Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Saturday, August 13, 2016

HOBIKU MASIH MEMASAK

Selain dari setelkan keja rumah dan ngadap fon, hobiku masih tak ubah dari dulu. Memasak, ya memasak. Satu masa dulu rajin sangat kongsi resepi, tetiba sunyi ja tanpa satu resepi pun. Zaman bujang dulu nak makan apa bleh mintak mama masakkan. La ni dah dok sendiri dengan famili sendiri, memang kena layankan sendiri la selera makan yang tahap apa taktau nak habaq dah. Nanti kalau rajin, resepi akan dishare lagi. La ni layan gambaq ja dulu no.



Amra asam boi. Pokok tanam tepi rumah, buah tak penah putus. Alhamdulillah.



Kek coklat moist.



Nasi carrot dengan daging masak hantu. Feveret ni.



Tiramisu.



Ni makan-makan family masa birthday kakak Ayra bulan mei aritu. Nasi lemak, kuih qasidah, brownies n sandwich telor.

Friday, October 24, 2014

FENOMENA JERUK MANGGA ASAM BOI


Kita parking dulu resipi nak buat jeruk mangga asam boi nih kat sini. Nak kena cari mangga@pelam muda nih. Kat rumah aku pun baru tanam pokok pelam cokanan 2 hari lepas, tingginya baru 3 jengkal. Tak boleh jadi, memang nak kena cari pelam muda. Dah meleleh ailio tengok jeruk nih. Confirm sedap gila sebab letak asam boi.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;

ROS
019-574 9154

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu. 

Wednesday, September 24, 2014

OVERNIGHT OATS


Makanan yang sihat dan lazat. Serta sangat mudah disediakan. tak payah masak lelama dengan bahan yang segala macam. Kurang dari 5 bahan dah dapat hasil yang sangat memuaskan.

Oat campur dgn susu, sukatan ikut suka. Pastu optional letak greek yougurt dan chia seed (Cosway ada jual). Biarkan semalaman dalam bekas tertutup dalam fridge (sebab tu namanya overnight oats).

Bila nak makan, kluarkan then letak bahan tambahan seperti nutella atau chocolate rice atau almond atau cashew nuts atau hazel nut atau pisang atau apa2 saja yang korang letak. Memang sedap dan mengenyangkan.

Gambar hiasan kat atas tu ros buat minum petang. Oat + susu+ nutella saja dengan neslo ais. Terangkat!!!

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;

ROS
019-574 9154

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Tuesday, February 07, 2012

TUESDAY BLUES

Ada perkara yang sedang mengganggu pikiran aku sekarang... Layankan je gambaq homemade begedel pertama yang aku buat seumor hidup aku... itam2 tu bukan hangit tapi bawang goreng yg digaul dgn kentang yg jugak digoreng, bukan direbus... Malas nak story panjang2....

pssst: kalau sudah tertulis ianya rezeki saya, takkan ke mana kan????

Monday, July 04, 2011

TIRAMISU STRAWBERRY PULAK

Minggu nih adalah minggu bertiramisu. Berturut-turut entri aku pasal tiramisu. 2-3 hari lepas buar mocha tiramisu. Kali nih try strawberry tiramisu. Kebetulan strawberry filling n cream cheese ready stock. Tapi kali nih resipi ikut suka hati takde tiru memana.

Layan gambar je la ek...

Friday, July 01, 2011

TIRAMISU PERTAMAKU PT.2

Dalam entri sblom nih aku dah dedahkan rupa sisi tiramisu pertamaku. Dan dalam entri nih, aku nak tunjuk rupa keratan rentas tiramisu pertamaku nih.

Amacam? Ada meleleh liur tak? Hehehehe, rasanya sangat sedap. Kek coklat yang dimandikan dengan curahan air nescafe sangat ngan dengan rasa cream cheese yang tak berapa masin dan tak berapa manis tu. Suku kek tu aku makan dengan ayra. Suku lagi aku bagi kat SIL. Tinggallah setengah yang kat atas tu. Ambiklah kalau korang nak rasa ;-)

pssst: "kek tak jadi" tu masih berbaki, silap haribulan arini akan aku buat tiramisu lagi. hehehe nak ke????

