Tuesday, June 15, 2010

MENU LUNCH YANG SEMPOI

Sila tengok menu lunch kami sekeluarga arini. Sempoi sangat. Arini takdak nasi putih dan berbagai jenis lauk.

Yang ada cuma nasi goreng sempoi dan sejenis lauk yang jugak sempoi iaitu sosej ayam 3 rasa. Sedap, en abu siap bertambah lagi. Sesekali bertukar selera mkn tengahari mcm nih, memang terangkat.

Nasi goreng tu cuma perlukan 4 bahan iaitu nasi, 1 labu bwg besar (potong wedges nipis) dan 2 biji telur. Tumis bwg besar. Bila agak layu, pecahkan telur dan kacau sampai telur tu hancur. Biar telur agak garing, masukkan nasi dan garam. Biarkan sampai masak.

Sosej ayam 3 rasa tu pun senang. 4 btg sosej (dipotong serong, digoreng), 1 labu bwg besar (dipotong bulat), 1 biji cabai besar (dipotong serong, nipis), 8 biji cabai melaka (dibelah dua), 1/2 btg carrot (dipotong dadu), 3 sudu besar sos tomato, 3 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram, sedikit gula, sedikit garam dan minyak utk menumis.

Panaskan minyak, tumis bwg besar, cabai melaka, cabai besar, carrot. Agak layu masukkan semua sos dan setgh cwn air. Tambah gula dan garam. Biar mendidih. Bila rasa dah ok, masukkan sosej tadi. Biarkan seketika dan boleh hidang dgn nasi goreng td.

Selamat mencuba!


10 comments:

  1. simple dan mengenyangkan..heheheh

    ReplyDelete
  2. ish..rasa nak balik buat gakla.kak ros ni sengaja menggoda ibu -ibu mengandung nih.terasa cam sedap gila nih.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:08 PM

    kreatip ros pelbagaikan masakan

    ReplyDelete
  4. aku pun kdg2 goreng nasik ngan bawang besar jah..lagi puas kan?

    ReplyDelete
  5. @mela

    kalau tekak kak ros, mmg sedap gila... akka cubalah buat, sonang jo...

    ReplyDelete
  6. @Nana

    sendiri yang nak makan, buat la apa pun asalkan boleh diterima tekak...

    ReplyDelete
  7. @Cheedah
    cheedah, nih resepi nasi goreng bila aku malas.... cepat dan senang...

    ReplyDelete
  8. wpun sempoi, beselera gak tu bila tgh lapar

    ReplyDelete
  9. @gee ryder

    yup, itu sudah tentu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails