Wednesday, June 26, 2013

PENGALAMAN MENGANDUNGKAN AZRI PART 1

Azri dah 4 bulan lebih baru aku berkesempatan menaip pengalaman mengandungkan dia. Banyak perkara baru yang aku alami sepanjang  mengandungkan adik Azri. Mungkin sebab perbezaan jantina dengan yang pertama, so cara pembawakannya juga berbeza.

Aku mula tau aku mengandung since perot 5 minggu. Time tu aku batuk yang berpanjangan, 2x ambik ubat pun x lega jugak. Kebetulan Miss P lewat 3-4 hari. Sorang kawan aku suruh buat urine test, mana tau kot2 berisi. Memang aku nak baby lagi tapi time tu langsung aku tak sangka. Memang di luar jangkaan tapi ini semua rezeki Allah dan doa Kakak Ayra yang mintak baby dari ibu.

Awal kehamilan, aku takdak masalah sehingga usia kandungan 8 minggu. Bermula dengan Kakak Ayra, encik abu dan akhir sekali aku demam. Aku demam teruk, suhu cecah 40 darjah dan aku hilang selera makan. Badan menggigil dan lemah (dehydrated). Pegi Klinik Ibu dan Anak di Klinik Kesihatan Kangar untuk ambik ubat, trus kena admit. Ambulans datang ambik di KK Kangar ke Hospital Tuanku Fauziah. Time nih nak cucuk drip tak masuk, urat aku kecut kata nurse sebab kurang air. 3x percubaan baru berjaya, dan berbotol2 air masuk ke badan aku. Time nih aku cuma berdoa semoga tak effect pada baby. Kakak Ayra sangat behave waktu nih, dia tak nangis macam selalu. Kakak Ayra ikut mama tok balik jitra.

Di wad, doc buat check up dan suspect aku ada infection kat buah pinggang coz aku sakit belakang pinggang kiri. Start antibiotik. Di wad jugak, aku bleeding (macam time nak abis period). Doc scan untuk tengok baby, alhamdulillah baby ok dan diorang dapat trace yang aku ada cyst sebesar 2cm. Satu persatu benda jadi. Doc explain yang cyst nih mungkin akan membesar dan mungkin juga akan mengecil. Diorang akan monitor setiap bulan. 4 malam jugak di wad HTF, hari ke-5 aku mintak discaj coz Kakak Ayra admit di Hospital Sultanah Bahiyah. Betul2 menguji kami suami isteri. Kakak Ayra jugak didrip, dia sangat lemah. Sian kakak, ibu tak dapat jaga kakak demam. Nasib baik doc bagi discaj dan terus aku mintak en abu bawak aku ke HSB. Aku temankan Kakak Ayra sampai dia discaj, 2 malam jugak.

Lepas discaj dari HSB, kitorang trus ke rumah mama coz aku dapat MC 18 hari. So berehat kat sana dulu sementara btol2 sihat. En. Abu ulang-alik keja dari jitra-kangar. Sampai sini dulu, next entri kita sambung lagi.

2 comments:

  1. Ala pendeknya! Xsabar nak tau sambungan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails