min dgn Shira aka UmmiAnas&Aliff nampak seiras kan? Kebetulan 2-2 pun pakai spek.

Mulanya min aka ibudalila yang order kek ngan aku dan nak collect pada hari raya ketiga. Kebetulan pada raya ketiga tu aku di Jitra, di rumah mama. So, sekali ambik kek sekali beraya la. Dan dijemput jugak K.Long Shira aka UmmiAnas&Aliff yang sememangnya rumah MIL dia kat sebelah rumah mama aku. Aku panggil dia kak long, dia pun panggil aku kak long. Panggilan kami di rumah.

Tengoklah gelagat anak2 kami. Ayra pose, Anas tukang ambik gambar. Dalila plak dok intai kat iphone tengok gambar apa yang Anas ambik. Dalila sangat comel. Secomel macam dalam gambar2 yg diupload oleh Ibudalila di blog beliau.

Nih Anas anak Shira yg gila gadget. Btol2 anak zaman teknologi. Mula2 time sampai umah, diusungnya iPad sambil ON cita upin & ipin. Pas tengok semua orang bergambar, dia mintak iphone umminya, nak ambik gambar jugak. Seriau dengar cerita K.Long Shira pasal Anas hilang pada malam raya. Pasnih kena lebih hati2 la K.long dan Bang Long. Dah dapat beli harness??

Malam tu min dan k.long shira dijamu dengan nasi beryani ayam air tangan mamaku tercinta. Kebetulan raya ke-3 baru rumah mama diopen sebab raya-1 dan raya-2 mama, papa dan nana keluar beraya ja. Raya ke-3 baru ramai org dtg rumah. So, ada la rezeki min makan sedap2 sket. Kalau idak, makan kuih raya je la min.

Sronok jumpa min sefamily. Especially si Dalila comel tu. Sangat sopan-santun. Tima kasih min sebab sudi datang beraya dan sudi order kek-kek (choc moist kek dan marble cheese brownies) dengan kak ros. Umur kami sebaya tapi sejak mula kenal thru blog min dah panggil aku kak ros, so tak kisah la min. Kak ros pun kak ros la. Lagipun ramai yang panggil aku kak ros sebab aku kan tinggi lebih dari orang.

pssst: gambar kredit to min ibudalila.

Thursday, September 08, 2011

POSE 'CIKGU AYRA' DI PAGI RAYA

Spek mata tok wan yg dah patah tempat sangkut telinga dan dah pecah 2-2 belah cermin dah jadi hak milik dia di pagi raya. Sedang elok plak dengan ayra bila dia pakai. Dia sendiri cakap 'cikgu ayra' bila dia pakai spek tu.

Siap lentok kepala.

Gaya ala2 heroin hindustan.

Hehehehe...ayra....ayra....


Wednesday, September 07, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Dah bersawang blog aku nih. Sebulan lebih tak berapdet. Bz, memang bz giler. Siapkan tempahan sana sini, alhamdulillah semuanya setel sblom raya.

Rasanya masih blom terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H buat semua yang baca blog aku nih. Mohon maaf zahir dan batin andai kata ada salah dan silap sepanjang nih.

Tahun nih kami 3 beranak berbaju sedondon hijau. Semuanya ready made, maleh dah nak tempah2. Asyik tak puas hati. Beli siap, senang. Pilih je mana yang nak. Sampai sini dulu. jemputlah beraya ke rumah.

pssst: tima kasih utk Min @ Ibudalila yg sudi beraya ke rumah mama k.ros di jitra. Comel btol si arifa dalila tu.


Wednesday, September 15, 2010

AIDILFITRI 1431H - PHOTOS

Quick updet gambar2 kami sempena Aidilfitri 1431H. Raya pertama di Sg Petani, rumah maktok aku sebelah papa. Family aku semua balik raya kat SP. Raya kedua (petang) balik perlis, rumah MIL. Beraya kat rumah sedara en abu sampai raya ke-5. Tu pun ada yang tak abih jelajah lagi, sambung minggu depan. Raya kan sebulan *wink*. Raya ke-5 baru ke jitra, beraya kat umah mama.

