Showing posts with label rencam. Show all posts
Showing posts with label rencam. Show all posts

Friday, November 11, 2011

11.11.11


Tahun ini kita berjumpa dengan 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11 ...

Wednesday, March 23, 2011

WORDLESS WEDNESDAY


pic kredit to AzreenYusof.

Saturday, August 28, 2010

BATUK DI BULAN PUASA

pejam celik, pejam celik dan masuk 18 ramadhan, dan hampir seminggu jugakla aku batuk. Mula-mula sakit tekak, nak telan air liur pun rasa sakit. Pastu melarat ke batuk pulak. Dah telan mcm2 ubat, tapi still tak lega jugak. Macam mana nak lega kalau time berbuka mesti ngadap air ais. Tapi tak tahan dugaan la, tambah plak bila batuk nih tekak cepat terasa kering dan pedih. Time berbuka tu aku minum la air ais sepuas2nya. Pasnih kena berpantang minum ais ler jwbnya kalau nak cepat sembuh.

Dan time nih ada jugak spekulasi yg mengatakan aku peknen. Hehehe, sebabnya dulu masa ngandungkan ayra, aku batuk tak berhenti sepanjang 9 bulan 10 hari. Lepas bersalinkan ayra, terus batuk tu ilang. Sampai sekarang baru jadi balik. Tapi aku rasa tak, nih batuk panas+byk minum air ais. Tapi kalau btol pun, ok jugak. Mungkin tidak... *wink*

Hari nih (18 ramadhan) terbabas bangun sahur. Rasanya gara-gara ubat batuk yang aku makan sblom tido semlm. Padahal, alarm henfon bunyik. OFF alarm then tido balik. Tapi mmg tak dpt nak buka mata langsung time tu. Tekak dah la pedih nih, ingatkan dapatla minum air masak byk2 time sahur tadi tapi aduyaiiii...terbabas la plak.

Arinih nak bawak ayra ke hospital, untuk buka jahitan di dahi akibat Tragedi 7 ramadhan aritu. Patutnya semalam tapi semalam public holiday di Perlis sempena Nuzul Quran. Hope ayra tak meraung le nanti. Rasanya mesti ayra akan kena bedung mcm time dia kena jahit last week. Kalau tak bedung, sure dia tak bagi doc buka jahitan tu. Aku nak belek tempat luka tu pun dia tak bagi lama2. Lepas balik dari hospital, nak singgah watson/guardian. Nak cari Bio Oil atau Cocoa Butter atau aloe vera atau Vitamin E atau apa2 saja krim nak ilangkan parut di dahi ayra tu.

pssst: arinih plan nak follow en abu berbuka dgn group kereta dia dia Hotel Putra Brasmana, tapi tatau la jadi ke idak. Kita tgk la ptg nanti...

Thursday, May 13, 2010

AKU DAN PINK

Korang sendiri nampak layout blog aku PINK kan?

Di kalangan member2 zaman U dulu mmg ramai yang dah tau akan obsesiku dengan kaler PINK. Sampaikan diorang sendiri pernah cakap mcm nih

"Tadi nampak something kaler PINK, terus teringat kat kak ros"
(ramai kawan-kawan sebaya yang memanggilku 'kak ros' sebab kelebihan ketinggian ku dari mereka. Ketinggianku 173cm.)

Mula dari zaman blajar aku mmg dah minat dengan PINK. Nih salah satu gambaq koleksi PINK ku masa itu yang masih ada.

Dan kuabadikan jugak kaler feveret ku nih masa hari persandingan ku. Alhamdulillah, org sebelahku tak banyak cakap bila tau dia kena pakai persalinan PINK.

Begitu jugak bilik pengantin yang kuhias simple, disaluti dengan PINK.

Anak dara ku nan sorang terpaksa akur dengan kegilaan ibunya terhadap PINK.
(Nasib baik anak aku pempuan kan? Kalau lelaki, takkan aku nak salut dgn PINK jugak. Nanti jadi awww, tak ke haru. Tapi zaman sekarang lelaki metropolitan pun pakai jugak baju kaler PINK kan?)

Semua gambar2 di bawah kredit to google.
Tadi tangan aku tetiba gatal nak pi search pasal kitchen dan kitchen tools yang kaler PINK. Banyak rupanya. Periuk PINK ada.

Whisk, spatula n senduk PINK pun available.

Nih gadget2 kat dapuq, PINK belaka. Toaster PINK, mixer PINK, blender PINK. Semuanya PINK.
Scale PINK, dapur PINK, set pisau pun ada yang kaler PINK.

Dan ada jugak yang cat dapur diorang dengan kaler PINK. Nampak cantik, especially yang hot PINK macam nih.
Yang nih pun ok.
Tapi baby PINK nih nampak macam dull sket kan?

Kalau dapat beli high chair PINK nih untuk ayra, kan best. Aritu IKEA takdak kaler PINK, sebab tu aku rembat yang kaler merah.

