Tadaaaaa!!!! Inilah basikal baru ayra. Cantik tak?
Hehehe.... Mana ada, sah-sah tu bukan basikal kan? Dah terang lagi bersuluh yang tu motosikal. Nih kat Tesco SP Selatan, en abu belanja ayra naik motosikal nih. 5 minit=RM3, rasa mcm mahal je. Bila dah tamat tempoh, dapat la belon satu. Lawak tol tengok ayra naik moto nih coz dia tak pandai nak control. Kalau dah dipusing handle tu, macam tu je la gayanya kalau tak disuruh ubah. Nak bagi jalan moto nih just tekan pedal kat tampat letak kaki sebelah kanan. Ayra tak biasa naik motor atau basikal macam nih lagi. Sebelom dia cuma naik kereta kecik mcm kat bawah nih ja.
Yang nih dia dah terror. Tolak dengan kaki dgn control kereta tu memang dia dah cukup handal. Dan sekarang nih, kalau ayra naik kereta kecik nih, lutut dia akan sangkut di stereng. So, sebab kesian melihatkan keadaan itu dan selepas dah sihat sepenuhnya en abu decide untuk beli basikal baru untuk ayra. Ini yang betol ya.
Kebetulan time ambik gambar nih ayra pakai baju yang sedondon dengan kaler basikalnya merah+kuning. Tapi dia masih terkial-kial lagi nak mengayuh basikal nih. Blom pandai. Yang dia tau, tolak dengan kaki macam kereta kecik dia tu. Takpala, pelan2 blajar ya sayang. Nanti ayra pandai la kayuh basikal tu.
Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
KAMI @ MASJID AL-BUKHARY
Lepas memenuhi undangan kenduri berkhatan anak kawan en abu di Perlis hari sabtu aritu, kami terus ke Alor Star. Tujuan utama nak ke Giant, shopping sambil2 survey barang. Lagipun weekend kan, jalan2 la. Lepas selesai di Giant, en abu singgah solat di Masjid Al-Bukhary. Time tu aku didatangi oleh Cik P, so aku bawak ayra round2 kat area laman masjid yang cantik tu. Ramai gak pengantin yang tengah shoot outdoor aritu. Kami pun shoot outdoor gak tapi kebanyakannya gambar ayra...
Tangga utama masuk ke ruang sembahyang.
Dipenuhi dengan pokok kurma.
Ayra tengok dalam kolam yang takdak ikan.
Peace!
Sekeping ja gambar en abu dengan ayra.
Dan sekeping gambar ayra dengan aku.
Tangga utama masuk ke ruang sembahyang.
Dipenuhi dengan pokok kurma.
Ayra tengok dalam kolam yang takdak ikan.
Peace!
Sekeping ja gambar en abu dengan ayra.
Dan sekeping gambar ayra dengan aku.
Sunday, November 28, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU HAJAR & AMIR REDZA
Hari nih sepupu aku, Hajar telah sah menjadi suri hidup Amir Redza. Majlis kahwin aku tak pasti di masjid mana tapi majlis resepsi dibuat di Pusat Komunit Bukit Damansara. Hampir semua sedara-mara ada kecuali beberapa org termasuk aku. Nak sangat gi sebab Hajar nih anak arwah ayah ngah aku yang bongsu tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Nasib baik sekarang nih zaman IT. Ada sepupu2 yang baik hati upload gambar2 kawen nih kat FB.
Baju nikah, persalinan biru. So sweet.Upacara membatalkan air sembahyang...
Sama cantik sama padan di pelamin nan indah...
Sedara-mara sebelah mama saya yang hadir. Ramai!!!!
Nih gambar papa aku ngan Akmal Rizal, pemain bola sepak kelantan yang juga merupakan adik ipar kepada pengantin lelaki. Sekarang dah jadi biras sepupu aku. Akmal nih member aku zaman sekolah rendah dan kekadang jumpa dia kalau dia balik jitra.
Dan dalam banyak2 gambar yang spupu aku upload, yang paling aku suka adalah gambar nih. Mama dan papa aku yang tersayang.... So comelllllll!!!! Luv u mama, Luv u papa....
pssst: esok majlis resepsi pengantin lelaki di Putrajaya pulak. Tak sabar nak tengok gambar lagik....
Wednesday, November 24, 2010
PERIA GORENG+UDANG+TELUR HANCUR
Dah lama teringin nak makan peria goreng+telur hancur. Biasanya aku buat kacang buncis+telur hancur. Tak pernah lagi seumur hidup nih aku masak peria, makan pun kureng. Aku rasa ramai gak yang tak suka makan peria nih kan? Tapi lepas ayra discaj aritu teringin sangat nak makan. Tak bermakna aku nih mengidam pembawak budak ye, salah sama sekali sangkaan korang tu. Puas suruh en abu cari kat kedai2 makanan. Tapi tak jumpa2 jugak.
At last, tadi pas bawak ayra gi hospital (ambik sampel kahak/jus gastrik) aku ajak en abu ke pasar borong kangar. Teringat nak beli peria. So, hari nih dalam sejarah lah sebab first time aku masak peria. Risau gak kot pahit tak hilang pulak. Sampai je kat rumah trus aku potong2 peria tu then rendam dalam air garam sementara nak masa. Lebih kurang 2 jam gak aku rendam. Aku pun tak ingat mana la aku dapat petua nak kurangkan pahit peria tu.
Korang nak resipi ke? Ok, ada kat bawah nih:
Bahan-bahan:
1/2 btg peria sederhana besar (dibelah 4, dihiris nipis, direndam dalam air garam 1-2 jam)
1 biji cabai besar
1 labu bawang besar
Udang (digaul dgn garam+kunyit)
Telur
gula
minyak
Cara membuat:
1. panaskan minyak, tumiskan bwg besar+cabai besar seketika.
2. masukkan udang. biarkan udang hampir masak.
3. masukkan peria dan sedikit gula. Biar semua bahan masak.
4. buat lubang di tengah kuali dan pecahkan telur. Gaul telur hingga hancur dan biarkan separuh masak. Gaul serata semua bahan dlm kuali tadi.
Siap! SELAMAT MENCUBA!

