Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

KEK BIRTHDAY KAKAK AYRA 2013

Harap Maaf! Ini throwback punya entri ya. Actually dah penah buat entri pasal birthday kakak Ayra yang ke-5 kat sini.
 
Tapi tgh blogwalking kat blog SyuraHomemade ternampak gambar kek birthday nih. Cantik pulak gambarnya. So, simpanla kat sini sebagai kenang-kenangan.
 
Layan gambar je la ye. Rainbow cake with colourful ruffles buttercream.
 



 
Ibu sayang anak-anak ibu.
 
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM75 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI;
 
ROS
019-574 9154
Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD di seluruh negeri Perlis, Utara Kedah dan sekitar boleh hubungi ros untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan produk hebat ini. 
Ros akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia :-)
 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
 


Thursday, May 29, 2014

HAPPY 6TH BIRTHDAY MYA ADZRA ZUHAYRA

4 Mei 2014,  genap usia Ayra 6 tahun. Alhamdulillah menjadi lagi suprise party yang dibuat di tadika Ayra dengan kerjasama cikgu-cikgu TCMB yang sporting. Tema kali ni Sofia The First. Aku buat persiapan ala kadar, tempah kek, props sikit-sikit, tempah mee goreng dan siapkan goodie bags untuk kengkawan dan cikgu-cikgu.

Simple banner dan RV kek Sofia The First.



Birthday Girl yang teekezut bila kluar dari bilik dan tengok deko birthday untuk dia. Ibu sayang kakak tau!


Birthday girl dengan kengkawan sekolah. Terserlah ketinggiannya di situ.


Birthday girl dengan cikgu-cikgu TCMB yang sporting.
Dari kiri, Teacher Ayu, Teacher Wan, Teacher Syuhada, Teacher Fida.
Terima kasih cikgu-cikgu sebab menjayakan birthday party nih.


Birthday girl dengan ibunya yang bagai dipam-pam.


Semua dah get ready nak makan.


Birthday girl yang tersenyum puas hati sebab ibu buat birthday party kat tadika. Sebelum tu Ayra dok mintak buat birthday party dia kat tadika tapi aku jawab "takyah buat la sebab tahun lepas dah buat."


Last but not least, gambar birthday girl lagik.


Buat anak ibu tersayang, Mya Adzra Zuhayra...
Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-6
Ibu doakan kakak menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat
Ibu doakan kakak menjadi anak yang solehah
ibu doakan kakak dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur
Ibu doakan kakak menjadi contoh buat adik2 
ibu, abah, adik azri sayang kakak sangat-sangat!

Tuesday, May 10, 2011

AYRA'S 3RD BIRTHDAY CELEBRATION

ALhamdulillah malam sabtu lepas kami suami isteri selamat mengadakan jamuan keluarga sempena ulangtahun ayra yang ketiga. Keluarga dan jiran terdekat ja diundang. Kenduri besday ja, kalau kenduri kawen anak dara aku nih, insyaallah ramai2 semua aku jemput ekk...

Birthday girl kemain lagi posing kat kek besday dia yang dibuat khas oleh ibu tersayang, aku ler tu.

Pose lagi, siap2 nganga mulut. Dah tak sabaq nak makan kek ka?

Family potret. Sebelum tetamu sampai, kami pose dulu.

Simple deco dan meja kek dan menu utama (bihun goreng). Selain tu aku buat popia crabstick+sos cili mayonis, puding cocktail, mama aku buat pulut seri kaya, MIL buat kuih lompang dan pizza. Jajan, kacang, coklat, jelly pun ada utk kanak2. Buah oren pelengkap rasa. Sirap dan teh panas penghilang dahaga. Meja menu lain aku ada snap tapi tak sure apsal tak lekat dlm memori card.

Mama dan mami (mak sedara aku merangkap kakak mama yang baru sampai dari kelantan) attend konvo sepupu aku di PTSS.

Abah ayra sedang khusyu' jadi khalifah doa selamat.

