Iftar @Nando's, Queensbay Mall 260713 |
Wednesday, July 31, 2013
TOK NGAH DIROMPAK
Few days sebelum posa, tok ngah aku kena rompak. Habis rantai dan gelang tangan dia diambil perompak tu. Masuk paper metro.
Yang menyedihkan, perompak tu adalah sedara sendiri. Senang dia cari duit, ambik jalan mudah. Dia dan rakan rompakannya sudah ditangkap. Kalau tak menyesal lagi, taktau la. Kesiannya isteri dan anak-anak dia.
Dalam gambar keratan akhbar tu, Tok Ngah aku lakonkan semula macam mana dia kena ragut. Tangan pelakon yang pegang pisau tu adalah tangan papa aku.
Tuesday, July 30, 2013
TULANG SELANGKA AZRI PATAH SEMASA DILAHIRKAN
Ada lagi cerita semasa melahirkan Azri yang tertangguh selepas ENTRI INI, ENTRI INI, ENTRI INI dan ENTRI INI. Aku pasti ramai yang terkejut bila baca tajuk entri ni kan? Tapi itulah hakikatnya, dan lebih menyedihkan kami sekeluarga hanya mengetahui berita tu seminggu selepas Azri dilahirkan.
Melahirkan Azri jauh lebih mudah dari melahirkan Kakak Ayra sebab time Kakak Ayra, aku kena induce coz belum due dan jalan langsung belum terbuka. Time Azri, ketuban pecah sendiri seminggu sebelum due. Kalau yang baca keempat-empat entri kat atas tu, sure korang tau aku bersalin kat HTF. Time nak discaj dari wad, doc akan buat ujian kat baby kan? Doc muda yang buat test tu kat Azri, dan doc tu kata semua ok so kami boleh discaj sebab Azri dah berak n kencing, aku pun dah kencing.
Di rumah, Azri mcm baby biasa. Byk tido, bangun cuma untuk menyusu. Mula hari ke-3 atau ke-4 Azri kena jaundice. Tiap hari kena pi ambik darah kat KK Jitra coz time tu aku berpantang kat rumah mama. Sampai hari ke-7, jaundice makin tinggi dan doc kata kena warded. Patutnya admit di HJ tapi wad kuning di HJ penuh. Diorang push kitorang ke HSB.
Bersyukur sebab admitted di HSB. Aku duduk sekali di wad sebab time tu Azri fully breastfeed. Mula-mula masuk Azri kena duduk bawah 2 lampu. Esoknya tinggal satu lampu ja. Bacaan kuning Azri turun mendadak, maybe sebab dia elok je tido bawah lampu, jaga pun nak menyusu. Sudah menyusu confirm poo-poo. Bilangan waktu menyusu=bilangan Azri poo-poo. Kat wad kuning HSB, tiap pagi akan ada paed yang round, specialist. Hari kedua di wad, paed buat test yang sama dibuat di HTF kat Azri. Masa buat test tu aku nampak riak muka paed tu lain pastu dia cakap2 dengan doc muda keliling. Lepas tu, paed panggil aku, dia cakap jangan terkejut coz dia nak bagitau something. Time tu aku ada rasa macam-macam. Apa yang tak kena. Paed suspect yang tulang selangka kanan Azri patah coz pergerakan tangan kanan dia slow dari tangan kiri. Dia mintak Azri di X-ray untuk mengesahkan jangkaan dia tu. Aku memang sentap bila dapat tau semua nih coz kami sekeluarga tak nampak langsung perbezaan pada Azri. Dia boleh gerakkan tangan dia macam biasa. Langsung tak menangis bila dimandikan. Tak menangis bila tangan dia angkat.
First time x-ray, tak nampak jelas bahagian yang patah. Paed mintak re X-ray esok paginya. Memang ketara nampak di gambar x-ray kali kedua nih yang tulang selangka Azri macam tulang paha ayam yang dipatahkan dua. Luluh rasa hati aku. Tapi bila Specialist Ortho explain yang nothing to worry coz Azri cuma patah tulang dan tak effect ke sarafnya, sebab tu tangan dia boleh gerak macam biasa. Dan Specialist tu bagitau yang tulang Azri mungkin patah semasa dilahirkan sebab tulang tu dah bersambung sikit (time tu Azri berumur 8 hari). Cuma sekarang kena tunggu tengok tulang tu akan tumbuh dan akan heal dengan sendiri. Tak payah simen, letak skru atau apa2 treatment. Cuma kena careful sikit la, jangan bagi tekanan yang kuat kat tangan kanan tu. Lepas tu Azri discaj dari wad kuning. Dapat date untuk follow up di paediatric dan orthopedic.
kat hujung anak panah tu la tulang Azri yang patah dan bila tulang baru dah tumbuh, keliling bahagian patah tu jadi bulatan putih seakan-akan ada kain putih yang membaluti bahagian patah tu. |
Dua kali follow up di klinik Ortopedic HSB, alhamdulillah doc kata dah boleh discaj coz tulang Azri dah tumbuh balik dan insyaallah semua dah ok. Lega rasanya, syukur Ya Allah. Nasib kami masih baik sebab ada sorang baby tu muda sikit dari Azri (kenal kat klinik Ortho HSB) tgn kanan dia patah jugak dan effect ke saraf. Tangan kanan dia terkulai, langsung takleh gerak.
