Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

Tuesday, May 03, 2011

ME WON STORIESFOR3BOYS 1ST GIVEAWAY

First of all, thanx to Nana yang inform pasal kemenangan aku nih. Alhamdulillah syukur ke hadrat Yang Maha Esa. Masih ada rezeki aku menang GA/contest di alam maya nih. Pembukaan yang baik untuk Mei 2011 dan bulan2 seterusnya insyaallah.

Kali nih aku di antara 30 pemenang bagi sToriesfor3boys 1st Giveaway. Nan jugak salah sorang pemenangnya selain dari mama zharfan, cute mum, izan ishak, tiefazatie dan lain2. Tahniah jugak buat korang. Buat penganjur GA, thanx a lot coz organized this GA dan 'random' my name. TQ very much!Klik SINI untuk senarai penuh pemenang.

Thursday, April 21, 2011

FIRST TIME DAPAT HADIAH OTOGRAF

Dalam minggu nih aku dah terima dua hadiah GA/contest. Kedua2nya best.

First, isnin lepas aku terima Mary Kay body lotion. Bekas besar lagik, saiz botol susu 9oz. Body lotion nih bau passion fruit, sedap bau dia rasa macam nak makan ja. Thanx puan penganjur.

Lagi satu hadiah tu nampak macam biasa saja iaitu memo pad kaler ijau. Don't judge a book by its cover ok. Luar saja nampak biasa tapi dalamnya lain dari yang lain sebab ada nih......

Autograf Khairul Fahmi Che Mat (GK Malaysia aka apex). Ekslusif gitu. Thanx to elia dan amy.

Saturday, April 16, 2011

ME WON GIVEAWAY BY AWEK KHAIRUL FAHMI CHE MAT & KAKAKNYA

Biar gambaq2 di bawah yang berbicara. Tumpukan pada kotak kaler hijau pucuk pisang.


TQ pada cik-cik penganjur First Combined Giveaway dan jugak tima kasih pada pemenang yang tak muncul2 tu, sebab dialah aku boleh menang. Rezeki adalah ketentuan Allah swt.

Klik SINI utk info sepenuhnya.

Thursday, April 14, 2011

ME WON PRECIOUS MOMENTS GIVEAWAY

Alhamdulillah rezeki di pagi rabu. Jenguk blog contest aku, terpandang komen dari mommie yuyu yang aku menang Precious Moments GA anjuran blog beliau. Tersenyum aku sorang2 depan lappy sebab sekarang agak kemarau dengan kemenangan GA atau contest. Lagipun sekarang nih aku pun dah mengurangkan diri dalam bab GA dan contest nih sebab sedang memberi tumpuan yang lebih kepada perkara lain.

Tima kasih mommie yuyu sebab ter'random' nama ros. Dan aku bakal dapat body lotion Mary Kay gitu. Kaler pink lagik, I loiiikkeee. Tahniah jugak pada pemenang lain.

Klik SINI untuk tengok senarai penuh pemenang.

Thursday, April 07, 2011

KLIP RAMBUT UNTUK AYRA, FM UNTUK IBU

Hari nih abg posmen singgah lagi kat rumah aku. Dia tinggalkan satu sampul surat pos ekspres. Bila ditengok pada pengirimnya, dari zana iaitu penganjur GA Anakku Comel.

Dan isi sampul pos ekspres tersebut ialah:

Sepasang klip rambut untuk ayra dan satu FM dari bandun untuk aku. Aku suka sangat sebab ayra blom ada klip rambut kaler purple dan aku jugak blom ada FM dari bandung so bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la. Terima kasih zana.

Nak tengok tak budak keciwi pakai klip rambut baru. Ni la dia....

Terserlah ke'kepek'kan hidung dia tu. Apa2 ja, janji dia happy so ibu pun happy jugak. Jangan dok asyik 'temper tantrum' ja, ibu terus pening kekadang ibu pun jadi 'hot temper' terus.

Dan jom kita tengok bila FM from bandung tu join kengkawan dia di esbok aku.

Hampir separuh dari FM yang aku ada tu aku dapat thru GA/contest di alam maya. Tima kasih semua. Jasa korang hanya Allah yang mampu balas.

pssst: Ayra dapat lagi satu hadiah pagi tadi dari sorang kawan aku merangkap jugak seorang blogger yg low profile. Nanti aku letak dalam satu entri khas. TQ pada puan pemberi hadiah.

Wednesday, April 06, 2011

SEMALAM DAPAT CEK, HARI NIH DAPAT 2 HADIAH

Semalam baru ja rasa dalam hati ada taman sebab dapat cek from en nuffnang. Hari nih berbunga2 lagik sebab dapat hadiah. Bukan satu tapi dua hadiah. Keduanya adalah dari penganjur GA yang mana aku adalah salah sorang dari pemenangnya.

First, hadiah fancy fruit fork. Heart shape lagik. Siap kaler merah lak tu. I likeeee! Kedua sikat kaler purple. yang nih ayra dah siap booking. Sikat dia katanya. Sampai abah dia balik keja tadi dia mintak kat abah dia mana sikat yang posmen antaq tu. Hahahaha, mcm2 la anak dara tu.