Birthday girl dan sepupu-sepapatnya yang seronok dapat topeng zorro, topi besday dan tiup2 pettttt (aku tatau apa nama benda tu, yang bila tiup buka gulung then bunyi pettttt). Dari kiri, ayish (anak adik aku), ayra, marissa dan maisara (anak SIL).

SIL dan BIL aku sedang menikmati makanan yang ada.

SILs aku, T dan Fiza (dok sarat bawak perut, insyaallah due date bulan depan).

Tak banyak gambaq sebab takdak sapa pegang kamera. Semua sibuk melayan tetamu plus makan2. Yang ada nih pun aku curi2 ambik. Gambar potong kek pun takleh nak amik sebab birthday sangat excited tengok orang ramai kat rumah dia, so dia cuma layan kawan2 dan asyik main sampai basah baju dek peluh. Aku biarkan ja dia main, kan malam tu hari dia. Bila orang dah balik, salin baju, terus terleleh sebab letih sangat main.

Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun menu yang teramat simple. TQ pada yang sudi datang. Insyaallah tahun depan kita jumpa lagi.

Friday, May 06, 2011

AYRA'2 3RD BURZDAY SMALL CELEBRATION

Semalam, 4 Mei aku ada appoinment dengan doktor di Klinik ORL di Hospital Sultanah Bahiyah. Nothing serious, juz check up biasa lepas aku discaj dari wad pasal kes kayap kat telinga 2 bulan lepas. ALhamdulillah semua clear dan aku tak perlu attend check up lagi.

Selesai jumpa doc, aku ajak en abu singgah kedai kek, beli kek comel yang cukup2 utk 3 org makan. Then kami ke Souq Al-Bukhary coz nak ke Marrybrown and nak beli something for this coming saturday. Nak makan kat MB tu sebab nak cari nasi (time tu pukul 11 pagi), brunch kat situ la sekali gus celebrate birthday ayra bertiga beranak.

Nih la rupa birthday girl nya. Atas kek tu ada gummy bear yg boleh di makan tapi terlindung dek lilin 3 btg tu. Siap bertopi besday. Dia sendiri request nak dok atas buai.

Si besday girl dengan ibunya. Sampai senget2 kepala dia.



Last but not least, video besday girl tiup lilin. Alhamdulillah, kecik tapi amat bermakna.

pssst: gambar abah ayra tak kelihatan dalam entri sebab aku lupa nak ambik gambaq en abu coz terexcited olus lapar sangat. sori abang...




Wednesday, May 04, 2011

THIS PRINCESS IS 3 YEARS OLD!

Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun aku melahirkan ayra. 3 tahun jugak keluarga kami diserikan dengan kehadiran anugerah terindah dari Yang Maha Esa.
Masih ingat ketika aku dimasukkan ke wad 2 minggu lebih awal dari due date aku disebabkan oleh kekurangan air ketuban. Dan aku terpaksa di induced untuk memaksa baby kluar lebih awal dari tarikh jangkaan. Aku dan keluarga hanya mampu berdoa semoga selamat semuanya dan baby yang dilahirkan sihat dan sempurna anggota badannya.

Alhamdulillah, 4 Mei 2008 tepat pukul 12.53 pm aku selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.1kg. Mya Adzra Zuhayra diberi nama. Ketika itu dunia dirasakan terlalu indah dan sempurna bagiku dan en abu.

Setahun berlalu, ayra membesar seperti kanak2 normal lain. Aku bersyukur ke Hadrat Ilahi.

Tahun kedua, semakin banyak cakapnya. Semakin banyak juga karenahnya. Tetapi bagiku, semua itu adalah asam garam hidup. Tanpamu anakku, ibu dan abah tentu sunyi dan sepi.

Tahun ini, sudah 3 tahun ayra bersama kami. Akalnya makin panjang, makin banyak yang di belajar. Alhamdulillah, mudah2an ayra membesar sebagai seorang gadis dan wanita yang solehah dan berilmu.

SELAMAT HARI ULANGTAHUN MU YANG KE-3...

IBU DAN ABAH TERLALU MENYAYANGIMU...