Aku dah takmau ingat pasal tu lagi, cukup sekadar kenangan di hari tua kat blog nih. Dan mungkin Azri pun akan baca coretan aku ni. Apa pun Azri dah ok, itu yang penting bagi aku.
Monday, July 29, 2013
AZRI @ 5 MONTHS 2 WEEKS 1 DAY OLD
Tanggal 26 Julai 2013 bersamaan dengan usia Azri 5 bulan 2 minggu dan 1 hari, ada dua peristiwa yang berlaku.
First, buat pertama kalinya Azri berjaya meniarap. Ya, agak lambat tapi aku positif coz Kakak Ayra dulu pun meniarap masa 5 bulan ++. Tapi tu la sekali Azri meniarap sampai ke hari ni. Puas aku buat maca-macam nak suh dia meniarap, tapi tak meniarap jugak. Mungkin blom masanya.
Kedua, buat pertama kalinya kalinya Azri naik feri Pulau Pinang dan buat pertama kali jugak Azri jejakkan kaki kat Pulau Mutiara tu. Kebetulan cuti Nuzul Quran so kami ambik kesempatan bawak anak-anak jenjalan sambil shopping baju raya diorang.
Azri ok, boleh dibawa berjalan-jalan. Tapi kalau waktu tido memang kena tidokan dia di tempat yang proper. Kalau tak, memang menangis dengar satu kedai. Stroller standby untuk tido ja. kalau x memang takkan duduk punya.
pssst: jumpa ramai kengkwn/org yg kenal time shopping kat Penang tu.
Wednesday, July 24, 2013
Tuesday, July 23, 2013
AZRI DAH TAK EXCLUSIVELY BREASTFEED LAGI
5 bulan, 6.7kg |
Tapi sejak aku datang bulan, bulan lepas susu aku semakin kurang especially dalam tempoh seminggu 'bercuti' tu. Bulan lepas, masih ada stok yang aku simpan so masih cukup untuk bekalan Azri ke rumah babysitter setiap hari. Tapi, bila 'bercuti' bulan nih, aku dah kehabisan stok. Hampir sebulan ni aku "pam hari ini untuk esok". Tapi akhirnya aku terpaksa pasrah. Susu aku tak cukup untuk azri. Istilah tak cukup tu adalah tak cukup pam untuk dibuat bekalan ke rumah babysitter.
Azri sedang direct feeding |
Dan akhirnya aku terpaksa bagi fm kat azri pada usia dia 5 bulan 11 hari. Cita-cita aku tak kesampaian. Memang agak sedih tapi apakan daya aku nak menolak takdir Allah. Hanya takat itu yang aku mampu. Tapi aku hanya stokkan fm kat rumah babysitter. Kat rumah bila time aku ada, Azri akan direct feeding. Alhamdulillah masih ada susu cuma tak cukup untuk dipam.
S-26, fm yang Azri minum sekarang |
Adik, ibu dah cuba yang terbaik untuk adik. Dan inilah yang terbaik buat adik. Selagi ada susu, ibu akan bagi. Kat rumah memang ibu akan direct feeding adik. Fm kat rumah ibu ana tu cuma untuk spare in case stok yang ibu bagi tak cukup. Ibu sayang adik, ibu sayang kakak. Ibu sayang anak-anak ibu.
Monday, July 22, 2013
KAKAK AYRA BERJAYA PUASA PENUH 1 HARI
Tahniah Kakak Ayra sebab berjaya puasa penuh sehari pada hari sabtu lepas. First try yang menjadi. Bangun sahur pun mudah. Makan habis sepinggan nasi
Ahad pulak Kakak Ayra puasa setengah hari ja. Oklah tu, 1 1/2 hari puasa di umur 5 tahun. Kakak siap pesan kat aku, nanti pi sekolah takmo bawak roti. Takmo bawak ayaq. Ok, apa saja untukmu.Friday, July 19, 2013
CERITA KAKAK AYRA
Dah lama tak story pasal Kakak Ayra kan, anak dara aku yang sorang tu sejak ada adik nih. Sori kakak. Ok, jom layan entri pasal kakak pulak.
