Tuesday, June 08, 2010

MENYUSU ANAK LEBIH 2 TAHUN


Macam yang korang tahu, ayra dah 2 tahun++. Sampai sekarang ayra masih breastfeed. Makin aku nak stop kan, makin dia kerap mintak.

Tengah cari cara2 untuk stopkan BF, terjumpa artikel kat bawah nih yang aku ambik dari sini.

Soalan:

APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?

Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?

Jawapan:

Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Apa komen korang? Ada cara 'soft' tak untuk stopkan BF?

"Berikan susu sehingga bayi kenyang setiap kali penyusuan agar anak mendapat khasiat susu hadapan dan belakang sepenuhnya."

4 comments:

  1. salam...

    memang susah nak stopkan BF baby...ada yg berjaya guna petua2 spt. letak bende pahit kt nipple, letak lipstick konon berdarah etc...tapi akak dulu terpaksa guna hard way...sbb nipple cracked teruk sgt...terpaksa tahan telinga dgr dia nangis...selama seminggu, then dia sendiri paham

    ReplyDelete
  2. @Ina Hashim

    ekceli kan kak, ros mcm tak ready lagi nak stop BF... plan nak slow2 stopkan dia dgn cara soft... hmmmm, susah jugak ekkk...ingatkan semua baby senang stop bila letak benda2 pahit atau buat seakan darah...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnye isu ni memang sering dibahaskan..kalo si ibu lum sedia nak wean off tak salah pon nak teruskan lagi pon anak pon dah amik solid food cuma jgn jadikan makanan utama la sebab kandungan nutrien nye pon dah tak cukup tuk pembesaran anak maksudnye anak harus cari sumber kalori lain tapi bukan bermakna anak kene minum susu formula lak.slow2 la ade saran kan guna akar pokok yang pahit tu..tahniah sebab berjaya susu kan ayra sampai 2 tahun.

    ReplyDelete
  4. @qasehadam @ nurul

    nurul, yup, ayra still BF tapi solid food mcm2 dia dah makan...mama ros ada ckp kalau pakai akar pokok yg pahit tu, nanti next baby takut takde susu... itu ckp org tua2... tatau la kan...anyway, TQ dear...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails