Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU JOE DAN AIDA

Selamat Pengantin baru buat sepupuku Joe dan isteri Aida. Kenduri di Terengganu (13/9/14) kami tak berkesempatan nak pegi. Alhamdulillah kenduri di rumah pengantin lelaki (15/9/14) dapat kami hadiri.

Bergambar reramai dengan sepupu sepapat. Ku nampak gemokkksss dalam gambar nih (dah memang gemok, x sedar diri ler tu).


Pengantin dengan mak pengantin lelaki dan mak-mak sedara. Kanan sekali adalah mamaku tercinta.


Dan nih gambar outdoor pengantin di Terengganu. Kidnap dari FB cousin. 


Sama cantik sama padan
Semoga kekal hingga ke syurga.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;

ROS
019-574 9154

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.


Sunday, November 28, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU HAJAR & AMIR REDZA

Hari nih sepupu aku, Hajar telah sah menjadi suri hidup Amir Redza. Majlis kahwin aku tak pasti di masjid mana tapi majlis resepsi dibuat di Pusat Komunit Bukit Damansara. Hampir semua sedara-mara ada kecuali beberapa org termasuk aku. Nak sangat gi sebab Hajar nih anak arwah ayah ngah aku yang bongsu tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Nasib baik sekarang nih zaman IT. Ada sepupu2 yang baik hati upload gambar2 kawen nih kat FB.

Baju nikah, persalinan biru. So sweet.

Upacara membatalkan air sembahyang...

Sama cantik sama padan di pelamin nan indah...

Sedara-mara sebelah mama saya yang hadir. Ramai!!!!

Nih gambar papa aku ngan Akmal Rizal, pemain bola sepak kelantan yang juga merupakan adik ipar kepada pengantin lelaki. Sekarang dah jadi biras sepupu aku. Akmal nih member aku zaman sekolah rendah dan kekadang jumpa dia kalau dia balik jitra.

Dan dalam banyak2 gambar yang spupu aku upload, yang paling aku suka adalah gambar nih. Mama dan papa aku yang tersayang.... So comelllllll!!!! Luv u mama, Luv u papa....

pssst: esok majlis resepsi pengantin lelaki di Putrajaya pulak. Tak sabar nak tengok gambar lagik....

Monday, June 07, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU DEK AH & ANAS

Weekend lepas kami sekeluarga attend weeding sepupu aku di Sg Petani. Majlis Akadnya pada ari jumaat, pas solat jumaat. Aku 3 beranak tak gi sebab aritu kan ari bekerja untuk negeri perlis. Sepupu aku nih , pengantin perempuan ialah anak kepada pakngah aku iaitu adik kepada papa aku.

Pengantin yang sama cantik sama padan dengan persalinan biru di pelaminan yang juga serba biru. Nih kat rumah pengantin perempuan.

Nih plak hantaran dari pengantin perempuan utk pengantin lelaki. Serba biru jugak.

Merah nih hantaran dari pihak lelaki. Depa bagi 21 dulang. Banyak makanan.

Nih plak meja makan beradab. Aku suka. Simple tapi cantik.
Persalinan merah ketika majlis menyambut menantu di rumah pengantin lelaki. Nih la keluarga pengantin perempuan. Pengantin nih ada 4 beradik. 2 lelaki 2 perempuan. 2 lelaki di depan tu adalah abang pengantin dan kedua-duanya masih single. Pengantin nih langkah 2 bendul trus. Yang bongsu adik perempuan (takdak dlm gambaq).

Last but not least gambaq depa berposing untuk upacara potong kek di rumah pengantin lelaki.

Selamat pengantin baru Nazihah & Anas. Semoga kekal hingga hujung nyawa.

pssst: gambaq kredit to facebook makngah azah.