Tapi dalam banyak gambar dapur PINK yang aku jumpa, yang bawah nih paling menarik hati. Set dapur menan. Comel jer. Sweet sangat. Mesti Ayra suka kalau dapat benda alah nih. Anak dara kena practice awal2.

Sekian. Sori kalau boring baca entriku yang panjang berjela nih. Nak ilangkan ngantuk di kala hujan sedang turun dengan lebatnya.

Friday, April 23, 2010

SILA BACA ENTRI NIH SAMPAI HURUF YANG TERAKHIR

1. Kucing comel
2. Macam muka sorang member Spice Girls kan?

3. Macam nak kenal laki nih tapi sapa ntah nama dia...James Dean???

4. Muka awek Jepun (ye ke?)

5. Muka pempuan sedih

Percaya atau tak semua gambar2 di atas adalah lukisan tangan yang menggunakan pensil. Tak caya? Tengok sini...

Tuesday, March 30, 2010

GAMBAR ARTIS DAN IBU

Rileks sat...




Kredit to cari.com.my


Monday, March 15, 2010

DIORANG SALAH TEMPAT NIH!

Nampak dak apa yg tertulis dlm kotak merah tu?
Kalau tak nampak, klik pada gambar utk besarkan imej...
Aku dpt detect benda alah nih masa tgk godek2 akaun NuffNang aku...

Apa kes diorang masuk blog aku pakai keywords 18sx?
Aku bukannya ada ceta apa2 yg 18sx...ishhhh tak paham sungguh...
kalau nak cari resipi ke, cari kwn ke ok gak...

Tuesday, February 23, 2010

KEMARAU OH KEMARAU

Semenjak dua menjak nih cuaca panas sangat kan...
Kadang2 pasang 2, 3 kipas pun tak terasa...
Tu dalam rumah, kalau kat luar rumah lagi la double panasnya...
Kalau drive tengah panas, berpinau bijik mata...

Cuba korang tengok gambaq kat bawah nih....
Nih sungai yang terdekat dgn rumah aku...
Dah hampir kering...
Nampak dak tanah kering yang merekah-rekah tu...
Memang kemarau tahap kritikal nih...

Sabtu lepas hujan...
Tapi tak mampu lagi nak cover panas tu...
Hujan tu cuma mampu keluarkan sket wap2 panas dlm tanah...
Bukannya lagi sejuk tapi lagi berkuap...

***Manusia nih tak penah puas kan...bila panas di mintak hujan sebab kering n kemarau...tapi bila hujan dimintak panas sebab kain baju tak kering....

Thursday, February 11, 2010

HATE LETTER

Read this "HATE letter". It is so funny and creative.
This is a love letter from a boy to a girl....
However, the girl's father does not like him and wanted them stop
their relationship...... and so.. the boy wrote this letter to the girl.. he
knows that the girl's father will definitely read this letter..

1----"The great love that I have for you
2---- is gone, and I find my dislike for you
3---- grows every day. When I see you,
4---- I do not even like your face;
5---- the one thing that I want to do is to
6---- look at other girls. I never wanted to

7---- marry you. Our last conversation
8---- was very boring and has not
9---- made me look forward to seeing you again.
10--- You think only of yourself.
11--- If we were married, I know that I would find
12--- life very difficult, and I would have no
13--- pleasure in living with you. I have a heart
14--- to give, but it is not something that
15--- I want to give to you. No one is more
16--- foolish and selfish than you, and you are not
17--- able to care for me and help me.
18--- I sincerely want you to understand that
19--- I speak the truth. You will do me a favor
20---if you think this is the end. Do not try
21--- to answer this. Your letters are full of
22--- things that do not interest me. You have no
23--- true love for me. Good-bye! Believe me,
24--- I do not care for you. Please do not think that
25--- I am still your boyfriend."

So bad!! However, before handing over the letter to
the girl, the boy told the girl to "READ BETWEEN THE
LINES
", meaning-only to read
1.3.5.7.9.11.13.15.17.19.21.23.25. (Odd Numbers) So..
Please try reading it again! It's so smart & sweet.... ;)


Wednesday, February 10, 2010

UBAT MENGANTUK (18SX)

1. Cium :

Mau mesra cium bibir,
Mau enak cium dekat dada,
Mau nikmat cium di bawah pusat,
Mau lebih panas ?
Turun Lagi Lebih ke Bawah... ..Cium Tuh Tar Jalan Raya !!!


2. Susu :

Kata ayam pada lembu : Manusia itu kejam, Aku makan beras sikit aja dah diusir !!
Kata lembu : Elo.. tu masih dikira baik, t***kku tiap hari
diraba-raba, diramas-ramas, dipicit-picit, tapi kawinnya tidak!!!


3. Tertipu :

Jika kau jadi bunga aku rela jadi kupu-kupu.
Jika kau siang, aku rela jadi matahari
Jika kau samudera aku rela jadi ikan
Jika kau jadi monyet,
aku RELA, SUNGGUH, SUMPAH AKU RELA !!! SWEARRR...


