Wednesday, November 30, 2005

TAKE A BREAK...

BLOG NIE AKAN DIBERHENTIKAN SEHINGGA KE SATU MASA YANG AKAN DIBERITAHU KELAK.....

Thursday, November 24, 2005

DALAM KENANGAN.....

Image hosted by Photobucket.com

ALL THE BEST TO ALL DEAR FRENZ.... SEMOGA SEGALANYA AKAN SENTIASA SEGAR DALAM INGATAN....

Friday, November 18, 2005

..::T.U.J.U.H::..

Pakcik, nih ciri-ciri tujuh aku... apesal ler ko tagged aku? ish..ish...penat mikir nih, sori aa kalau tak cukup tujuh benda yg disenaraikan.... bukan melarikan diri tau, tapi i've no idea... hope ko puas ati ekk ;-)

7 perkara yang aku nak buat sebelum mati
1. nak gi mekah (kalau boleh dlm usia muda nih)
2. for sure la kawin dan ada anak-anak yang comel seterusnya cucu, cicit, piut... ( insyaallah)
3. membina kehidupan yang cukup selesa dan sederhana bersama keluarga aku
4. nak gi oversea (tak termasuk mekah w'pun tu oversea)... memana ja tak kisah tapi kalau
boleh, aku nak gi paris (huhuhu, angan-angan tu)
5. aku nak buka butik sendiri ( jadi tauke tu)... agak2 korang, ada talent tak aku ni aaa??
6. pakcik, aku nak naik 'belon' jugak, mama cakap aku penah naik masa kecik tapi x ingat aaa...
x feel..
7. bayar semua utang2...PTPTN, KPM...dan lain2 lagi yg akan dtg kot-kot akan 'terutang'...

7 benda yg paling aku tak boleh buat
1. makan tauge dalam bihun/kueyteow/mee goreng... tapi kalau kerabu atau sayur tauge
semata-mata, leh plak aku makan ;-)
2. duduk dekat2 dgn org yg tgh isap rokok...aku alergik asap rokok maa...bleh sesak nafas..
3. sepahkan bilik coz aku rajin mengemas (hehehe, siap masuk bakul angkat sendiri tu)..kalau sepah pun, on the spot trus kemas...
4. biarkan je budak nangis.... mungkin sebab aku anak sulung dan sifat keibuan aku terlalu tinggi (rujuk ciri-ciri individu Julai kajian personaliti mengikut tarikh lahir Dr. Mohd Fadzilah
Kamsah)
5. cuit bebudak kecik kalau aku selisih dgn diorg kat mana-mana... paling kurang pun aku main mata dgn diorg (suka sangat dengan budak kecik)
6. bgn awal pagi melainkan ada keje nak buat...vitamin M banyak sgt...
7. pakai baju x bergosok melainkan terdesak sangat (baju-baju selain t-shirt aa)

7 perkara yang buat aku tertarik pada lelaki
1. tinggi dari aku...ciri utama nih tau... (pastikan ketinggiannya melebihi 173cm)
2. caring
3. pandai mengambil hati mama & papa... dan sudah semestinya mama n papa aku suka...
4. ikhlas dengan apa yang dia buat dan apa yang dia berikan... dapat lihat dari air muka dan cara dia melakukan sesuatu..
5. dapat tahan dengan perangai aku yang ada ON dan OFF nih ( thanx to him, hope we last
forever)
6. ada x-factor yang hanya aku sorang yang tau (aku taktau nak explain camana, so xyah susah
pikir ekk)
7. apa lagi??? yang pasti, aku akan tertarik pada apa yang aku suka...

7 perkataan yang selalu keluar dari mulut aku...
1. eh, sayang....( nih ler yang aku sebut kalau 'ter'latah)
2. astaghfirullah hal'azim (bukan nak tunjuk alim tau tapi betul nih...)
3. ye ker?
4. kenaper ekk?
5. Ooooo...ic
6. hmmmmm....
7. eh...eh...