TIADA GALANG GANTINYA DIRIMU BAGI KAMI...

TERIMA KASIH YA ALLAH DI ATAS KURNIAANMU INI...

AMIN YA RABBAL A"LAMIN... :'-(

pssst: ini adalah scheduled entry. airmata ku menitis ketika menaip entri ini. ibu sayang ayra sangat2....

Monday, December 21, 2009

NO BIRTHDAY GIFT... JUST KISSES...

Abang...
I didn't buy you any birthday gift...
But have something sweeter...
Possibly, something more in fashion...
Holding all my love and much passion...
This birthday i guess, you'll see....
You still get a, real special treat....
A birthday gift of love, from me....
My birthday kisses, tender and sweet...
Love you so much!

Abang, by sentiasa doakan yang terbaik dalam hidup abang dan hidup kita...
Enjoy my cook mlm nih ok, dengan family kita...
Menu: mee hailam, fruit cocktail, choc cake....

Tuesday, August 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF U

25 Ogos 2009, Ulangtahun kelahiran dua orang yang aku sayang...
Bapak mertuaku dan jugak adik bongsuku...

Selamat Hari Lahir yang ke-61, Ayah...
Semoga sentiasa berbahagia di samping mak dan kami semua...
Semoga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa...


Happy 17th Burzday to you, Nana...
Rajin2 tolong mama kat rumah...
Jangan suka merajuk sangat...
Last sekali, study rajin2... SPM dah tak lama dah...

Friday, July 17, 2009

MAKAN-MAKAN BESDAY

Semua dah sedia maklum kan yg kemarin adalah besday aku...
Asalnya plan nak makan 3 beranak je kat rumah...
Tapi teringat plak nak ajak lagi 2 family lg makan reramai...
Family MIL dan family SIL...
Dari 3 beranak jadi 3 family...
Aku call mama, ajak depa mai sekali tapi aku faham keadaan mama skrg...
Sebabnya maktok skrg stay dgn mama, and maktok x bleh berjln...
Tapi mama kata... xpa, enjoy la makan and kem slm semua...

Nih ler habuan kami semlm...
Semuanya dimasak oleh besday girl (ooppps, besday lady)...
Kecuali koteow goreng dan kek yg ada bunga ros iteww...

Ini la rupanya kek koko kukus yang dah ditambah topping dan ditabur dgn love flakes...
Amacam? Ada kecur iteww air liur...
hehehehe...rasanya mmg maveles....

Nih pulak kek icing yang disponsor oleh my MIL...
Special utk menantu tersayang...
Tima kasih mak...

Orang makan dlm pinggan kaca, besaq...
Dia makan dlm periuk plastik, kecik...
Lawak la cik kecik nih....

HEPI BESDAY IBU!!!
Ayra sayang ibu!!!

Nih plak si besday girl, Marissa Khadeeja...
Yang besdate dia sama dgn maklong nya (harusnya aku)...

Bila 2 orang sepupu berjumpa...
Mcm nih la jadinya...

Sekian...

HADIAH

Balik je rumah ptg kemarin, nampak hadiah nih atas katil...
Sure dah utk aku kan, kan kemarin besday aku...
Pembalut tu plak ada tulih happy birthday...
Walaupun xdak kad atau seumpamanya yang disertakan dgn hadiah iteww...
Tak syak lagi ianya adalah utk aku...

Ambik hadiah tu then trus sms en.abu...
"tima kasih abg sbb bg hadiah tu"
Nak tau apa yg ada kat dlm bungkusan tu....?

Nih ler rupanya isi kandungan bungkusan hadiah iteww...
Jam dinding yang amat chumel siap ada wording happy birthday 28...
Hihihihi, rasa mcm kat zaman sekolah dulu plak...

**Ekceli, aku terharu sgt dpt hadiah tu sebabnya en abu nih susah sket nak bg prezen2 nih... Aku dah lali dgn perangai dia tu... And lagi satu kalau dia bagi hadiah pun sure yang tahan lama, tak habis... tima kasih abg, tima kasih byk... by syg abg sgt!
Related Posts with Thumbnails