Thursday, June 30, 2011

TIRAMISU PERTAMAKU

Semalam buat pop cake. Masih berbaki lagi kek coklat tu. Sudahnya aku plan untuk buat tiramisu, bahan pun dah ada. So, gedebak-gedebuk jadilah tiramisu pertamaku.

Masih disejukkan dalam esbok. Rasa macam mana pun aku tak tau. Tak sabar nak rasa tapi kena sabar dulu. Tunggu en abu balik keja ptg nanti makan puas-puas. Minum petang sesama, dengan secawan teh tarik pasti sedap kan?

Esok aku apdet apa rasanya ya. Boleh diterima oleh tekak aku atau tak, kita tunggu.

pssst: ada hikmah rupanya buat kek tak jadi ekk. macam2 aku bleh buat.


Wednesday, June 29, 2011

PERTAMA KALI

Pertama kali masak dan siang udang lipan. Rujuk entri terdahulu. Aku rebus je udang nih. Kasi letak serai+bwg besar+halia+cabai melaka+garam. Sedap sangat dah. Cuma isi udang nih tak banyak aa plus isi dia cair dengan kuah. Len kali kena beli yg besor sket. Baru sedap.

Arini memula plan nak goreng kunyit/sambalkan je udang lipan yg masih ada dlm esbok. Sekali time nak goreng, isi cair dalam minyak menggoreng. Sudahnya aku gorengkan trus dgn cendawan tiram+kacang buncis letak bwg besar+cabai merah potong. Siap cuma lori garam tertumpah sket sebab awalnya plan nak buat sambal kan... Apa2 je lah, janji sedap bila di makan dgn nasi putih. Pair plak dgn gulai telur, lagi la sedap dimakan time2 mendung hujan nih.

Semalam jugak pertama kali aku buat pop cake. Terbuat sebab ada cupcake lebih, dah tak termakan. Bahan2 nak buat pop cake pun sedia ada. So, inilah hasilnya...

Sangatla buruk rupanya. Tapi sedap sebab aku taruk badam cincang. RUpa buruk tapi rasa maveles.


Tuesday, June 28, 2011

UDANG LIPAN NAK MASAK APA EKK?

Malam tadi aku ajak en abu gi pasar malam di simpang empat Abi. Jalan punya jalan sambil beli brg2, en abu tanya aku pandai dak masak udang lipan. Aku cakap tak penah masak tapi beli ja la, nanti kita balik google la nak masak mcm mana. Kawan2 kat FB pun bleh tolong.

foto kredit to fztogether.blogspot.com

Nih la rupa udang lipan tu. Kami beli sepinggan RM5, banyak. Boleh dua tiga kali masak untuk kami 3 beranak nih makan.

Balik terus tanya kat kwn2 di FB dan aku google. Ada yang kata just rebus dengan serai dan garam sket pun dah cukup. Then makan dengan sos.

foto kredit to shidibum.blogspot.com

Tengah google, jumpa kat blog syerah, dia buat goreng kunyit ja. Nampak sedap.

foto kredit to my-alia.com

Nih plak mee kari udang lipan. Sapa penah try? Aku sah-sah la blom, udang lipan nih mmg aku tak penah makan langsung. Arinih nak try, nak buat nasi tomato dengan udang lipan goreng kunyit plus satu lagi lauk berkuah pedas. Tunggu next entri mcm mana rasanya udang lipan nih ekk...

Tuesday, June 14, 2011

NASI TOMATO - PERCUBAAN PERTAMAKU

Percubaan pertama setelah hampir 30 tahun hidup di muka bumi Allah nih. Alhamdulillah menjadi walaupun derhaka dengan lauk-lauk pengiringnya disebabkan ketiadaan ayam dan bahan2 lain. Takdak ayam masak merah, dalca atau acar timun nanas. Yang ada cuma Udang masak sos dan sayur campur. Itu saja yang ada dalam esbok aku, so hentam sajalah labu. Sedap sangat! En abu pun kata sedap. Aku sangat risaukan kalau nasi tu akan lembik atau mentah. Sebab kebiasaannya aku ukur air utk masak nasi pakai jari. Air nasi tomato tu kan panas, camno den nak ukor. Kang tak pasal2 melecur jari den nih ha. Syukur sangat, sedang elok jadi nasinya. Blehla buat lagi dengan lauk2 yang sepatutnya.