Monday, May 31, 2010

JUMPA EJAN@MAMALYNA

Bila cuti sekolah pasti sinonim dengan cuti. La nih tak tunggu cuti panjang pun dah ada orang buat kenduri. Macam aku, ari sabtu lepas ja ada 2 kenduri di 2 buah negeri yang berbeza. 1 di kedah, 1 di perlis. Hehehe, macam la jauh sangat, tak sampai sejam pun perjalanan.

Tapi kenduri yang aku attend di kedah ari sabtu lepas lain sket. Sebab kenduri tu adalah kenduri adik ipar MamaLyna. Dia jemput aku sekeluarga sambil2 kami boleh jumpa2, kenai2. Sebenarnya, husband MamaLyna tu classmate aku masa di Poli. Masa wedding depa aritu pun aku pi tapi time aku tatau pun yang MamaLyna nih jugak blogger. Dan dia pun tak perasan aku time tu, maklumlah orang jadi raja sehari memang dah tak perasan apa dah.

Nih la pengantinnya aka adik ipar MamaLyna.

Nih la dia, MamaLyna dan si comel Lyna. Sori ejan, gambaq nih ja yg ada. Digicam tu slow sket. Kalau nak candid, selalu tak jadi.

Nih plak cik Lyna kita. Memula aku nak ambik gambaq budak berdua nih (Lyna n Ayra) sebab time tu aku suh ayra hug lina. tapi memandangkan digicam aku tu dah pening, takdan nak capture saat tu. Dan hasilnya, gambaq Lyna sorang dan nampak sket kepala ayra.

Last but not least harus ada gambaq kami berdua tambah dua orang budak2 comey tu. First ayat Ejan aka MamaLyna cakap bila nampak aku "tingginya....". So, bila tengok gambaq, korang imagine la tinggi mana aku nih ye. Sila abaikan muka yg berminyak itu.

pssst: Tenkiu ejan sebab jemput kami sekeluarga. Dapat jugak kita jumpa kan. nanti jemput mai rumah kami pulak.

Sunday, May 02, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU IWE & SAI

Selamat pengantin baru...
Selamat berbahagia...
Selamat ke anak cucu...
Selamat sejahtera...

Tahniah Sai & Iwe, perhubungan yang telah dibina sekian lama diakhiri jugak ke jinjang pelamin. Mudah2an korang berdua akan menjadi pasangan dunia dan akhirat. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Bagai pinang di belah dua. Sesuai sangat bersanding di pelaminan serba mewah dan merah menyala.

Sama cantik sama padan. Sesi potong kek 2 tingkat+ kek cawan.

Akhir kata, semoga kalian berdua kekal hingga ke hujung nyawa.


1 HARI - 4 KENDURI

Semalam ada 4 jemputan kenduri. 3 kenduri kawen, 1 kenduri akikah. 2 di kedah, 2 di perlis. Alhamdulillah, semua jemputan dipenuhi. Hasilnya, dapat byk goodie bag dari 3 kenduri kawen tu.

Dalam banyak-banyak tu, yang paling aku suka adalah seperti gambaq di bawah. Harus berwarna pink dan berbunga ros. Ala-ala Inggeris gitu. Cantik kan?

Nak tengok apa yang ada kat dalam? Jom kita geledah. Ada 6 barang dalam setiap beg bunga ros tu. Termasuk satu buku surah yasin. Terima kasih pengantin yang bagi beg nih. Aku suka sangat!

Dan yang best jugak yg ada dalam beg nih adalah homemade chocolate dan jugak kuih almond london. jarang dapat benda mcm nih. Sedap.


Monday, April 19, 2010

KENDURI BLACK & WHITE

Sabtu lepas, kami 3 beranak with mama & papa pegi majlis kawen anak cikgu tuisyen aku dulu merangkap kawan papa n mama. Majlis berlangsung di Dewan Utama, Jitra. Unik sebab warna tema wedding nih adalah hitam dan putih. Nampak menarik dan lain dari yang lain. Tapi pendapat peribadi aku, kaler tu yang menaikkan seri pengantin. Even family pengantin pun berbaju hitam+putih.

