Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

MAKNA BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD


Sesungguhnya Allah itu Maha Besar...

Wednesday, February 02, 2011

'NGAKU' JUGAK AKU AKHIRNYA

Aritu baca kat blog nana pasai buah ngaku nih. Teringin nak mencuba dan aku dah plan kalau jumpa buah ngaku nih kat memana, aku akan beli dah cuba makan. Lagipun buah ngaku nih cuma ada bila musim raya cina saja. Selain ngaku, buah nih jugak dipanggil arrow head kan? Sori kalau maklumat aku nih salah. Kalu yang tak penah tengok buah ngaku nih, tengok kat bawah nih.

Rupa dia lebih kurang macam buah sengkuang cina cuma kulit dia tak hitam macam sengkuang cina. Aku beli 5 biji ja, risau beli banyak2 takut tak lalu makan. Almaklumlah, benda baru nak cuba. Tak mahal buah nih, sekilo RM 2.90 ja.

Cara memasak dia pulak macam nih. Memula korang kupas kulit dia then hiris nipis-nipis. Atau lebih senang, sagat nipis-nipis.

Kemudian, korang goreng sampai garing. Ala-ala macam goreng kerepek. Dan hasilnya akan jadi macam nih.

Memang sedap. Rasa dia lemak-lemak masin tambah kelat2 sket. Lebih kurang macam kerepek pisang. Kalau nak tau macam mana rasa, cuba la beli then goreng. Cepat, sebab musin buah ngaku nih dah nak abih.

pssst: aku ngaku ketika entri nih ditaip, aku sedang mengunyah kerepek ngaku.

Friday, January 07, 2011

CLINIC CAFE @ GURNEY

Clinic Cafe nih lokasinya adalah di Gurney, Penang. Sila tengok gambar2 di bawah.

Sudu dan garfu dalam bekas operation.

Sos dalam syringe.

Frame gambar untuk hiasan kedai adalah alat2 untuk operation.

Kerusi roda dan meja bedah. Curtain pun ada lambang 'PBSM'.

Tengok! Lampu pulak sebijik lampu di bilik bedah.

Katil di hospital jadi kerusi makan.

Nih kaunter minuman.

Apa pendapat korang? Teringin nak try makan kat situ ke? Ke takleh nak telan makanan kalau makan kat situ? Tepuk dada tanya selera.

pssst: photos kredit to hajar & amir.

Wednesday, January 05, 2011

HADIAH IDAMAN BUAT SUAMI TERSAYANG

Bulan lepas, 'sepupu baru' aku datang rumah mama. Dia introduce kan satu gadget yang amat menarik hati aku dan aku rasa sangat sesuai dijadikan hadiah buat en abu. Tak kisah la hadiah besday atau anniversary. Tapi birthday dia bulan lepas, anniversary la kot.

En abu merupakan seorang perokok tegar. Aku cuba untuk hentikan dia dari merokok tapi usaha aku sia-sia. Aku suruh en abu cuba pil Niquitin. Dengan selamba dia jawab:

"Kalau nak berenti, tak payah makan ubat pun boleh berenti..."

So, terdiam la aku seketika. Aku rasa dengan hadiah idaman aku nih dapat membuatkan dia perlahan2 berhenti merokok. Korang nak tau tak apa hadiahnya?

Tadaaaa.......

Gambar dari goole

Ya, memang rupa fizikalnya seperti rokok biasa tapi nih rokok elektronik atau lagi sedap bunyinya, e-cigarettes. Rokok yang pakai bateri yang boleh dicaj seperti henfon. Brand rokok elektronik nih ialah Smoker Haven. Barangan dari US dan ada warranty setahun.