7 selebriti yang aku minat dan pernah minat
1. Norman Hakim (aku suka cara dia membawa diri dan cara dia dengan family dia dan jugak ini
gelaran utk 'MAZG' masa dia kurus dulu, org cakap muka dia mcm muka norman hakim)
2. Mawi (jgn kutuk aa kalau x suka dia)...aku suka sebab dia sederhana dari segala
segi...personaliti dia biasa2 saja..
3. Fahrin Ahmad(hero Villa Cinta Daddy)...nih pun ala-ala macam norman hakim tapi kdg-kdg dia 'over' sket..
4. Rosyam Noor.... sweet kalau dia senyum..
5. Mohd Pierre Andre ( anak teruna Khatijah Tan aka hero Salon)...baru 2o thn tapi muka macam dah 27....
6. coming soon...
7. coming soon...

7 orang yg aku nak tag
1. iriena
2. yus
3. adik
4. sham
saper lagi ekkk?? hmmm.... tak terpikior plak...

hadoiii la, penatnya nak ngabihkan T.U.J.U.H nih...

Tuesday, November 08, 2005

SELAMAT HARI RAYA.....

Hiiiiii, lama tul aku x blogging kan. First n foremost aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin. aritu kelam-kabut balik kampung sampai x sempat nak tinggalkan mesej raya dlm blog. anyway thanx coz ada lagi member yg sudi menjenguk. nih pun, aku baru jer sampai kol 6.30 ptg tadi. thanx to him coz sudi antar aku dari kedah ke melaka dgn diiringi oleh 2 org my future sister in law. enjoy sangat perjalanan dgn diorg. tak rasa penat walaupun sebenarnya letih gilest.

raya, raya, raya.... raya tahun nih banyak ceta. yg paling hangat, raya tahun nih jadi pilihan skulmet2 aku nak tunang. 3 org dalam senarai. raya ketiga, ina n mie. raya ke-4, lina n wan. coming 19th, irina plak. congrats to all of u dear frens, aku doakan kebahagiaan korang. jgn lupa doakan aku sama yer.

adusss, musim ketupat dan rendang x abih lagi dah dtg musim peksa. tension tul aaa. lusa (9hb) dah start paper, distribution lak tu. apa satu pun aku x study lagi nih. thesis pun blom repair. mana dengan komitmen yang sedia ada nih, nak kena layan gak. wutever pun, harap2 aku dpt jalani segalanya dengan lancar dan baik. wish me luck yer.

oklah, rasa cam nak tido aa. sok nak round melaka plak. mlm nih nak gi round kayangan dulu la. okies, ZZZZZzzzzzzz........

Saturday, October 22, 2005

PSM DAH SELESAI....

PSM dah selesai dibentangkan
Tapi laporan akhir blom submit.

PSM dah selesai dibentangkan
Rumah sewa aku pun sunyi sepi.

PSM dah selesai dibentangkan
Ramai yang dah balik kampung.

PSM dah selesai dibentangkan
Aku rindukan mama, papa, adik2 kat kampung.

PSM dah selesai dibentangkan
Sepatutnya kepala otak aku dah ringan skit.

PSM dah selesai dibentangkan
Tapi kenapa aku masih serabut.

PSM dah selesai dibentangkan
Tapi kenapa aku rasa bosan.

PSM dah selesai dibentangkan
Tapi kenapa begini jadinya.

PSM dah selesai dibentangkan
Tapi apa masalah aku sebenarnya??

Saturday, October 15, 2005

THE POEM OF PINK....

Image hosted by Photobucket.com

Pink comes from the sky.
Pink hides in the wind.
Pink feels pretty and free.
Pink smells like strawberries and pretty roses.
Pink works as a pretty color.

Pink comes from roses.
Pink hides in a marker.
Pink feels soft.
Pink smells like a nice, new, pink crayon.
Pink works as a new crayon.

note : sempat lagik aku blogging ekk...sekadar untuk melepaskan tekanan PSM...

Saturday, October 08, 2005

RAMADHAN MODE....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT BERTERAWIH

Friday, September 23, 2005

AKU.....

Kat bawah nih dengan jelasnya menunjukkan situasi aku sekarang... Kejap-kejap

Studying kadang-kadang Reading kejap-kejap Nerd 1 . Dahtu kekadang kena plak macam

nih Studying . Dalam pada tu, aku kena jugak Sleeping In Class untuk cas balik tenaga.

Semuanya adalah untuk Graduation dan Family Portrait .....