Kakak makin kurus tapi berat yang amat. Urat dawai tulang besi kot. Nak kata tak makan, kakak makan. Tak berhenti mengunyah. mungkin kakak ikut aku yang kurus merenjong. Ya, Kakak renjong (tinggi) kalau nak dibandingkan dengan umur dia yang baru 5 tahun tu. Ramai yang tanya, darjah berapa dah? Bila bagitau 5 tahun, diorang terkejut. Tingginya!
Nih masa sukaneka TCMB. Waktu nih kakak pi dengan en abu je coz aku masih berpantang. Hari ke-42 kalau tak silap. Kesian pulak nak bawak adik kat padang tu. Waktu nih badan kakak dah suam-suam. Tak sempat abis sukaneka, en abu kata kakak menangis. Bila dipegang, badan dia dah panas. Terus en abu bawak kakak balik rumah, hadiah pun tak sempat ambik.
Yang nih pulak masa celebrate birthday kakak yang ke-5 di TCMB dengan kawan-kawan. Simple party tapi yang penting Kakak dan kawan-kawan dia seronok.
Kat bawah nih pulak gambar kakak dengan Makcik Teja (adik en abu) yang kawen bulan mei lepas. Time nih masa majlis akad nikah.
Gambar aku n Kakak nih time kenduri sebelah SIL aku pada keesokannya (hari selepas akad nikah). Tema purple.
Oh ya, lagi satu. Kakak dah lancar membaca. Cuma kalau ada pun maybe dalam 10-15% saja yang tersangkut-sangkut especially bila sampai ke perkataan yang agak susah. Thumbs up Kakak! Alhamdulillah, kakak dapat membaca pada usia 5 tahun. Terima kasih pada cikgu2 di TCMB. Jasa cikgu semua saya kenang sepanjang hayat saya.
Stop sini dulu ya, nanti kita sambung lagi ceta pasal kakak...
Thursday, July 18, 2013
AZRI CUKUR RAMBUT 240213
Entri bergambar lagi. Buat kenangan di masa depan. Gambar-gambar ketika Azri dicukur rambut oleh mak bidan pada usia 13 hari.
Time nih muka azri jadi merah-merah, orang kata ruam panas. Sekarang dah takda.
Time nih dah selesai bercukup, mak bidan massage badan Azri. kepala dah licin.
Nih la muka budak yang dah 'ringan kepala'. Nampak dak kening tu pakai celak?
Nampak ketara muka merah-merah.
Bila 'ringan kepala' baru sedap tido.
Wednesday, July 17, 2013
KENDURI KESYUKURAN DAN AQIQAH MUHAMMAD AZRI ZUHAIRI 020313
Awas, ini adalah entri bergambar.
Katil baby dihias comel serba biru.
Buaian untuk berendoi.
Yang diraikan, Muhammad Azri Zuhairi bin Mohd Abu Zar.
Yang diraikan dengan ibu dan kakak.
Majlis berendoi sedang berlangsung.
Susun atur meja makan di kawasan rumah mama papa aku di Jitra. Berpantang di sini.
2 ekor kambing golek untuk tujuan Aqiqah. Alhamdulillah selesai. Licin dalam masa kurang 2 jam.
Ustaz (kawan papa) sedang 'belah mulut' Azri dengan kurma dan air zamzam.
Nyenyak tido.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis.
Papa aku dan FIL.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Ibu dan abah dah sediakan 'kenderaan' untuk adik 'di sana' nanti.
Tuesday, July 16, 2013
HAPPY BIRTHDAY TO ME
Monday, July 15, 2013
PENGALAMAN BERSALINKAN AZRI
Azri @ day 13. Masih ada jaundice dan muka penuh dgn ruam panas. |
Alhamdulillah dah masuk 5 bulan usia adik Azri. Sekarang nih Azri kurang sihat coz selesema dan batuk. Ibu harap adik cepat sembuh ya. Masih teringat saat-saat bersalinkan dia yang blom aku kongsikan di blog kesayangan nih. Ok, ceritanya macam nih...
10 Feb 2013
Hari Ahad, Tahun Baru Cina. So dah sah-sah public holiday kan? Actually kalau ikut due, 18 februari. Hari ahad tu kami 3 beranak (aku, en abu dan kakak Ayra) tak ke mana coz aku dah tak larat berjalan even kaki tak bengkak sangat mcm time peknenkan Kakak. Petang tu kami kat rumah je, membongkang. Sblom tido tu aku ada bgtau en abu yang ptg nanti nak ke Jitra, rumah mama nak antar barang2 baby dan barang2 yang nak guna time berpantang nanti. En abu kata ok.