Smoker Haven E-Cigarette ini TIDAK mempunyai kesan sampingan seperti rokok biasa kerana ianya berfungsi hanya seperti anda menghisap shisha. Mempunyai pelbagai perisa seperti Dunhill, Marlboro, Menthol,Coffee, Benson, Tobacco, Perisa Shisha (Strawberry, Vanilla, Chocolate)

Kebaikan Smoker Haven:

1. Tidak memberi kesan sampingan seperti rokok biasa.

2. Tidak akan dikesan oleh smoke detector.

3. Boleh digunakan dalam bilik atau kereta yang tertutup atau berhawa dingin.

4. Tidak membahayakan orang2 di sekeliling anda kerana asap yang dihasilkan adalah wap air.

5. Mengurangkan kos kerana sekali beli, boleh diguna berkali2.

Yang penting, e-cigarette nih tidak membahayakan kesihatan dan amat menjimatkn wang.

Kepada isteri2 kepada perokok tegar, jom kita pakat beli Smoker Haven nih dan hadiahkan kepada suami yang tersayang supaya dia, kita dan keluarga kita hidup dalam udara yang nyaman dan menyegarkan.

Klik sini untuk info penuh tentang Smoker Haven.


Thursday, October 28, 2010

DIET CARA RASULULLAH S.A.W

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

DIPETIK DARI SINI.

Thursday, June 24, 2010

YEAY! DAPAT PARCEL DARI EOE ONLINE

Baru 2 hari lepas aku buat review product baru di website EOE Online. Tup-tup arini dah dapat parcel dari diorang. Memang sungguh efisyen. Tapi aku tak heran sebab masa 1st review dulu pun mcm nih jugak. 2 hari lepas aku post review tu trus dpt printed 50kpg 4R dan 2 kpg 8R secara percuma. Time tu mmg unexpected. Lagipun diorang inform dalam email dalam 3 working days tapi parcel tu sampai time weekend lepas 1 working day saja.

Dan utk review yang kedua nih, aku dapat printed 2 keping 8R yang siap diframe kan. Semua nih FOC, aku tak bayar sesen pun. Tapi nak dapat nih, korang kena lah blogger yg penah buat review pasal diorang. Kalau tak, tak dapek la den nak nolong.

Saja aku printkan gambar anak dara yg sorang nih sebab kat rumah nih dah banyak gambar aku n en abu especially gambaq kawen coz dpt masa pakej photog kawen dulu. Gambaq kami bertiga pun dah ada, yang diambik di studio masa raya thn lepas. So, kali nih aku nak abadikan gambaq budak kecik mulut mcm popcorn nih. Rambang mata nak pilih gambaq mana. Kira ok la kot gambaq2 nih. Yang penting, FREE!

Tima kasih EOE Online...

Tuesday, June 22, 2010

eoe ONLINE WITH NEW 'SPECIAL OF THE MONTH" PRODUCT SHOPPING

Dec 2009, aku penah buat review pasal eoe Online nih. Korang boleh klik sini untuk tengok entri tu.

Menginjak ke tahun 2010, eoe Online telah membuat beberapa pembaharuan di website diorang. Semua nih untuk memudahkan pelanggan pendek kata lebih 'user-friendly'.


Dan dengan harga yang murah jika dibandingkan dengan kadar biasa


Selain daripada hanya dengan 3 langkah saja anda dapat mencetak gambar kesayangan anda, eoe juga menawarkan satu lagi segmen baru di website mereka iaitu NEW Special of The Month Product Shopping.



Berbagai produk terbaru ditawarkan kepada pelanggan yang dikasihi dengan harga yang amat menarik. Di antara produk tersebut ialah:
1. Camera digital
2. Camcorder
3. LCD TV
4. MP3 Player

"A convenient online photo printing service to all! With each 4R print at only RM0.30free delivery* (current promotion) and for orders above RM35.00, you’ll get your money worth! Not forgetting the time you saved travelling too!"

Thursday, June 17, 2010

CERITA PANAS HARI NIH

Hari nih ada satu keyword mcm goreng pisang panas kat blog aku. Dan aku percaya blog2 lain yang buat entri pasal nih jugak menerima nasib yang sama.

Nak tau cerita apa? Dah tentunya pasal perceraian Azrinaz dan Sultan Brunei nih. Conquer abih carta keyword tu. Kalau tak clear, klik atas gambar.

pssst: at leat, upkan traffic blog aku jugak. TQ ya....