HADIAHS FROM ASHANAS DAN BABY & ME DAH SAMPAI...
Hadiah yang first nih sampai sblom ayra masuk wad lagi tapi tak sempat nak apdet. Hadiah di atas kemenangan ayra di tempat ketiga dlm Cute Muslim & Muslimah Contest yang dianjurkan oleh Kak Long Shaakira sekeluarga. Fridge magnet dari obersi (shanghai) nih dah selamat menjadi penghuni di esbok kami. Tima kasih kak long. Rajin-rajin la buat contest/giveaway lagi dan jangan lupa jemput kak long join tau.
Hadiah lagi satu nih baru ja sampai tadi. Yang nih dari Nia, pemilik blog Baby & Me. Hadiah sebab aku menang GA aritu. Satu key-chain yang cute dan sebuah buku resipi "Creative Recipes with bread". Macam tau2 ja aku suka memasak. Insyaallah Nia, saya akan cuba resipi2 dalam buku tu. Nampak macam senang n simple.
pssst: alhamdulillah, aku dah bertambah sihat.

Sunday, November 21, 2010
AYRA DISCAJ ON THURSDAY
Ayra dah discaj dari wad pediatrik HTF pada khamis lepas. Doc off drip pada petang rabu sebab time tu dia kencing dah overflow even baru 3 jam pakai pampers. Started from rabu tu jugak dia dah berselara nak makan dan minum. 9 botol jugak la ayra kena drip. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan ayra. Jasa korang semua hanya Allah yang boleh balas.
Esok (22/11/2010) ayra ada appointment kat klinik pediatrik HTF. Kali nih nak tengok lebih detail pasal kelenjar dia yang membengkak tu. Report chest x-ray yang ambik time di wad blom dapat laporan penuhnya dari pakar. Result blood test yang diambik 3 hari sblom discaj pun blom dapat lagik. Hope semuanya normal. Tapi kelenjar ayra tu masih maintain besar tu jugak. Tak membesar dan tak mengecut. Hmmmm, perasaan aku bercampur baur sekarang. Aku hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya.
pssst: aku demam pas ayra discaj. satu badan lenguh. sampai skarang pun masih terasa lemah2 badan. tu baru seminggu menjaga org sakit di hospital...
MENANG HADIAH MISTERI FROM TIYA WITH LOVE 1ST GIVEAWAY
Alhamdulillah, lepas ayra kluar wad aku dapat tau aku menang hadiah misteri di blog Tiya. Tima kasih pada puan penganjur dan tahniah pada semua pemenang.
Klik sini untuk tengok pemenang lain.
Klik sini untuk tengok pemenang lain.
Tuesday, November 16, 2010
SALAM AIDILADHA DARI WAD PEDIATRIK HTD
Syahdu ja rasa hati bila dengaq takbir raya. Buat pertama kalinya, kami sekeluarga akan beraya di wad pediatrik, Hospital Tuanku Fauziah. Ayra bertambah baik setelah 8 botol air masuk ke dalam badan dia. Selera makan dia masih macam tu jugak, takmau makan. Pagi tadi buat x-ray, doc kata nampak ok. Tapi kami masih tunggu laporan penuh dari pakar kanak-kanak. Petang pulak buat ujian ultrasound kat perot. Normal jugak. Semalam nurse ambik stool ayra sebab semalam dia kena diarrhoea. Diorang dapat trace dalam stool ayra ada kuman. Sekarang just nak tunggu ayra makan mcm biasa, then baru bleh discaj. Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah swt.
Sunday, November 14, 2010
HARI KETIGA DI WAD
Dah 3 hari 2 malam kami sekeluarga berkampung di wad pediatrik HTF. Keadaan ayra arini bertambah baik. Demam dah takdak cuma selera makan ayra blom ada lagi. Dah 4 botol air dimasukkan ke dalam badan ayra. Semalam ayra dah tak muntah sebab dia langsung takmau minum atau makan, cuma 2oz susu ja yg dia isap. Pagi tadi dia muntah balik bila minum 2-3 teguk air milo. Pastu dah takmau minum or makan balik coz dia takut akan muntah lagi. Pagi tadi doc ambik darah sekali lagi untuk tengok kandungan air dalam badan. Kalau ok, maybe doc akan offkan drip di tangan ayra. Arini ayra dah nak bersembang n main dengan toys n baca buku2 yg abah dia bawakan dari rumah. Tima kasih buat aunty2 yg mendoakan kesihatan ayra. Komen korang aku dapat baca tapi tak sempat balas satu persatu sebab aku bersiaran dari hospital ni cuma guna henfon. Tak sempat nak on laptop. Semoga ayra cepat sembuh...
Friday, November 12, 2010
AYRA MASUK WAD
Dari isnin lepas ayra demam. Dah ambik ubat, dah abih pun ubat tu tapi demam x kebah jugak. Start semalam ayra muntah kalau batuk. Pukul 4 pagi tadi kami dah bawak ayra ke unit kecemasan HTF tapi ayra boleh balik lepas di bagi ubat. Hari ni ayra makin teruk, badan panas dan kerap muntah. Arini dia baring ja. Makan apa pun dia takmau. Sudahnya petang tadi kami bawak ayra ke unit kecemasan lagi dan terus ayra kena admit. Ibu harap ayra cepat sembuh.
Wednesday, November 10, 2010
BANJIR 2010 Pt.1
Penat mencuci dan mengemas rumah tak ilang lagik. 10% lagi blom siap kemas. Aku biarkan gambaq2 kat bwh nih yang bercerita. Air start naik 2 Nov 2010.
Alhamdulillah sebab tak byk sgt brg yang rosak. Weekend nih nak balik jenguk mama di jitra. Kat sana byk brg rosak sebab air dalam rumah melebihi paras pinggang.
Aku redha dgn segala ujianMu ini Ya Allah...
Hanya Engkau tahu apa yang terbaik untuk kami...
Day 2 (3 Nov 2010)