4. Bercumbu :

Minah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan hatinya, Mamat yang berprofesi sebagai petani.

Suatu senja, ketika tengah jalan2 dan menikmati pemandangan desa, mereka melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan... ..

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, " Rasanya
saya jadi ingin juga melakukannya," sambil memandang Minah mesra.

"Silakan saja," balas Minah " kan kerbau2 tu milikmu."


5. Nak Kena Sumbat :

Suatu ketika mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah ... ..
Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya ..
dan berkecipak-cipuk bermain dengan air ... .
dari jarak kejauhan datanglah seorang Nyah berjalan dan
mendekat, mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi ...

si Nyah menikmatinya ... .
dan ... OOOPPPS !!!! si Nyah memijak ranting ... "KKKRRRIIIIIEEEEK" si lelaki terperenjat !!!

Lelaki : SIAPA TU??

Nyah : ( diam saja ... takut ketahuan )... .

kerana tidak ada yang menjawab si Lelaki melanjutkan mandinya, tetapi si Nyah kemalangan, dia jatuh terpeleset ,

"GUUUBRAAK"

Lelaki : SIAPA LAGI TU? CEPAT NGAKU!!!! KALO TAK... NANTI KALO WA DAPAT...
.. WA SUMBAT PAKAI BARANG WA NI!!!!

Nyah : ( girang ... dan menampakan mukanya sambil bergaya seperti biasanya seorang Nyah ) ... . JANJI YA ... ..!!!!!!!


6. KES TAK BERTEGUR SAPA

Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham... dan tak bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya..Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota

"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawa

pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpala nota

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"


7. Muntah

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.
"Mama," kata gadis kecil itu.. "Bolehkan kita balik sekarang?"
"Tidak," jawab ibunya.
"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu.
"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas... "
Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.
"Sudah selesai?" tanya ibunya.
"Ya."
"cepatnya?"
"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG
SAKIT"

Thursday, January 21, 2010

KELAS BAHASA MELAYU (ONLY IN MALAYSIA)

Gambar dari mr.google

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


*** adakah murid terlebih pandai atau cikgu yang tak pandai mengajaq? (bagi situasi di atas)


Monday, January 11, 2010

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Kejadian berlaku pada ari jumaat lepas...
Kluar dari parking, trus nampak pelangi yang cantik di dada langit...
Sangat clear pelangi itu...
Selalunya aku nampak pelangi yang 'blur'...
Apa lagi, terus ambik 'henpon canggihku' dan snap gambaq ciptaan Allah tu...
Untuk dikongsi bersama...

Wednesday, December 30, 2009

HERITAGE COZY CAFE

Kawan2 sekalian, sila baca entri ini sampai abis ya...
Sebab aku rasa cafe nih sangat cantik especially interior designnya...
Sangat cantik bagi sebuah cafe di negeri perlis...
Kalau kat negeri lain sure berlambak...

Menu dan lilin, hiasan di meja...

Lampu nih aku suka jugak...
Bidai hitam putih tu jugak...

Suka jugak wall paper dan roman blind iteww...
Macam nonton Deco bersama Eric ja...

Hiasan di meja buffet, ala2 hotel...

Dan inilah Heritage Cozy Cafe...
Nak tau tak kat mana letaknya cafe nih...?
Cafe nih adalah kafeteria Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik di Kampus tetap UniMAP di Ulu Pauh...
Masuk cafe nih rasa mcm takmau kluaq ja...
Believe it or not? Believe it....
Sekian....

Monday, December 07, 2009

YEAY! DAH SAMPAI... CEPAT BETUL, VERY GOOD SERVICE...

Korang semua ingat lagi tak aku penah buat special entri pasal eoe Online Photo Printing....?
Kalau dah lupa, sila klik di sini...
Sebenarnya itu bukan sekadar blog entri ku semata-mata...
Dengan buat review pasal eoe Online, aku dapat print gambar secara percuma...
Bukan sekeping dua tau...
Tapi 50 keping gambar saiz 4R dan 2 keping gambar 8R...
Cuba kira sendiri la kalau kita cuci kat kedai, almost RM50 aku rasa...
Tapi aku dapat percuma...

Pagi tadi aku gi ofis Skynet, collect parcel dari eoe Online...
Sebab sabtu lepas diorg gi antar kat rumah tapi aku takdak...


Dan hasilnya amat memuaskan hati aku...

Korang semua pun buleh dapat mcm yang aku dapat...
Cuma buat review pasal eoe Online kat blog korang...
Dan email maklumat korang kat eoe Online...
Dan gambar yang diprint secara percuma akan sampai ke rumah anda...
Tapi usia blog korang haruslah minimum 6 bulan dan minimum 30 entri dah ada dalam blog korang...

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut...
eoe Online: Blogger's Review Program

Related Posts with Thumbnails