AZRINAZ MAZHAR HAKIM DICERAI OLEH SULTAN BRUNEI

Terkejut jugak bila dapat tau yang bekas pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak 1. Semoga Azrinaz tabah menghadapi hari2 mendatang dengan anak-anak beliau iaitu seorang putera dan seorang puteri.

pssst: gambar kredit to google

Tuesday, June 08, 2010

MENYUSU ANAK LEBIH 2 TAHUN


Macam yang korang tahu, ayra dah 2 tahun++. Sampai sekarang ayra masih breastfeed. Makin aku nak stop kan, makin dia kerap mintak.

Tengah cari cara2 untuk stopkan BF, terjumpa artikel kat bawah nih yang aku ambik dari sini.

Soalan:

APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?

Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:

Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Apa komen korang? Ada cara 'soft' tak untuk stopkan BF?

"Berikan susu sehingga bayi kenyang setiap kali penyusuan agar anak mendapat khasiat susu hadapan dan belakang sepenuhnya."

Thursday, June 03, 2010

CIUMAN PEROKOK BOLEH BUNUH KANAK-KANAK

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka. Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.

Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama

Sumber dari Berita Harian

pssst: En abu adalah perokok tegar. Dia tak penah merokok depan kami anak beranak. Port dia merokok adalah di luar rumah. Sebelum nih aku tak kisah sebab dah tak larat suruh dia berhenti merokok. Tapi bila baca artikel nih, alahai.... buat aku risau... Abang, berhenti merokok pleaseeee....

Monday, May 03, 2010

AMANI ADAMAYA

Sapa suka tengok ceta adamaya, sila angkat tangan? Aku salah sorang antara peminat ceta nih. Sebabnya aku suka tengok budak comel yang jadi anak adam dan maya. Yang namanya amani tu. Sungguh pandai berlakon.

Nama betul dia adalah Mia Sara (lebih kurang nama ayra, Mya Adzra). Dia nih penah jugak berlakon iklan astro beyond, sustagen, softland dan lain-lain.

Comel plak tu. Nih gambar masa dengan lisa surihani masa shooting ceta adamaya.

Nih pun masa shooting ceta adamaya.

Nih gambar koleksi facebook 'kami peminat adik mia sara @ amani'.

Nih plak gambar dia masa kecik. Rambut hitam, lebat, berkilat. Mata bolat.

pssst: semua gambar kredit to FB 'kami peminat adik mia sara @ amani'

Sunday, April 18, 2010

ACHIK SPIN MENINGGAL DALAM KEMALANGAN

Berita dipetik dari sini

Guys, kami di Oh! Artis diberitahu sebentar tadi, Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.

Berita lanjut mengenai kemalangan ini, kami akan update kemudian.

OHARTIS: SEMAKIN HARI MAKIN RAMAI INSAN SENI PERGI MENGHADAP ILLAHI. ADAKAH INI SURATAN ATAU KEBETULAN? WALLAHUALAM. ACHIK, PEMERGIANMU KAMI TANGISI DENGAN BACAAN AL-FATIHAH.

Klik sini untuk lihat gambar2 sekitar tempat kejadian.

Klik sini untuk lihat video semasa kejadian.

Tuesday, April 13, 2010

KEMPEN KAMI PRIHATIN

Matlamat kempen:

Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Lagu Tema Kempen: Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu : S. Atan
Lirik : Habsah Hassan

Untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.

Sebagai tanda sokongan, letakkan logo Kempen Kami Prihatin di sidebar blog anda.

Tuesday, April 06, 2010

RAFIQIN DARWISY... APA DOSA DIN BERAMBOI KAT KO?

Astaghfirullah.... beristighfar panjang bila terbaca pasal nih kat FB....
Ada jugak manusia mcm nih....
Mengutuk orang yang dah mati sesuka hati...
Bukan tu saja, mempermain2kan ayat suci Al-Quran...
Btoi ka budak ni yang buat semua nih?
Atau ada org yang mempergunakan nama dia untuk melakukan semua benda tak berpekdah nih???
MasyaAllah... patut kita mendoakan kebahagiaan arwah di sana...
Bukannya menghina sebegini rupa...