Tengah nyenyak tido, aku dengar bunyi 'pop'. Tak kuat bunyinya tapi aku yakin aku dengar. Disebabkan ngantuk, aku sambung tido. Tiba-tiba aku rasa macam dah tak tahan sangat nak wee-wee. Terus bangun dari katil dan hohohoho mencurah2 air ketuban meleleh sepanjang jalan ke toilet. Terus aku jerit kejutkan en abu yang nyenyak tido. Tukar pakai kain batik, tukarkan baju kakak yang baru bangun tido trus ke Wad Bersalin. Beg semua dah siap dalam boot keta. Kusi keta aku suh en abu lapik dgn plastik sampah coz mmg mencurah2 air ketuban aku.
Sesampai di wad, doc check bukaan baru 2cm tapi aku x sakit sangat lagi. Ada mild contraction ja. Main-main. Memang kena admit aa, xleh balik rumah dah. Doc buat CTG, jantung baby ok lagi. masih kuat. So, berehat la kat wad menunggu saat dan ketika untuk masuk ke labour room. Time nih Kakak Ayra so sporting, x banyak cakap. Ikut ja apa yang aku n en abu cakap. Agaknya dia paham dengan keadaan aku. Sayang Kakak.
Petangnya mama, papa, mak, ayah, SIL, biras semua mai tgk. Ya la, orang kata kalau pecah ketuban bersalin cepat. Tapi sampai kol 6 petang aku tak bersalin lagi. Oh ya, aku pecah ketuban dalam kol 3.45 ptg. sampai hospital dalam kol 4 petang, 2 minit je perjalanan dari rumah ke hospital.Kol 7 petang abis waktu melawat, aku masih x sakit sangat. Masih mild contraction. Mama, papa balik ke Jitra, En abu pun balik rumah. Kakak Ayra ikut mama, papa.
Pukul 9 malam, masih mild contraction. Takdak lagi sakit yang kerap. Lambat lagi ka? Nurse dah pesan kalau 15 jam lepas ketuban pecah, keluar je baby kena masuk NICU takut tak cukup oksigen. Aku tak putus baca doa nabi yunus, doa syifa'. ayat kursi dan semua ayat-ayat yang aku ingat. Pukul 12 tengah malam, doc check bukaan. Dah 3cm, alhamdulillah coz dah bleh standby untuk masuk labour room. Isi perut dengan roti, air milo untuk tambah tenaga habuan nak meneran dalam labour room nanti. Tunggu punya tunggu punya tunggu, pukul 2 pagi baru masuk labour room sebab labour room penuh. Tunggu ada yang keluar dulu baru bleh masuk.
Masa bersalinkan Kakak Ayra, di HSB en abu temankan aku sepanjang di labour room sampai baby kluar. Kali nih di HTF, suami tak dibenarkan teman isteri. Sedih ja rasa. Kalau x disebabkan ketuban aku dah pecah, mmg aku ke HSB. Risau takut baby lemas sebab jauh gak nak ke HSB dari Perlis. Tapi kalau kutahu sampai waktu tu aku x bersalin lagi, memang aku ke HSB. Hmmmm xpalah, janji semuanya selamat. Dalam labour room sakit aku makin kerap. Pukul 5 pagi makin sakit. Doc cucuk ubat di punggung, x sure ubat apa. Tapi ubat utk cepatkan bukaan x sempat dicucuk pun. Doc check bukaan baru 4cm.
Makin menjelang subuh, aku makin sakit. Sakit yang tak tertahan. Sudahnya aku jerit panggil doktor coz takdak doktor yang temankan aku. Doc check bukaan baru 7cm tapi aku dah tak tertahan nak meneran. Terus sorang sister panggil doktor. 4 kali teran, alhamdulillah selamat lahir sorang khalifah Allah di muka bumi nih. pukul 7.30 pagi. Bukaan tak sempat 10cm pun. Kurang dari 15 jam, so baby tak perlu ke NICU. Lepas doktor potong tali pusat, trus dia bagi aku pegang baby. Sebak, gembira, perasan bercampur baur. Baby boy, ya baby boy. Alhamdulillah sepasang. Dan yang seronoknya, bersalin kali nih aku langsung tak berjahit. Syukur Ya Allah.
Lepas baby dimandikan, aku terus susukan baby. Pandai btol dia menghisap, dan alhamdulillah susu ada. baby boy, 3.5kg anugerah dan amanah dari Allah buat aku dan en abu.
Berjela nya entri nih. Stop dulu eh, next entri kita ceta bab yang menyedihkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)