Monday, July 29, 2013

AZRI @ 5 MONTHS 2 WEEKS 1 DAY OLD

Tanggal 26 Julai 2013 bersamaan dengan usia Azri 5 bulan 2 minggu dan 1 hari, ada dua peristiwa yang berlaku.

First, buat pertama kalinya Azri berjaya meniarap. Ya, agak lambat tapi aku positif coz Kakak Ayra dulu pun meniarap masa 5 bulan ++. Tapi tu la sekali Azri meniarap sampai ke hari ni. Puas aku buat maca-macam nak suh dia meniarap, tapi tak meniarap jugak.  Mungkin blom masanya. 


Kedua, buat pertama kalinya kalinya Azri naik feri Pulau Pinang dan buat pertama kali jugak Azri jejakkan kaki kat Pulau Mutiara tu. Kebetulan cuti Nuzul Quran so kami ambik kesempatan bawak anak-anak jenjalan sambil shopping baju raya diorang. 


Azri ok, boleh dibawa berjalan-jalan. Tapi kalau waktu tido memang kena tidokan dia di tempat yang proper. Kalau tak, memang menangis dengar satu kedai. Stroller standby untuk tido ja. kalau x memang takkan duduk punya.

pssst: jumpa ramai kengkwn/org yg kenal time shopping kat Penang tu.

4 comments:

  1. azri kecik2 dah naik feri ye.. fiyya lom naik walaupun dah nak masuk 7 bulan.. hihihi

    ReplyDelete
  2. lepas nih bleh la aunty jass bawak fiyya naik feri pulak... :-)

    ReplyDelete
  3. ni buat nak pi pulau pinang lagi ni...

    ReplyDelete
  4. bro eyriqazz, memang tak jemu ke penang kan... berkali-kali pi sana pun takpa ;-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails