Showing posts with label che su. Show all posts
Showing posts with label che su. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

SELAMAT BELAJAR CIK SU

Weekend baru nih kami (aku 3 beranak, abg ngah 3 beranak, mama 3 beranak) gi KL. Bukan gi jalan2 makan angin tapi gi antar cik su nana (adik bongsuku) daftar di Pusat Asasi IIUM, PJ. Kami konvoi 2 buah kereta. Kat sana stay umah cik esah (mak sedara aku) kat Damansara Utama. Dekat je dgn Pusat Asasi IIUM tu.

Nih first time cik su berenggang dengan mama. Dia tak penah stay kat hostel. Tatau la mcm mana adegan drama swasta antara dua beranak tu. Yang pasti adegan nangis-nangis sure ada. Aku, en abu n ayra terpaksa balik hari ahad walaupun plan awal nak stay sampai isnin dan nak gerak balik sekali. Semua nih sebab en abu kena attend meeting yang tak bleh digantikan dgn org lain. Alhamdulillah, selamat sampai di kangar pukul 1.30am, isnin.

To cik su nana, selamat belajar. Semoga akan lulus cemerlang dan menjadi graduan IIUM. Mudah-mudahan akan menjadi lawyer syariah yang berjaya satu hari nanti. Doa along, mama dan kami sekeluarga sentiasa mengiringi nana. All the best dear sis!
(dalam gambar tu cik su nana bertudung putih di belakang ayra)

pssst: rambut depan anak dara ku itu dah hampir tutup mata. Kena jadi hair stylist nampaknya ptg nih. Cepat panjang btol rambut depan tu.

Thursday, March 11, 2010

TAHNIAH CIK SU NANA!

Arinih result SPM kluar....
Salah sorang yang dok dap dip dup tunggu result SPM adalah NANA, adik aku yang bongsu...
Dan pagi tadi aku sms tanyakan apa result dia...
Alhamdulillah, 6A 3B 1D.... dan D adalah add math...
Nana kata dah DNA sama, sebab tu add math dia and aku cukup2 mkn ja...
Apa pun, keputusan tu mmg terbaik...
Tahniah cik su nana dari along, abg long n ayra...
Pilih2 btoi2 nak masuk bidang mana pasnih...
We wish you best of luck, dear sis....

Tuesday, October 06, 2009

1ST TIME AYRA MAIN BUNGA API

Jom tengok gelagat cik kecik yang pertama kali tengok dan main bunga api...
Diam ja dok atas riba, ikut ja apa org buat kat dia...
Agak pelik jugak tengok muka dia masa memula tengok bunga api tu menyala...
Lokasi kejadian di rumah mama tok ayra pada hari raya ke-14...
Tok ayah yg belikan bunga api...


Nak tau tak sapa yang dok melayan cik kecik tu main bunga api....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Dan mereka adalah mama tok dan che su ayra....

Tuesday, December 02, 2008

ASSISTANT

La nih kat rumah dah ada 'assistant'...
Nana ada kat rumah aku...
Sekarang kan cuti sekolah...
So, ngabihkan masa main ngan the only one anak sedara dia...
Sapa lagi kalau bukan anak dara aku...
Lagipun, baru2 nih masa ayra demam, meragam btoi dia...
Aku nak gi toilet pun susah...
Ilang ja ibu dia nih dari pandangan, meraung la...
Setakat ada che' su dia nih, boleh la ibu nak bergerak sket...
Che' su, dok la lama2 sket na...
Postpone la dulu nak ambik lesen tu...
Hehehehehe....
Related Posts with Thumbnails