Terima kasih pada puan2 penganjur GA yang dah antaq hadiah kepada aku.

Buat pemenang GA aku, aku mintak maagf bebanyak. Tak sempat lagi nak pos hadiah korang. Sabar yer. Aku janji korang akan terima jugak hak korang tu.

Friday, March 25, 2011

REZEKI AYRA UNTUK MAC 2011

Entri sebelum nih baru je mengomel pasal kekemarauan kemenangan dalam GA/contest di blog nih. tetiba dapat tau yang ayra pulak menang saguhati Giveaway Anakku Comel by LittleStoryFromLittleFamily. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Terima kasih jugak pada penganjur yang telah memilih ayra sebagai pemenang walaupun sekadar saguhati.
Tahniah pada pemenang yang lain. Comel2 semuanya.

Klik SINI untuk senarai penuh pemenang Giveaway Anakku Comel by LittleStoryFromLittleFamily.

pssst: sesuungguhnya Allah itu Maha Mendengar.

MOOD KE LAUT + REZEKI MAC 2011

Semenjak discaj dari wad, mood aku agak ke laut tambah2 lagi utk join GA dan contest di alam maya nih. Entahlah, mungkin fokus aku sekarang dah ke arah lain. Atau jugak mungkin disebabkan kemarau kemenangan GA/contest di blog nih. Apa pun aku tak nafikan, rezeki adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Tadi terjenguk ke blog CT dan terjumpa result Raimi 1st Giveaway. Rupa2nya, aku menang hadiah kedua. Aku suka sangat dengan hadiah yang bakal aku dapat iaitu Fruit Fork bentuk hati kaler merah. Ishhhh, dah berangan2 makan buah atau kek dengan garfu nih, mesti bertambah2.

Alhamdulillah, terima kasih pada pengajur dan syukur ke hadrat Ilahi.

Klik SINI utk senarai penuh pemenang Raimi 1st Giveaway

Monday, February 28, 2011

HADIAH CROYDON BABY BOY GIVEAWAY FROM AFIDAH ARIF DAH SAMPAI

Hadiah dari Afidah Arif untuk Croydon Baby Boy Giveaway dah selamat sampai ke tangan aku. Comel hadiahnya. Sesuai dengan aku yang suka baking-membaking.

Hadiahnya ialah Set of 4 cookie cutters Winnie the pooh.

Nih la rupanya. ada 4 semuanya.

Siap ada resipi lagi.

Makaseh Afidah Arif.

Wednesday, February 16, 2011

HADIAH DZAZUE 4TH ANNIVERSARY 2011 DAH SAMPAI

Semalam baru singgah kat blog Zue baca entri dia pasal hadiah yang dah dipos jumaat lepas. Sampai semalam (selasa) aku masih blom terima. Alhamdulillah arinih dah selamat terima hadiah pink tersebut. Lambat sket sebab Zue pos ari jumaat. Sabtu dan ahad weekend, posmen cuti. Isnin sampai kat Kangar then selasa pulak Perlis cuti Maulidur Rasul, jadinya arinih baru posmen keja balik. Thanx Zue, hadiah awak ros dah terima dengan selamat.

Tapi, parcel kali nih jugak telah diceroboh. Ada kesan koyak kat bahagian bawah parcel. Kesan koyakan yang sengaja dibuat, bukan yang terkoyak.

Nih rupa isi dalam parcel tu. Makaseh buat Zue dan Mustadza (hubby zue, my ex-classmate di POLIMAS).

Satu beg pink dari Cameroh Hignland yang comel.

Disebabkan kecomelan beg nih, ayra dengan sesuka hati dia dah booking beg tu jadi dia punya. Buktinya, tengoklah ayra dah siap masukkan barang2 dia dalam beg tu.

Barang2 ayra yang akan menjadi penghuni beg pink yang comel tu.

Apa pun, tima kasih sekali lagi Zue. Kalau mai ke utara, singgah la ke rumah ros.

Sunday, February 06, 2011

ME WON DZAZUE 4TH ANNIVERSARY GIVEAWAY 2011

Alhamdulillah, rezeki pertama untuk bulan februari. Aku dipilih oleh puan penganjur Dzazue 4th Anniversary Giveaway 2011 sebagai salah sorang pemenang bertuah. Entri aku untuk GA beliau boleh tengok kat sini. Nih pun last minit join. Kalau dah memang rezeki, takkan ke mana...
Hadiah yang aku bakal dapat adalah seperti di bawah.

Comel hadiah nih, PINK gitu. Lagi la aku suka. Tima kasih pada puan penganjur dan tahniah jugak untuk pemenang2 yang lain especially ejan dan nana. Tahniah ye korang.

Ada hikmah jugak aku join GA nih sebab baru ku tahu rupanya husband puan penganjur GA nih adalah classmate aku time nih POLIMAS dulu. Kecik sungguh dunia nih, pusing2 pi mai pi mai tang tu ja.