Gambar2 lain tak sempat nak ambik, cuma sempat melayan si kecik nih ja. Aku tak nafikan yang pelamin, hantaran dia mmg cantik tapi pengantin tak menyerlah. Mungkin sebab warna tu yang agak 'kelam' so sebab tu pengantin tak menyerlah.

Apa-apun, lain padang lain belalang. Setiap orang ada citarasa tersendiri kan? Selamat Pengantin Baru buat Nurul dan suami.

Thursday, February 18, 2010

KENDURI @KUALA KETIL

Cuti CNY dihabiskan dgn mcm2 aktiviti...
Gi kenduri, gi rumah mama, rumah MIL, shopping2....
Salah satu kenduri yang kami pegi adalah di Kuala Ketil...
Kenduri member kelab toyota en abu...
Dari perlis cuma 2 buah kereta dan keduanya tak naik keta toyota sebab keta memasing di 'hospital'...

Merahnya makngah!
Selamat pengantin baru!
(aku lupa nak tanya en abu apa nama pengantin nih)
Kenduri nih serba merah, sampaikan kereta yang bawak pengantin pun kaler merah...
Bleh geng dgn Red Mummy nih...
Tapi aku rasa pengantin nih maybe peminat MU sebab tu dia pilih merah sebagai tema...
Dan salah satu cenderamata untuk rakan2 kelab jugak adalah keychain MU...

Di antara kereta yang berkonvoi bersama...
Kebanyakannya adalah toyota DX daripada Alor Setar...


Friday, May 29, 2009

MUSIM CUTI SEKOLAH

Musim cuti sekolah kembali lagi...
Seperti banyak undangan ke majlis perkahwinan yang perlu dipenuhi...
Esok dah start...
Selama 2 minggu nih, boleh nampak ada saja kenduri...



Gambar2 di atas adalah sebahagian kenduri yang pernah saya hadiri dlm masa 3 thn nih...
Ada yang dah bertiga, berempat pun dah...
Semoga berbahagia semuanya ya...

Tuesday, March 24, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU NATERAH & AZLI

Selamat Pengantin Baru buat Naterah & Azli...
Majlis Resepsi depa buat kat Dewan Utama, Jitra pada 21 Mac 2009...
Naterah nih skulmate aku since sek ren sampai sek men...
Masa sek ren dulu, slalu gak gi lepak kat rumah dia kalau ada ko-ko waktu ptg coz rumah dia dkt dgn skolah...
Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...

Sama cantik sama padan...
Pengantin pilih busana berwarna hitam...

Pelamin dan meja makan beradap...

Kat majlis nih jumpa anis (kiri) & ikin (tgh)...both are ex-skulmate aku jugak...
Anis skrg PTD kat MOHE & dah jadi milik org...
Ikin plak lecturer kat UUM dan dah tunang...
Kalau korang perasan, anis tu yg dlm segmen kantoi dlm rncgn Macam2 Aznil...

**Time majlis mcm nih la bleh jumpa member2 lama, maklumlah masing2 bz dgn komitmen masing2...

Monday, December 01, 2008

MAAF

Maaf atau sori....
Hanya tu yg mampu aku katakan utk semua kengkwn....
Kengkwn yg attend wedding anis n kiyai...
Bukan aku sengaja xmau p....
Tapi aku cuma mampu merancang....
Abu n Ayra demam ( mcm yg aku tulih kat entri sblom nih)....
Abu dah ok tapi anak dara aku...still batuk n selsema...
Sian plak aku nak bwk dia travel jejauh....
Whutever pun, aku tetapkan doakan kebahagiaan milik kwn2 aku....
Especially pengantin baru, ANIS & KIYAI...
Sesungguhnya, aku memang rindu nak jumpak korang semua....
Uwaaaaaaa.......
Related Posts with Thumbnails