Wednesday, May 18, 2011

PULUT MANGGA ATAU JEMPUT2 UBI KENTANG BERCHEESE?

Panjangnya tajuk entri. Tajuk panjang coz malas nak taip entri panjang. So, yang mana satu idaman kalbu? Pulut mangga atau kat peghelih kami panggey pulut pelam atau

cucoq ubi kentang yang ditabur dengan cheese dan dimakan dengan sos mayonis.

Ya, aku memang suka mereka2 makanan. Apa yang ada dalam stok, itu yang aku masak. Sekian.

Thursday, April 28, 2011

CHIPSMORE CHEESE CAKE

Percubaan keduaku buat cheese cake. Resipi asal adalah Oreo Cheese Cake yang aku ambik dari blog mekna. Aku tukarkan oreo dengan chipsmore dan sebab tu jugak aku ubah nama jadi Chipsmore Cheese Cake.

The look.... so????
Resipi yang mudah dan senang untuk diikut. Rasa pun sedap.

Nak? Meh aa sini, ada lagi dalam esbok tu... TQ mekna...

pssst: lately takdak mood nak updet blog dan juga bercontest/GA.

http://pink-patisserie.blogspot.com

Friday, March 18, 2011

HOMEMADE CHOCOLATE DENGAN BADAM CINCANG

Actually nih dah kali ketiga aku buat coklat sendiri dan kali kedua letak badam cincang. First time buat aku tak letak apa2, buat coklat kosong. Kali kedua buat sblom aku admitted (last week). Dan semalam, buat lagi. Dan dah nak abis pun. Satu keluarga suka. Aku pun apa lagi, lagi la suka buat bila ada yang suka makan. Puas hati!

Nak resipi? Klik SINI.

Tuesday, February 22, 2011

KERABU EPAL HIJAU

Hari nih takdak idea nak masak apa. Nak pi kedai beli barang basah pun malas. Dalam esbok dah takdak barang basah. Sudahnya aku goreng telur dadar then masak sardin. Pastu ingat nak potong je cabai melaka then campur kicap tapi ternampak buah epal hijau. Apa lagi, mula la idea merapu aku mai.

Kerabu epal hijau. Orang tak penah buat, biaq aku yang buat.

Biasanya orang pakai mempelam atau tomato kan? Keduanya aku takdak stok, so hanya epal hijau yang ada, layan je la. Kaedahnya sama macam kerabu tomato yang aku penah buat dulu. Cuma tomato digantikan dengan epal hijau yang dihiris halus. (jangan halus sangat, nanti tak rasa rapuh epal tu). Serai n bunga kantan aku tak letak pun. Saja nak buat simple. Sedap jugak, terangkat. Pasnih bleh la buat lagi.

Thursday, February 17, 2011

HOMEMADE CHOCOLATE

Dah lama bercita-cita nak buat coklat sendiri. Akhirnya last weekend aku terjah ke kedai jual bahan-bahan buat kek di Jitra, rembat sepapan dark choc dengan hazelnut paste. Plan nak mix dengan white choc yang masih berlamabk dalam esbok. Siap beli acuan choc lagi. Dan hasilnya
Amacam? Ok tak? Hehehehe, coklat nih sangat sedap. Tak manis sangat. Tapi kalau ada kekacang lagi best. Terlupa nak beli kekacang sebenarnya aritu. Takpa, pasnih nak beli kekacang plak. White choc masih berbaki dalam esbok, tambah beli dar choc je. Puas hati bila buat sendiri.

