Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Friday, March 18, 2011

UNTUK AYRA

Ahad lepas aku kembali ke rumah sendiri lepas 4 hari di wad dan lebih seminggu di rumah mama. Sblom balik rumah, aku ajak en abu singgah di Stadium Darulaman. Yang kebetulan pada ketika itu ada karnival anjuran kerajaan negeri.

Jalan punya jalan, akhirnya ada la 2-3 barang yang aku beli. tapi semuanya untuk anak dara nan sorang tu. Antaranya yang dibeli adalah kat bawah nih.

Backpack untuk letak barang2 ayra kalau nak gi jenjln. Dan 2 headband bling2 yang amat murah. RM3.50 je satu. Mananya tak rembat dua.

Bukan tu saja, ada lagi barang utk anak dara tu. Selipar disney princess dan jugak belon Upin & Ipin. Jugak satu colouring book yang cuma RM1.00. Murahkan? Semuanya untuk dia. Ibu n abah apa pun tak beli.

Yang betulnya, saja nak meluangkan masa sekeluarga lepas aku discaj. Sian kat ayra kena tinggal dengan mama tok time aku admitted aritu.

Monday, February 21, 2011

LYE HUAT GARDEN PART 4 (FINALE)

Last entri untuk review di Lye Huat Garden. Entri bergambar yang agak panjang. Sila jangan bosan.

Antara pemandangan yang menarik

Koleksi loceng lama.

Salah satu kolam kat situ dengan batu yang pelbagai bentuk.

Kolam lagik.

Dan lagik.

Ruang yang menempatkan koleksi2 batu yang pelbagai bentuk yang unik.

Batu lagik.

Batu in 'heart shape'.

Basikal lama pun ada. Mana nak jumpa kat tempat lain.

Bukan ada satu beskal je tau.

Haaa, nampak dak? Berpuluh2 beskal ada. Sila abaikan 2 orang model itew...

Beskal lagik.

Batu pelik.

Nih jugak pelik.

Ada macam bentuk pagoda tak?

Sesungguhnya sungguh indah kejadian Allah.

Nampak macam keris atau pedang pahlawan China?

Sekian.

Sunday, February 20, 2011

LYE HUAT GARDEN PART 3

Entri gambar bermodel. Di point-point menarik di Lye Huat Garden nih.

Wakaf roda kereta kuda. Unik.

Ayra duduk di kerusi dari tungkul kayu. Gambaq tak cantik sebab pakai henfon.

En abu dan ayra di kerusi tunggul kayu. Cantik. Kalau dapat letak kat laman rumah nih, memang best.

Ayra pose kat batu.

Nih pun tunggul kayu. Siap boleh tidoq lagi kat atas tu.

Salah satu pintu gerbang dalam kawasan nih. Nih pun pakai henfon.

To be continued....

Saturday, February 19, 2011

LYE HUAT GARDEN PART 2

Entri kali nih nak introduce binatang apa yang ada kat Lye Huat Garden nih. Tapi tak semua binatang aku sempat ambik. Mana yang lalu, aku snap. Takdak la banyak sangat binatang kat sini kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara atau Zoo Melaka tapi okla dari takdak langsung.

Sang kura-kura yang sedang menikmati jagung rebus. Besaq kura-kura nih. Comey ja tengok dia makan, sopan-santun (slow motion).

Pak belang. Ada 2 ekor dalam kandang sebelah menyebelah. Risau aku nengok sebab pak belang asyik dok mundar-mandir resah gelisah dalam kandang dia tu. Dah ler kolam dalam sangkar tu bukannya besar sangat. Agaknya dia kelaparan kot.

Nih satu geng rusa dalam satu kandang. Ada la 4-5 ekor rasanya.

Nih dalam kandang yang sama. Tapi dia 'lone ranger'. Frust menonggeng kot, ngorat awek tak dapat. Hehehehehe....

Sblom aku snap gambaq nuri nih, ada 2 orang pakcik dok sembang-sembang dengan menatang nih. Satu perkataan yang aku dengar clear si nuri nih sebut adalah 'hello. Pandainya...

Sang bedal. Ada dua ekor jugak dalam satu kandang. Besaq gak nih, tapi dok tidoq rasanya.

Ikan toman sebesar paha org dewasa merenyut dalam kolam buatan. Ayra takut nak tengok dekat, maybe sebab banyak sangat kot.

Yang nih aku tatau burung apa. Atau ayam apa. Tapi leher dia biru then ada balung warna merah. Bukan ayam turki kan? Tak sempat nak baca signboard kat kandang dia tu. Ralit mengejar ayra yang dah jalan ke depan.

Si kambing yang dah tua sebab janggut dah panjang dan bulu semua dah 'beruban' kaler putih. Kambing albino kot. Macam biasa, tak sempat baca signboard.

Angsa putih, cantik. Bersih sangat bulu dia.

To be continued....

Friday, February 18, 2011

LYE HUAT GARDEN PART 1

15 Feb 2011 sempena cuti umum di perlis, aku ajak en abu ke Lye Huat Garden di kawasan R&R Changlun. Kawasan rekreasi nih ala2 zoo+taman bunga/bonsai. Macam-macam benda ada kat sini. Fees masuk agak mahal, RM10 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak2 5 tahun-12 tahun. Tapi aku rasa agak berbaloi memandangkan kawasan Kedah dan Perlis yang agak terkebelakang dengan tempat riadah sekeluarga macam nih. Zoo pun takdak.

Ayra pose di pintu masuk ke Lye Huat Garden.

Sebaik masuk pintu utama, korang disambut dengan lanskap yang dikuasai oleh satu pokok bonsai yang besaq.

Patung-patung askar zaman Tamadun China lama. Poyo ja en abu posing gitu. Layan je la.

Ayra naik kuda besi.

Tengok sapa lagi tinggi?

Ayra posing sendiri then request aku ambik gambaq dia.

Konon-konon dua beranak nih dok main-main dengan 'kuda' tu.

Ishhhh, bolattttnya pipi aku.

Salah satu jambatan yang merentasi kolam buatan manusia yang dipenuhi dengan ratusan ikan toman yang sebesar paha.

Single pose. Nampak skema le plak.

Charlie's Angle pose by ayra dan en abu.

To be continued...

Related Posts with Thumbnails