Tuesday, September 20, 2005

C.I.N.T.A

Cinta..... Kadang-kadang ia membahagiakan. Kadang-kadang ia amat menyakitkan. Biasanya ia akan menjadikan kita tak keruan jika asyik memikirkan. Cinta. Ada apa dengan cinta? Sekali pandang cuma satu perkataan biasa. Ia membawa maksud yang berbeza mengikut pandangan pentafsirnya. Cinta terlalu subjektif. Ia akan menjadikan kita seorang yang aktif atau pun pasif. Setiap yang berlaku, mesti ada motif. Jika bahagia, hati akan tersenyum tanda gembira. Jika derita, hati akan menangis tanda duka. Susah nak ditafsir apakah CINTA sebenarnya.

Aku bahagia dengan cintaku. Kadang-kadang gaduh tu biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula manusia sesama manusia. Mungkin dengan ini, aku akan lebih mengenali dirinya dan di juga akan lebih mengenali diriku. Dengan ini juga aku dapat betulkan apa yang salah dan apa yang tidak kena. Cuba untuk memahami dan berharap agar difahami. Supaya masing-masing lebih tahu hati budi antara satu sama lain. Alhamdulillah, cinta kami diiringi doa restu dari kedua belah pihak. Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah. Peliharalah hubungan kami, berkatilah kami, Ya Allah. Aku amat menyayangi dirinya....

"Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya"

Friday, September 16, 2005

PSM II......

Hmmmm....mungkin ada yang tertanya-tanya, aper itu PSM II kan?? Itu adalah akronim daripada Projek Sarjana Muda II iaitu satu subjek yang wajib diambil oleh pelajar sarjana muda dalam melayakkan diri untuk mendapatkan segulung ijazah. Sebelum subjek nih, pelajar perlu lulus subjek PSM I dulu.

Alhamdulillah PSM I aku dah setel, dan sekarang disambung dengan PSM II. Tajuk projek aku " Analysis of Static Var Compensator (SVC) in Damping Power Oscillations : Single Machine Infinite Bus (SMIB) Power System using Power System CAD (PSCAD)". Faham tak kalau baca tajuk tu? Kalau yang dalam line Electrical Engineering (esp. Power System) mungkin faham.

Meh aku nak buat sinopsis projek aku tu skit. Aku kena design model SMIB dengan menggunakan PSCAD dalam 4 keadaan iaitu steady-state without SVC, steady-state with SVC, transient without SVC and transient with SVC. Dalam SMIB tu aku kena sambungkan SVC untuk membuatkan litar tersebut lebih efisyen. SMIB tu mcm model transmission line la. Kat Malaysia, kita tak pakai lagi SVC tu. Keempat-empat litar tu aku dah siapkan cuma nak analisis jer tapi semalam penyelia projek aku tambahkan lagi satu litar - 5 bus system supaya aku lebih nampak respon yang diberikan. Sama jugak dgn SMIB, kena design model 5 bus system tu dalam 4 keadaan yang aku sebutkan tadi dan jumlah semua litar aku kena buat = 8 litar.

Setakat nih, semua litar aku dah ok dan cuma tinggal nak analisis dan buat laporan akhir PSM. Boleh dikatakan dah hampir 50% dah siap dan mintak-mintak la aku sempat siapkan ikut dateline yang dah ditetapkan. Untuk kengkawan yang buat PSM II, aku wish korang all the best dan semoga kita dapat siapkan projek memasing dengan jayannya.....

p/s: buat yang ambik PSM I, jangan buat keje last minute...

Monday, September 12, 2005

BEAR OH BEAR.....

Image hosted by Photobucket.com

Sekarang aku ada kegilaan baru. Tu, kat atas tu. Hehehehe, cute dan comelkan. Nama diorang tu FOREVER FRIENDS BEAR. Dah ler bulat, montel, muka ala-ala malu-malu jer, siap dengan pipi merah (dah takyah pakai blusher). Suker sangat. Kalau ader yang perasan, bear nih selalu bergandingan dengan bunga kegemaran aku, apa lagi for sure BUNGA ROS.

Image hosted by Photobucket.com

Actually, there's something behind this kegilaan. Cuma yang tau ajer yang akan faham. Wutever it is, bear-bear FOREVER FRENZ nih memang cute sangat. Eeeeee geramnya....

p/s : Dalam favourite link aku ada website forever friends UK and some photo album 'bout the bears. So, check it out...