Kita sendiri pun taktau bila ajal kita akan sampai...
Banyak2lah beribadat dik, bukannya byk2 mengutuk org yang dah mati tak bertempat...
Tentu mak pak adik nih sedih kalau tau anak depa jadi mcm nih...
Jauhkanlah zuriatku dari perbuatan mcm nih...
Nauzubillah....

Semoga roh arwah Din Beramboi ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... Al-fatihah...

Friday, April 02, 2010

TAKZIAH UNTUK KELUARGA DIN BERAMBOI

Kredit to budiey

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

Salam takziah daripada Budiey untuk seluruh keluarga allahyarham Din Beramboi. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Pertama kali tercalon Penyampai Radio Terbaik ABPBH 2009 yang akan berlangsung pada 4 April ini, ternyata allahyarham tak sempat untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Beliau telah pergi bersama lawak jenaka yang menghiburkan dan seribu satu kenangan untuk kita semua.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan (FRIM). Solat jenazah arwah Abg Din dipercepatkan daripada pukul 11 pagi kepada 10 pagi bertempat Masjid al Faizin Taman Ehsan.

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.

“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung. Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.

Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.

“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.

Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

“Beliau adalah insan pertama yang ”pergi” dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.

Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain terkenal dengan lawak spontan, Din Beramboi terkenal juga kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.

(dikemaskini jam 7:30am)
Dari Facebook ERA FM & ERA TV

“Salam, Jadual hari ini. 9pg – bergerak ke Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, 11pg – solat jenazah, 11.30pg – kebumi jenazah di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan. Anda semua dijemput hadir. Al-Fatihah, Allahyarham Din Beramboi”

TERDAHULU
Pada jam 12.30 malam tadi, Din Beramboi, 44, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham meninggalkan isteri, Suhaini Che Man dan tiga orang anak. Salam takziah buat keluarga Din.

Din Beramboi Masih Bertarung Nyawa
(dikemaskini 1 April, 6:17pm)
Bertentangan dengan cakap-cakap yang tersebar kononnya Din Beramboi telah meninggal, jurucakap AMP Radio Networks menegaskan kepada GUA yang Din Beramboi masih bertarung nyawa. Diharapkan semua terus berdoa untuknya.

TERDAHULU
Din Beramboi Kritikal
Keadaan Din Beramboi tenat dan kritikal, lapor Harian Metro hari ini – ‘Din Beramboi Kritikal’.

Memetik pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, Din yang telah dimasukkan ke ICU Isnin lalu sebenarnya menghidap Denggi Shock Syndrome. Dan bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Selain pendarahan dalaman, Dr Siti turut memaklumkan beberapa organ utama Din juga gagal berfungsi.

Kini, anak allahyarham yang bernama Ain pula telah ditahan di hospital kerana disyaki denggi. Doakan segalanya selamat.

Rest in Peace, Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Al-Fatihah…


Wednesday, March 31, 2010

INFO OF THE DAY

Taken from here

There is no egg in the eggplant,
No ham in the hamburger
And neither pine nor apple in the pineapple.
English muffins were not invented in England,
French fries were not invented in France.

We sometimes take English for granted,
but if we examine its paradoxes we find that:
Quicksand takes you down slowly,
Boxing rings are square,
And a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig.

If writers write, how come fingers don't fing?
If the plural of tooth is teeth,
Shouldn't the plural of phone booth be phone beeth?
If the teacher taught,Why hasn't the preacher praught,

If a vegetarian eats vegetables,
What the heck does a humanitarian eat?
Why do people recite at a play,
Yet play at a recital?
Park on driveways and
Drive on parkways?
How can the weather be as hot as hell on one day
And as cold as hell on another?

You have to marvel at the unique lunacy of a language where a house can burn up as it burns down,
And in which you fill in a form
By filling it out
And a bell is only heard once it goes!

English was invented by people, not computers,
And it reflects the creativity of the human race
(Which of course isn't a race at all.)

That is why:
When the stars are out they are visible,
But when the lights are out they are invisible.
And why it is that when I wind up my watch It starts,
But when I wind up this poem It ends.


Related Posts with Thumbnails