Bahan-bahan:

1 bar dark choc
1 bar white choc
1 sudu besar hazelnut paste

Cara membuat:
Double boil kan semua bahan. Bila sebati, sudukan ke dalam acuan. Sejukkan, siap untuk dimakan.

pssst: aku pakai white n dark choc brand Colatta.

Wednesday, February 02, 2011

'NGAKU' JUGAK AKU AKHIRNYA

Aritu baca kat blog nana pasai buah ngaku nih. Teringin nak mencuba dan aku dah plan kalau jumpa buah ngaku nih kat memana, aku akan beli dah cuba makan. Lagipun buah ngaku nih cuma ada bila musim raya cina saja. Selain ngaku, buah nih jugak dipanggil arrow head kan? Sori kalau maklumat aku nih salah. Kalu yang tak penah tengok buah ngaku nih, tengok kat bawah nih.

Rupa dia lebih kurang macam buah sengkuang cina cuma kulit dia tak hitam macam sengkuang cina. Aku beli 5 biji ja, risau beli banyak2 takut tak lalu makan. Almaklumlah, benda baru nak cuba. Tak mahal buah nih, sekilo RM 2.90 ja.

Cara memasak dia pulak macam nih. Memula korang kupas kulit dia then hiris nipis-nipis. Atau lebih senang, sagat nipis-nipis.

Kemudian, korang goreng sampai garing. Ala-ala macam goreng kerepek. Dan hasilnya akan jadi macam nih.

Memang sedap. Rasa dia lemak-lemak masin tambah kelat2 sket. Lebih kurang macam kerepek pisang. Kalau nak tau macam mana rasa, cuba la beli then goreng. Cepat, sebab musin buah ngaku nih dah nak abih.

pssst: aku ngaku ketika entri nih ditaip, aku sedang mengunyah kerepek ngaku.

Friday, January 21, 2011

PUDING LAICI

Time panas-panas nih macam nih memang best kan kalau bleh makan dessert. Bukan desert tau tapi dessert. Especially yang disimpan dalam esbok bagi sejuk. Perrggghhhh, memang nikmat.

Few days ago aku buat puding laici. Resipi tak follow memanag. Ikut suka hati aku, agak2 ok masuk ja. Bahan2 cuma 10g serbuk agar2, air, setin laici in syrup, setin susu cair, gula. Itu saja. Siap.

Saja aku buat lembik sket, ala2 taufu fa. Bila nak makan kena cedok, licin ja masuk ke dalam tekak. 2, 3 hari simpan dalam esbok, dia akan jadi berair. Lagi sedap bila makan time tu.

SCRAMBLE + SOSEJ & CHEESE

Sesekali nak jadi omputih walaupun sedar yang kulit nih tak berapa nak macam omputih. Tambah2 bila kat rumah cuma tinggal berdua dengan si ayra. Time tu keluar idea yang bukan nak 'edit' atau 'modify ' makanan. Time abahnya ada pun ada jugak buat kerja gitu tapi bila berdua dengan anak, ikut suka hati aku la nak makan apa kan. Si anak ikut ja apa yang ibunya makan.

Kat atas tu adalah dinner aku n ayra dua hari lepas. Scramble egg (telur+susu segar yang digoreng hancur) dan sosej yang digoreng dan ditaruk keju kat atas. Burrrppp, kenyang alhamdulillah.

pssst: sesekali entry ceta ntahapaapa yang keluar.

Friday, January 07, 2011

CLINIC CAFE @ GURNEY

Clinic Cafe nih lokasinya adalah di Gurney, Penang. Sila tengok gambar2 di bawah.

Sudu dan garfu dalam bekas operation.

Sos dalam syringe.

Frame gambar untuk hiasan kedai adalah alat2 untuk operation.

Kerusi roda dan meja bedah. Curtain pun ada lambang 'PBSM'.

Tengok! Lampu pulak sebijik lampu di bilik bedah.

Katil di hospital jadi kerusi makan.

Nih kaunter minuman.

Apa pendapat korang? Teringin nak try makan kat situ ke? Ke takleh nak telan makanan kalau makan kat situ? Tepuk dada tanya selera.

pssst: photos kredit to hajar & amir.

Related Posts with Thumbnails