Saturday, September 10, 2005

TRAFFIC LIGHT....

Dalam entry kali nih, aku nak kongsi dengan korang tentang something yang berkaitan dengan telemovie yang aku tengok tadi. Maybe ada jugak yang tengok. Tajuk dia TRAFFIC LIGHT.
Dialog kat bawah nih ada dalam telemovie tu.

"Hidup ini umpama traffic light. Bila tiba masanya kita terpaksa berhenti. Sampai
waktu lain, kita boleh teruskan perjalanan. Oleh itu, hidup harus diteruskan."

Biasanya orang banyak kaitkan hidup ini dengan RODA. Yang dikatakan pada suatu masa kita berada di atas dan suatu masa yang lain, kita akan ke bawah. Segaln perumpamaan ini bagi aku, dibuat untuk dijadikan sebagai renungan kepada kita dalam meniti kehidupan yang banyak dugaan dan rintangan yang kadangkala menuntut sebuah pengorbanan. Renungkanlah......

Thursday, September 08, 2005

KEMBALI......

Haii....aku dah balik. Sampai petang tadi kol 6.45, bertolak dari jitra kol 10.30 pagi. On the way bas cuma berhenti kat Perkampungan Buah-buahan Tropika Bukit Gantang, tempat rehat kat highway. Baru kot tapi memang lawa tempat tu, khusus untuk jual buah-buahan tempatan. Kedai makan pun ada tapi tak banyak.

Sepanjang aku kat kampung, memang menikmati sepenuhnya segala yang ada kat sana. Balik pun satu semester sekali. Mama dah siap senarai resipi yang dia nak masak untuk aku sepanjang kat kampung. Ikan terubok bakar sumbat nyioq, udang goreng, ayam masak kicap berlada, gulai ketam, asam pedas ikan terubok. Pendek kata semua feveret aku mama buat. Laksa pun buat tapi aku yang buat. Licin...
Image hosted by Photobucket.com
Papa dukung Sumaiyah...

Aktiviti wajib sepanjang kat kampung apa lagi, main ngan bebudak ngasuh mama aa. Take over tugas mama jaga mus'ab, sumaiyah, mei-mei, ibtisam. Suka sangat melayan budak-budak nih, macam-macam karenah diorang. Kekadang sampai x kering gusi aku...
Image hosted by Photobucket.com
tengok ler gelagat ibtisam, mei-mei, mus'ab bila disuruh bergambar

Hmmm... dgn si dia, sempat jumpa dua kali. First masa dia singgah umah on the way balik kampung dari Ipoh. Saja gi ziarah sedara katanya. Aritu sempat dia merasa laksa hasil air tangan aku (bangganya, hehehehe). Siap bertambah-tambah. Second, kitorang kluar dinner. Memula nak gi kafe tempat dia selalu lepak ngan best fren dia tapi tutup plak. So, kena la cari tempat lain. Tak kisah la kat mana janji aku nak makan western food malam tu. Cari punya cari, dapat satu tempat. Boleh tahan la dia nyer chicken chop. Anyway, thanx dear-->'jgn pening-pening pikir pasal tu ok, kita setel sesama.'

Sekarang dah ada di bumi Melaka, so kena fikirkan apa yang patut aku buat kat sini. Concentrate. Especially, buah hati pengarang jantungku PSM. Bersambunglah episod aku dan PSMku...

Thursday, September 01, 2005

BALIK KAMPUNG.....

Yesss, masa yang ditunggu-tunggu dah tiba. Akhirnya cuti semester, maklumlah sem nih takde banyak cuti yang panjang-panjang yang membolehkan aku balik kampung. Mana taknya, kampung aku nun di utara semenanjung, jauh banget. Mau berakar bontot dok atas bas. Hehehehe, wutever pun memang best bila sampai time nih. Kali nih trip balik kampung aku 2nd last sebelum aku menamatkan pengajian (insyaAllah). Last sekali terus angkut sumer barang aa, pastu konvo plak baru kembali ke Bumi bersejarah nih. Mudah-mudahan aku dipanjangkan umur, dapat aku naik pentas masa konvo nanti.