Thursday, November 04, 2010
REZEKI DI KALA BANJIR PT.2
Alhamdulillah, betol2 rezeki. Time sedih2 rumah tenggelam banjir, dapat banyak khabar gembira tentang GA/contest yang aku join. Sblom nih ayra menang contest Cute Muslim & Muslimah Contest, nih dapat tau yang aku menang Baby & Me Cute Giveaway yang dianjurkan oleh blog Baby & Me.
Asalnya puan penganjur cuma nak bagi 4 hadiah berupa key-chain penyu tapi di tambah lagi 6 pemenang yang jugak akan dapat key-chain tapi bukan key-chain penyu. Dan aku tersenarai dalam 6 pemenang tambahan tu. Bersyukur sangat. Dah lama tak menang contest atau giveaway. Sekali datang, alhamdulillah rezeki.
Tahniah buat lain2 pemenang dan terima kasih buat Nia, tuan punya blog Baby & Me.
Klik sini untuk info penuh senarai pemenang Baby & Me Cute Giveaway.

GAMBAR2 BANJIR@JITRA
Gambar sekitar banjir di kawasan rumah mama aku di jitra.
Sian keta nih, tak sempat diselamatkan.
Pekan Jitra 2, lumpuh.
Sekolah Men Keb Jitra cuma nampak sket je pagarnya. Rumah mama aku di belakang sekolah nih. So, korang imagine la setakat mana air kat rumah mama aku.
Kalau tak salah aku, sebijik keta BMW dan sebijik lagik mercedes. Hmmmm....ujian dari Allah...
Nih kawasan bertentang dengan Sekolah Men Keb Jitra. Jitra Mall ada parking kat basement. Mesti penuh dengan air kat parking area tu.

Wednesday, November 03, 2010
REZEKI DI KALA BANJIR
Alhamdulillah, di kala kami sekeluarga kesedihan sebab rumah ditenggelami air (termasuk rumah mama aku di jitra) aku dapat kabar gembira dari Ummi Anas yang ayra menang Cute Muslim & Muslimah Contest anjuran blog beliau.
Ayra dapat tempat ketiga untuk kategori 1B. Tahniah jugak untuk pemenang2 yang lain dan jutaan terima kasih buat juri yang pilih ayra sebagai pemenang.
Klik sini utk info penuh tentang pemenang Cute Muslim & Muslimah Contest.
pssst: rumah aku air blm surut lagi. masih di paras betis. alhamdulillah sebab air tak cecah tilam coz byk barang yg aku letak atas katil. rumah mama di jitra dah surut, dah bleh balik cuci rumah. tima kasih utk semua blogger yg bertanya kabar thru sms atau blog atau FB, aku tak dpt nak balas satu persatu. yang penting kami sekeluarga selamat.

Subscribe to:
Posts (Atom)