Sila tengok menu lunch kami sekeluarga arini. Sempoi sangat. Arini takdak nasi putih dan berbagai jenis lauk.
Yang ada cuma nasi goreng sempoi dan sejenis lauk yang jugak sempoi iaitu sosej ayam 3 rasa. Sedap, en abu siap bertambah lagi. Sesekali bertukar selera mkn tengahari mcm nih, memang terangkat.
Nasi goreng tu cuma perlukan 4 bahan iaitu nasi, 1 labu bwg besar (potong wedges nipis) dan 2 biji telur. Tumis bwg besar. Bila agak layu, pecahkan telur dan kacau sampai telur tu hancur. Biar telur agak garing, masukkan nasi dan garam. Biarkan sampai masak.
Sosej ayam 3 rasa tu pun senang. 4 btg sosej (dipotong serong, digoreng), 1 labu bwg besar (dipotong bulat), 1 biji cabai besar (dipotong serong, nipis), 8 biji cabai melaka (dibelah dua), 1/2 btg carrot (dipotong dadu), 3 sudu besar sos tomato, 3 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram, sedikit gula, sedikit garam dan minyak utk menumis.
Panaskan minyak, tumis bwg besar, cabai melaka, cabai besar, carrot. Agak layu masukkan semua sos dan setgh cwn air. Tambah gula dan garam. Biar mendidih. Bila rasa dah ok, masukkan sosej tadi. Biarkan seketika dan boleh hidang dgn nasi goreng td.
Selamat mencuba!
simple dan mengenyangkan..heheheh
ReplyDeleteish..rasa nak balik buat gakla.kak ros ni sengaja menggoda ibu -ibu mengandung nih.terasa cam sedap gila nih.
ReplyDeletekreatip ros pelbagaikan masakan
ReplyDeleteaku pun kdg2 goreng nasik ngan bawang besar jah..lagi puas kan?
ReplyDelete@Nazz@Purple
ReplyDeletejuga senang dibuat...
@mela
ReplyDeletekalau tekak kak ros, mmg sedap gila... akka cubalah buat, sonang jo...
@Nana
ReplyDeletesendiri yang nak makan, buat la apa pun asalkan boleh diterima tekak...
@Cheedah
ReplyDeletecheedah, nih resepi nasi goreng bila aku malas.... cepat dan senang...
wpun sempoi, beselera gak tu bila tgh lapar
ReplyDelete@gee ryder
ReplyDeleteyup, itu sudah tentu...