Image hosted by Photobucket.com

Malam nih naik bas, VIP seat lagi. Doakan aku selamat sampai dan selamat kembali. Insyaallah next week aku kembali ke tanah Hang Tuah nih. Hmmmmm, bestnya dapat balik kampung. Dapat jumpa orang-orang tersayang, dapat makan masakan mama, dapat main dengan anak-anak ngasuh mama, dapat ngusik nana, dapat gi jejalan ngan si dia dan macam-macam ada kat sana. Pendek kata, memang cukup segalanya.

Wutever pun, yang ditinggalkan di sini tak dilupa. Apa yang ditinggalkan di sini, hanya sementara. Cuti, cuti jugak. PSM jangan lupa, masa depan tu. Oklah, nanti balik aku ceta program kat kampung ok. Jaga diri semua yang kat sini, aku sayang korang semua...

Wednesday, August 31, 2005

HARI MERDEKA KE-48....

Tahun nih merupakan kali kedua aku sambut merdeka kat KUTKM. Yang first masa aku tahun 2, masa tu student x ramai lagi so sambutan pun x meriah sangat. Lokasi sambutan ambang kemerdekaan KUTKM masih di tempat yang sama, Padang TTU. Malam nih memang happening giller, macam2 aktiviti yang diaturkan dari kol 8 malam rasanya. Tapi aku, wid dan hasnah cuma ke sana lepas kitorang makan malam lebih kurang dlm kol 11. Sempat la nak tengok beberapa performance dan countdown hari merdeka yang ke-48 nih. Memang terasa hangat sambutan kali nih. Yang paling best masa countdown disambut dengan laungan MERDEKA sebanyak tiga kali dan diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik sambil disulami dengan percikan bunga api. Memang happening habis. Takyah nak gi KLCC ke Dataran Merdeka ke.
Image hosted by Photobucket.com

view pentas utama....

Image hosted by Photobucket.com

semangat merdeka warga KUTKM...

Image hosted by Photobucket.com

bacaan sajak KERANAMU MALAYSIA oleh rektor

Image hosted by Photobucket.com

wid, hasnah, myself....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-48, semoga bumi kita akan sifar penjajah dari segi mental, fizikal dan budaya...

Monday, August 29, 2005

KENAPA........

Kenapa orang kata pasangan sulung sama sulung susah nak kekal? Kenapa orang kata pasangan sulung sama sulung nih 'panas'? Kenapa bongsu dan bongsu pulak 'sejuk'? Kenapa tempoh sesuatu hubungan tu dikatakan bukan penentu jodoh itu kekal atau tidak? Kenapa susah seseorang nak memahami seseorang yang lain? Kenapa mesti setiap pasangan bergaduh? Kenapa mesti ada yang tak kena? Kenapa 'lidah kena gigit dgn gigi'? Kenapa kepala mesti sakit kalau banyak sangat memikirkan masalah? Kenapa kehidupan perlu disulami dengan pelbagai masalah? Kenapa mesti aku timbulkan semua persoalan 'kenapa' nih? Kenapa terlalu banyak 'kenapa' nih? Kusut laaaa.....serabut....Astaghfirullah hala'zim....

Friday, August 26, 2005

KENALI PERSONALITI LELAKI...

As I promise, nih entry bagaimana untuk kenali personaliti lelaki. First & foremost korang kena tau burfday si dia atau kawan lelaki korang pastu tukar tarikh masihi tu kepada tarikh hijrah. Kat bawah nih aku dah sediakan converter tarikh masihi ke hijrah. Selamat membaca. Semuanya sekadar panduan tapi jangan terlalu berharap atau percaya..


Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.

Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'ban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keluru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Wednesday, August 24, 2005

KENALI PERSONALITI WANITA....

Sekarang nih aku teruja sangat dengan something yang related tentang bagaimana untuk mengenali personaliti seseorang. Tak kisah ler berdasarkan apa cara sekali pun. Last entry aku ader masukkan tentang graphology iaitu mengenali peribadi sesesorang berdasarkan tulisannya. Dalam entry nih plak aku khususkan bagaimana untuk mengenali personaliti wanita berdasarkan simbol alam seperti tanah, api, air dan angin yang diklasifikasikan mengikut zodiak tarikh lahir mereka. Yang penting korang cuma perlu tau tarikh lahir dan juga zodiak girl yang korang nak tgk personaliti tu. So, check it out....

