Friday, July 19, 2013

CERITA KAKAK AYRA

 Dah lama tak story pasal Kakak Ayra kan, anak dara aku yang sorang tu sejak ada adik nih. Sori kakak. Ok, jom layan entri pasal kakak pulak.

Kakak makin kurus tapi berat yang amat. Urat dawai tulang besi kot. Nak kata tak makan, kakak makan. Tak berhenti mengunyah. mungkin kakak ikut aku yang kurus merenjong. Ya, Kakak renjong (tinggi) kalau nak dibandingkan dengan umur dia yang baru 5 tahun tu. Ramai yang tanya, darjah berapa dah? Bila bagitau 5 tahun, diorang terkejut. Tingginya!


 Nih masa sukaneka TCMB. Waktu nih kakak pi dengan en abu je coz aku masih berpantang. Hari ke-42 kalau tak silap. Kesian pulak nak bawak adik kat padang tu. Waktu nih badan kakak dah suam-suam. Tak sempat abis sukaneka, en abu kata kakak menangis. Bila dipegang, badan dia dah panas. Terus en abu bawak kakak balik rumah, hadiah pun tak sempat ambik.


Yang nih pulak masa celebrate birthday kakak yang ke-5 di TCMB dengan kawan-kawan. Simple party tapi yang penting Kakak dan kawan-kawan dia seronok.


Kat bawah nih pulak gambar kakak dengan Makcik Teja (adik en abu) yang kawen bulan mei lepas. Time nih masa majlis akad nikah.


Gambar aku n Kakak nih time kenduri sebelah SIL aku pada keesokannya (hari selepas akad nikah). Tema purple.


Oh ya, lagi satu. Kakak dah lancar membaca. Cuma kalau ada pun maybe dalam 10-15% saja yang tersangkut-sangkut especially bila sampai ke perkataan yang agak susah. Thumbs up Kakak! Alhamdulillah, kakak dapat membaca pada usia 5 tahun. Terima kasih pada cikgu2 di TCMB. Jasa cikgu semua saya kenang sepanjang hayat saya.

Stop sini dulu ya, nanti kita sambung lagi ceta pasal kakak... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails