Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

BANJIR 2010 Pt.1

Penat mencuci dan mengemas rumah tak ilang lagik. 10% lagi blom siap kemas. Aku biarkan gambaq2 kat bwh nih yang bercerita. Air start naik 2 Nov 2010.

Day 2 (3 Nov 2010)



Day 3 (4 Nov 2010)


Day 4 ( 5 Nov 2010)





Alhamdulillah sebab tak byk sgt brg yang rosak. Weekend nih nak balik jenguk mama di jitra. Kat sana byk brg rosak sebab air dalam rumah melebihi paras pinggang.

Aku redha dgn segala ujianMu ini Ya Allah...
Hanya Engkau tahu apa yang terbaik untuk kami...

Thursday, November 04, 2010

GAMBAR2 BANJIR@JITRA

Gambar sekitar banjir di kawasan rumah mama aku di jitra.

Sian keta nih, tak sempat diselamatkan.

Pekan Jitra 2, lumpuh.

Sekolah Men Keb Jitra cuma nampak sket je pagarnya. Rumah mama aku di belakang sekolah nih. So, korang imagine la setakat mana air kat rumah mama aku.

Kalau tak salah aku, sebijik keta BMW dan sebijik lagik mercedes. Hmmmm....ujian dari Allah...

Nih kawasan bertentang dengan Sekolah Men Keb Jitra. Jitra Mall ada parking kat basement. Mesti penuh dengan air kat parking area tu.

Monday, November 01, 2010

RISAU....BANJIR DAH TIBA

Korang tengok la gambaq2 kat bawah nih. Semua gambaq nih adalah di sekeliling kawasan perumahan aku. Asalnya sawah padi tapi sekarang dah jasi mcm laut.

Kampung2 kat tepi2 kawasan perumahan nih pun dah banjir. Air sungai pun dah hampir penuh.
Tengok berita tadi, paling ramai mangsa banjir dipindahkan adalah di perlis. Aduhhhh, risau...risau...

Sebab rumah aku nih penah banjir pada tahun 2005. Air masuk dalam rumah sedalami 1 kaki. Ujan langsung tak reda, apatah lagi berenti sejak ari sabtu lepas.

Banyak jalan dah ditutup, tak boleh lalu sebab air naik. Tapi mujur di dalam bandar Kangar blom ditutup, masih ok lagi. Tapi kalau keadaan hujan mcm nih, tak tau la nak kata apa. Harap2 hujan berenti... Amin...

pssst: Banjir besar 2005, rumah mama aku tenggelam paras dada. (dada aku yg tinggi 173cm nih). Peristiwa tu pada 18 Dis 2005, sehari sblom iaitu 17 Dis adalah hari pertunangan aku dgn en abu. Abis semua hantaran tenggelam banjir.

Related Posts with Thumbnails