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
Taurus(21 April-20Mei),
Virgo(24Ogos-23 September) dan
Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang
Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan
Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(22 Mei-21 Jun),
Libra(24 September-23 Oktober) dan
Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer(22 Jun-23 Julai),
Scorpio(24 Oktober-22 November) dan
Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. "

Macam mana? Dah tau personaliti kawan pempuan korang atau awek korang? By the way, ini cuma ramalan dan x semestinya 100% tepat. Ermmmm....maybe akan ada yang kata aku bias sebab just masukkan entry tentang wanita. Insyaallah aku cuba masukkan bagaimana untuk mengenali personaliti lelaki plak. So, tunggu yer....

Akunyer bulan lahir ---> 3x5+6-1+1x4/12=ketam :)

Saturday, August 20, 2005

PINK HELLO KITTY LAPTOP...

Hehehehe... Dapat lagik satu subjek best yang boleh dijadikan entry dalam blog aku. Satu benda yang sememangnya menjadi kegilaan aku dulu, kini dan selamanya. Pink Hello Kitty Laptop, itu ler bendanya. Aku terjumpa page yang story-mory the morning glory how to make such pinky thing. Sebelum nih aku cuma penah tengok laptop yang Reese Weetherspoon pakai dalam Legally Blonde jer yang pink kaler. Tetiba malam nih terjumpa lagik yang lain. Actually, laptop tu takde dijual di pasaran tapi boleh dibuat sendiri. Klik kat sini kalau nak tengok camana nak buat laptop pink nih.

Image hosted by Photobucket.com

Feeewiiitttt, cutenyer. Sekali pandang macam laptop mainan bebudak jer kan? tapi nih real tau.

GRAPHOLOGY....

Tadi baru jer aku tulis dalam tagboard yang aku takde idea. Arini boleh dikategorikan sebagai paling boring, sambil2 dok surf internet, aku terjumpa satu kajian atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai graphology (kajian tulisan) yang dibuat oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Meh aku syer ngan korang. Cuba go thru entry nih pastu tengok samada kajian nih menepati personaliti atau peribadi korang.

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
* Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
* Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat (Semua huruf ditulis dengan bulat)
* Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper (Tulisan yang angular dan sharp )
* Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
* Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah,suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
* Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
* Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
* Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
* Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
* Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
* Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
* Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
* Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
* Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
* Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Tulisan aku = kecik2 + bulat2 + tegak2...
So, dah teliti tulisan memasing? Sama tak kajian nih ngan personaliti korang? Rasanya 90-100% hampir tepat kan?

Friday, August 19, 2005

TETIBA JER...

Tetiba jer, aku teringat kan lagu nih... kenaper ekkk??? Lagu nyanyian kumpulan nasyid In Team...

DOA SEORANG KEKASIH...

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Tuesday, August 16, 2005

KIMONO.....

Zaman sekarang macam-macam fesyen ada. Bak kata pakcik Astro 'MACAM-MACAM ADA". Ada fesyen kurang kain, ada fesyen terlebih kain, ada fesyen macam nih, ada fesyen macam tu. Sebelum nih, musim baju kebaya yang disuaipadankan dengan jeans (macam aku pakai gi kenduri Pn Hamimi tu). Bukan sahaja untuk majlis formal jika dipakai dengan kain batik malah boleh dijadikan pakaian kasual. Sekarang datang pulak musim baru. Kimono, merupakan pakaian tradisional masyarakat jepun. Dalam pasaran tempatan, dah ada jual kimono dengan harga yang amat berpatutan. Ni bukan kimono yang labuh ke kaki atau yang kena pakai bengkung kat pinggang pastu jalan pun terkedek-kedek dengan terompah kayu tu (teringat ceta OSHIN). Actually kimono nie dah diubahsuai supaya sesuai dengan cuaca dan keadaan di sini. Material yang digunakan adalah kain kapas, berlainan sekali dengan kimono original dari kain sutera yang tebal berharga ratusan malahan ribuan ringgit.

Aku sendiri tak terlepas dari tempias fesyen kimono nie. Aku ada 2 helai ( mcm gambar kat bawah). Kimono nie boleh dipakai dengan jeans, memudahkan pergerakan dan takdela nak jln terkedek-kedek lagi.

