Thursday, June 27, 2013

PENGALAMAN MENGANDUNGKAN AZRI PART 2


Lepas kakak Ayra discaj, kat rumah mama aku x dapat rehat walaupun diberi MC selama 18 hari. Bermulalah episod morning sickness yang amat agak teruk. Perut lapar, muntah, Over kenyang, muntah. Silap makan, muntah. Banyak benda yang aku takleh makan, bila makan jadi pening dan muntah. Contohnya tembikai, bayam, laksa dan banyak lagi. Pening kepala takyah cakap aa, memang takleh bangun. Baring kat tilam ja. Pepagi confirm dah muntah dulu. Time ngandungkan kakak dulu tak la seteruk nih. Time nih aku ambik upnaid leave sebulan setengah. Pas raya baru masuk keja. Puasa sebulan langsung takleh. Adik oo adik adik, bukan senang ibu ngandungkan adik tau. Jadi anak yang soleh ya sayang.

Pasal cyst tu, 2 minggu lepas aku discaj aku kena refer ke O&G HTF. Doc scan, cyst masih ada dan masih saiz yang sama. Lepas sebulan sekali ke O&G untuk scan sampai ke usia kandungan 5 bulan, cyst tu hilang sendiri. Alhamdulillah, time tu adik membesar dengan jayanya dalam rahim ibu. Ngandung kali nih, rasanya lebih 10x scan, risau gak kot effect ke baby. Tapi Allah maha kaya, adik lahir sempurna cukup anggota badan. Waktu nih morning sickness dah kurang cuma sampai je rumah lepas keja mmg aku flat trus, letih yang amat. Mana taknya, pegi keja naik turun tangga tingkat empat. Nan ado lif. Takpa, kata orang, senang beranak nanti. Makan dah ok sket. berat pun naik dengan jayanya. Total berat aku naik sepanjang ngandung kali nih 20kg.

Peknenkan adik Azri, aku ngidam nak makan 2 benda iaitu Meatball IKEA dan jugak Coconut Shake. Alhamdulillah 2-2 dapat makan. Meatball IKEA dapat makan coz kitorang gi konvo SIL kat UIA, so sambil nyelam harus la minum air kan. Lain-lain tu aku ngidam yang kecik2 dan mudah dapat, so no problem la. Dalam buku pink tu catatan yang paling cantik adalah tekanan darah. Dari mula sampai bersalin tekanan darah aku normal. Tak macam kakak ayra dulu, turun naik, turun naik. Memang berbeza.

Minggu ke 28, aku sakit perut sebelah kanan. Memula ingatkan biasa ja tapi sampai ke malam aku masih sakit. Terus ajak en abu ke Remedic, nak buat scan 3D. Sampai sana, doc yang berkenaan takdak. Pegi pulak ke Klinik Faizah, sama jugak. Takdak doktor yang nak buat scan. Aku dah tak tahan sakit sampai aku menangis. Sudahnya en abu kata kita pi HTF ja la. Memandangkan aku dah 28 minggu, so aku kena trus ke wad bersalin. Sampai sana, doc check trus kena admit. Urine aku ada infection dan diorang suspect aku apendiks. Kena masuk wad. 3 hari 2 malam pakej yg aku dapat bercuti di wad. Lepas diberi antibiotik dan dibuat pemeriksaan dan ujian tertentu, sah bukan apendiks. Lega. Kalau tak, kena operate dah. Ngandungkan adik azri nih bergelen2 antiobiotik aku minum. Mmg risau apa2 jadi kat baby tapi atas nasihat doktor kan. Minum je lah. Kalau tak minum, lain plak jadinya.

ohhh dah berjela part 2 nih... Stop dulu k, nanti sambung part 3 pulak. Kita cerita bab scan 3D dgn pengalaman bersalin.

2 comments:

  1. Banyak dugaannya..
    Alhamdulillah azri lahir sebagai anak yg sempurna dan sehat
    Moga jadi anak soleh azri!

    ReplyDelete
  2. ye nad, byk sgt dugaan. ini pun baru separuh jalan. masa azri dilahirkan pun, kami diuji. tapi mujur semua dah ok...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails