Dah lama tak baking. Semalam teringat resipi yang diambil dari blog Diana. Muffin nih sungguh senang dibuat dan sedap sekali. Aku ubahsuai sikit resipi muffin nih.
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula (paling best pakai gula castor)
1 biji telur
1 1/2 cawan susu cair (susu segar pun boleh)
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla
( jika mahu perasa coklat tambahkan 2 sudu besar serbuk koko)
Cara membuat:
1. Mula-mula satukan tepung gandum, baking powder, garam dan gula di dalam bekas adunan. Kemudian buat lubang di tengahnya.
2. Di dalam bekas lain pukul telur sedikit menggunakan hand whisker, kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan susu, kacau sebati. Selepas itu curahkan bancuhan tadi didalam bekas yang berisi tepung. kacau sebati.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Sejukkan di atas redai dan sedia untuk dimakan.
*** Ini resipi muffin vanilla. Boleh ditambahkan bluberi, choc chips, prune, kurma, strawberi atau apa saja. Sukatan bahan tersebut adalah 1 cawan.
Selamat mencuba!
sedapnya, senang resepi ni sbb pakai cawan..takyah nk timbang2..Must try ni
ReplyDelete@nieda
ReplyDeleteros sgt2 rekomen resipi nih..yeah, must try... mesti tak menyesal...
nak cuba ni.. mcm menarik nsenang
ReplyDeleteALL IN ONE
@nur
ReplyDeletenur, try lah buat... boleh letak apa yg kita suka, just ikut resipi basic mufin tu je...