Image hosted by Photobucket.com

model tanpa kepala - kimono paras lutut hijau pucuk pisang...

Image hosted by Photobucket.com

model bercuti - kimono paras punggung hitam bunga merah+kuning..

Pada pandangan aku, aku amat setuju jika pakaian tradisional nie disuaipadankan dengan zaman sekarang. Supaya generasi muda tak lupa tradisi sendiri dan sekurang-kurangnya pelancong asing pun dapat mengenali budaya sesuatu negara. Dan tak salah jugak kalau tradisi dikongsi asalkan tidak menyalahi undang-undang agama dan negara.

ralat : Entry kali nih ayat sopan ler plak. Latar belakang untuk gambar kedua adalah karpet dalam bilik aku..

Sunday, August 14, 2005

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Weekend nih aku x ke mana, juz stay kat rumah. Memula ingat nak gi KL nak survey baju n brg2 utk ber****** tapi memandangkan keadaan darurat jerebu, terpaksa aku cancelkan plan tu. Last thursday dah gi tangkak, dapat ler barang skit. Start hari jumaat kena plak roomate aku blk kampung, bilik kat tingkat atas nih tinggal aku sorang jer. Yang lain sumer ader aktiviti memasing, ptg nih baru diorg balik. dahler buah hati aku x ok lagi, nih pun pakai pc wid (mentang dia balik kg, pc nih aku yang punya, hehehehehe).

Haaaa, arini baru aku ader aktiviti best. Pegi kenduri kawin ex-tutor elektronik, Pn Hamimi Fadziati & suami kat Telok Mas. Kitorang gi 2 buah keta dari Ayer Keroh, sampai sana ader sebuah keta lagi sedia menanti. Arini aku dressing kebaya pink+jeans hijau army+tudung pink+high heel pink=(ratu pink).

Image hosted by Photobucket.com

aku dgn kebaya pink ku...

Sampai rumah pengantin, hujan renyai2 menyambut kami. Pengantin mengenakan persalinan serba hijau pucuk pisang (memang sesuai sebab kedua pengantin berkulit cerah). Pelamin dan meja makan beradab pun hijau. Cantik dan ceria.

Image hosted by Photobucket.com

bagai pinang dibelah dua...

Selesai mengisi perut, kitorang berjumpa dengan pengantin. Ucap tahniah, bersalaman dan ada jugak yang bertanyakan berbagai soalan. Lepas tu, Pn Hamimi mempelawa kami bergambar bersama dia dan suami di pelamin. Apa lagi, pucuk dicita, ulam mendatang.

Image hosted by Photobucket.com

bergambar kenangan di pelamin raja sehari...

SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN KEPADA PN HAMIMI FADZIATI & EN.AMIR FADZLIM. TERIMA KASIH DI ATAS UNDANGAN DAN CENDERAHATI YANG DIBERIKAN. DIDOAKAN SEMOGA KALIAN BERDUA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT. AMIN...

p/s : klik sini untuk tengok banyak gambar lagi...

Friday, August 12, 2005

ABU ZAR....

Abu Zar al-Ghifari (meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masehi) : Seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliaulah daripada orang-orang yang mengharamkan arak dan judi pada masa jahiliah dan daripada mereka yang tidak menyembah berhala. Beliau masyhur dengan sifat ketakwaannya dan hidup dalam keadaan susah. Beliau telah menggalakkan orang-orang fakir supaya berkerja dengan orang-orang kaya. Beliau telah menyertai dalam pembukaan kota Baitulmaqdis bersama dengan Omar bin al-Khattab. Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenainya yang bermaksud: "Allah merahmati Abu Zar yang mana beliau hidup berseorangan, mati berseorangan dan akan dibangkitkan dengan berseorangan".

~~u've got the same name wif him dear, so hope u'll also act like him~~
~~Juz wrote somethin bout him coz i missed u very much. ~~

Tuesday, August 09, 2005

BEAUTY OF A WOMAN...

Actually, entry nih sumbernya aku dapat dari e-mail yang dihantar oleh salah sorang sahabat aku. Aku suka baca...

~~ Beauty of a Woman ~~

The beauty of a woman is not in the clothes she wears,
The figure she carries, or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen from her eyes,
Because that is the doorway to her heart,
The place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives,
The passion that she shows.
The beauty of a woman
With time, only grows..