Klik SINI untuk entri penuh tentang pemenang.

pssst: kemenangan ke-1 utk feb 2011

Friday, January 28, 2011

HADIAH GIVEAWAY HANYA UNTUK KAMI DAH SAMPAI!

Terima kasih izan cute aka mummychacha! Hadiah yang awak pos dah selamat sampai ke tangan saya 2-3 hari lepas. Macam yang saya SMS aritu. Cuma lambat post kat blog disebab oleh masalah INI.

Dan isi sampul pos ekspres kat atas tu adalah yang di bawah nih.

Frame gambar 5R dan satu brooch merah yang comel. Makasih izan.

Friday, January 21, 2011

SURAT KENA CEROBOH LAGIK!!!

Hadiah Contest CCK - Hitam itu menawan dah selamat sampai ke tangan aku iaitu FM dari Cameron Highland.
Dan jugak Koleksi Setem korporat sempena sambutan Jubli Intan TLDM yang di'giveaway' oleh Keyphochee yang komen di entri beliau jugak telah aku terima sekali dengan FM CH tu. Rasanya sempat lagi kalau korang nak join. Tapi di sebalik hadiah2 nih ada satu cerita yang tak berapa best.

Seperti yang aku ceritakan di sini. Surat ku diceroboh lagik. Geram!!!!!

Buktinya adalah seperti dalam gambar di atas. Korang tengok kat bahagian bawah sebelah kanan. Nampak kan? Dah terang lagi bersuluh. Apsal diorang buat gitu? Setem dah RM1.20, parcel nih bukannya berat sangat pun. Nasib baik takdak apa yang hilang.

Tutup cerita tu. Aku nak ucapkan terima kasih bebyk kat Keyphochee yang susah payah antar hadiah2 tu. Terima kasih daun keladi, kalau ada bagi lagi.

Wednesday, January 19, 2011

LEGGING MINNIE FROM HK DAH SAMPAI TAPI....

Aritu aku ada post entri pasal kemenangan di blog Hana Kirana (HK) kan? Ala, My Girl Want This Skirt Giveaway tu. Dan kat bawah nih la skirtnya. Legging skirt minnie mouse yang so adorable. Dah selamat sampai ke tangan peserta bertuah iaitu aku, hehehe...

Tapi ada sket cerita tak best bila terima saja skirt legging tu. Bungkusan berisi skirt tu dah 'diceroboh', dirosakkan tanpa izin. Tak pasti la nih keja abg posmen ataupun staf kat PO. Kat bawah nih bukti bungkusan aku diceroboh. Korang nampak kan? Nih first time jadi kat aku. Sebelom nih aku penah baca kat blog ifa tiefazatie, banyak kali jugak jadi kat dia benda nih. Apa komen korang hal nih?

Tapi dalam bungkusan tu ada satu pengubat kesedihan@kemarahan aku. Penganjur contest aka HK baik hati coz bagi hadiah iringan seperti di bawah iaitu sekeping kad yang cute dan satu keychain love yang chomel. Pakai printed felt lagik.

Buka jer bungkusan tu, tuan empunya skirt dah tau itu dia punya. Dan-dan la tu jugak mintak nak pakai. Apa lagi, terus pakai dan terus suruh ibu ambik gambaq dia. Posing wajib ('peace') harus ada.

Posing yang sama cuma lokasi berbeza.

Terima kasih buat Hana Kirana.

Tuesday, January 18, 2011

BOOKMARK COMEL FROM ZUNETA DAH SAMPAI

Alhamdulillah, bookmark yang aku menang GA Zuneta Card Craft dah selamat sampai ke tangan aku tengahari tadi. Memang comel, sweet sangat. Yang penting menepati permintaan aku yang nak kan bookmark yang ada roses pink & red, loves dan butterfly.

Nih la bookmark comel itu. Comel kan?

Zuneta pun ada buat special entry utk bookmark nih. Klik SINI kalau korang nak baca. Kalau berkenan, boleh terus order.

ME WON GA HANYA UNTUK KAMU BY MUMMYCHACHA

Patut la gatal tangan kanan nih semalam. Rupanya nak dapat hadiah. Alhamdulillah, aku menang cabutan bertuah GA hanya untuk kami by mummychacha @ izan cute (memang cute pun). Tima kasih Putri Fasya Amanina yang cabut nama aunty.

Hadiah yang bakal aku dapat adalah frame gambar dan brooch, seperti di bawah tapi tak sure mana satu yang akan menjadi milik aku. Tak kisah lah, aku terima seadanya.

Tahnah jugak buat pemenang yang lain especially cikpuanhady. Banyak jugak awak menang GA/contest ek. Tahniah.

Buat izan yang cute, tima kasih daun keladi. Nanti kalau buat GA, jangan lupa jemput nanti.

Klik SINI untuk entri penuh tentang pemenang.

psssst: nih kemenangan ke-7 utk jan 2011


Related Posts with Thumbnails