Tahun nih serba biru. Semua baju beli yang ready made.





Ayra dah jadi mcm cikgu bedah dalam ceta Adik Manja. Mana taknya, tengokla ayra pakai baju kurung dgn kasut sport. Baju oren tu sepupu aku merangkap mak sedara ayra yang muda sehari dari ayra. Besday dia 5 mei 2008, ayra plak 4 mei 2008.

Nih time join reunion SSAT 88-93 di Radix FriEd Chicken, Jitra masa hari raya ke-2. Thanx to Azreen (5 dari kanan, depan sekali) yang organizedkan reunion nih. Walaupun secara mengejut.

@Radix FC, Jitra. Kredit to Hafdzi yang ambik gambar nih.


Thursday, September 09, 2010

SALAM AIDILFITRI 1431H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

ANDAI ADA SILAP DAN SALAH, HARAP DIMAAFKAN

SEMOGA HARI RAYA INI AKAN LEBIH BERERTI BUAT KALIAN SEMUA

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA

Tuesday, October 06, 2009

1ST TIME AYRA MAIN BUNGA API

Jom tengok gelagat cik kecik yang pertama kali tengok dan main bunga api...
Diam ja dok atas riba, ikut ja apa org buat kat dia...
Agak pelik jugak tengok muka dia masa memula tengok bunga api tu menyala...
Lokasi kejadian di rumah mama tok ayra pada hari raya ke-14...
Tok ayah yg belikan bunga api...


Nak tau tak sapa yang dok melayan cik kecik tu main bunga api....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Dan mereka adalah mama tok dan che su ayra....

Wednesday, September 30, 2009

SALAM AIDILFITRI

Ini adalah sticky mode sehingga 30 September 2009, sila scroll ke bawah untuk entri terbaru...

Kepada semua followers dan pembaca2 blog Cerita-Ceriti Ibu Ayra, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Aku mintak maaf kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersalah bicara...
Kepada yang akan memandu untuk blk ke kg, sila la memandu dgn berhati-hati...

Kepada semua followers, sila ambik kad raya tu ye...

**Terima kasih aku ucapkan utk semua kwn2 yg bagi e-card...

THE FIRST TIME EVER

Entri tak bergambar sebabnya tak sempat nak pegang kamera utk snap gambar...
Tunggu email dari cousin en abu, dia bwak kamera...

Sebenarnya semalam for the first time ever, aku dan en abu buat open house di rumah kami...
Jemputannya adalah jiran terdekat dan jugak saudara-mara yg ada kat perlis nih...
Ada la dalam 50-70 org jugak yg mai...
Dan menu-menunya adalah:
1. Nasi impit + kuah kacang
2. Mee/Koteow sup tauhu jepun
3. Spaghetti bolognese
4. Bihun goreng
5. Nasi goreng
6. Kuih-muih, kek
7. Air rutbir, teh panas

And the best part adalah semuanya aku masak sendiri...
Masak seorang diri...
Believe it or not?
Percayalahhhhhh.......
Betul, semua aku masak sendiri...
Alhamdulillah, semuanya menjadi...
Pada yang tak dijemput jgn kecik hati...
Insyaallah tahun depan buat lagik...

Monday, September 28, 2009

KOLEKSI GAMBAR RAYA

Abang, kontrol prot.... hihihihi


Pagi raya kat rumah maktok di Sg Petani...


Kat rumah mama lepas family photo shoot kat studio...


Ayra & ibu di pagi raya...


Abah & ayra di pagi raya...


Family mertuaku di raya ke-2...
Berdiri: Makcik Teja, Pakngah Mat, Makngah T, Marissa, Ibu ayra, Ayra, Abah ayra, Acu Pi
Duduk: Tok Wan, Mak tok


Ayra dgn Ibu, Abah, Tok Ayah dan Mama Tok...



Family Ayah ngah ayra... adik aku yg ke-2
Asyraf, Farysh, Shafiza...


Related Posts with Thumbnails