Monday, August 08, 2005

SUKAN ANTARA FAKULTI (SAF)...

Semester nih kitorang aktif melampau. Dah sem last baru nak gigih, apsal dulu2 kiter x aktif cam nih ek? Lepas pesta konvo, main netball lagi. Kali nih untuk inter-faculty. Tapi memang best aarr, enjoy abis. Dalam banyak2 yg main tu rasanya kitorg jer yang veteran, yang lain sumer putik2 jagung lagik. Semangat kefakultian kitorang kuat, mana taknya siap pakai baju kaler oren lagi (sama kaler ngan bangunan fakulti Kej. Elektrik kat Kampus Durian Tunggal).

Image hosted by Photobucket.com

nih ler team FKE yang bersemangat dr segi pemain dan jugak para penyokongnya. cayalah FKE!!!
Game kali nih lain skit sebab kitorg just main 4 org satu team, main half-court. Sebabnya ada satu keter kancil biru *AT **49 parking kat situ, tuan keter tu takde so takleh ubahkan keter tu. Actually court netball yang kitorg main semlm kat depan hostel pangsapuri (hostel pempuan). First time aku main netball camnih (half-court). Memula tuh, confuse gak dgn rules dier tapi dah lelama ok aa... Penat giler sebab sesapa jadi GS kena jadi GK, sapa jadi GK kena jadi GS, WA jadi WD, WD jadi WA, GA jadi GD, GD jadi GA. Means, kena main non-stop aa..

Main punya main, kitorg dapt naib johan. semua game menang cuma dgn Fakulti Kej. Elektronik & Komputer jer kitorg kalah. Itupun kitorg puas ati sebab diorg memang terror (maklumlah player kolej). Yang paling best kitorg dpt gol 42 masa lawan dgn FK*. Sumer hadiah sama jer, beg KUTKM. Bezanya ada tulis johan, naib johan atau tmpt ke-3 jer. Tak kisahlah, yang penting semangat kesukanan dan semangat berpasukan tu yang patut diutamakan.

Hmmm...main punya main, game last aku injured. Kaki aku terseliuh, ala-ala Kefli bunyinya 'praap'. Urat merah, buku lali bengkak. So, arini aku x gi kelas Prof Marizan (sistem pengagihan). Maaf yer prof, sumernye demi FKE. Nanti dah ok, saya msk kelas prof.

Image hosted by Photobucket.com

nih ler kaki yang injured tu, siap dibandage. hmmm, nak tunjuk sandal pink ke tu??

p/s : naz, thanx a lot dik. Maju suka untuk FKE!!!
nak tengok banyak gambar lagi, klik sini

Sunday, August 07, 2005

..::WORLD::..
BELIA BENCI DADAH!!!

Friday, August 05, 2005

DR ALITA OH DR ALITA....

Arinih last day utk Dr Ir Alita Dewi ( x-lecturer electrical machine & power system analysis aku) berada di bumi Malaysia. Actually dia nih muda lagik n still single but dah ader title Dr n Ir. Dia dah tamat kontrak selama 3 thn mengajar kat sini dan ada pihak2 berwajib tak menyambungkan kontrak dia. Mlm nih sumer bebudak pempuan kls aku gi rumah dr alita. Kitorg borak dari kol 10.45 sampai kol 12. Sambung plak sesi tangkap-menangkap gambar. Rasa sedih plak, sebab maybe aku agak close ngan dia especially sem nih n sem lepas coz selalu temankan wid jumpa dia discuss pasal PSM. Thanx a lot for everything that u gave us. We'll appreciate wutever u've done before, semoga doa Dr nak tgk kitorg sukses akan dimakbulkan oleh Allah. Doa kami semoga Dr selamat sampai ke jakarta dan all the best in ur future. Itu jer buah tangan yang sempat kami beri dalam keadaan kelam-kabut, wutever pun hope u forget us not!!! We Love You Very Much!!!


Image hosted by Photobucket.com

Dr Alita Dewi, orgnyer simple tapi berisi. Thanx for everything Dr.

P/S: Sebelum ke rumah Dr Alita, ke JJ Ayer Keroh dulu, beli somethin' for her. Sebelum tu pulak, kitorg dari rumah kiyai n the gang coz diorg buat majlis tahlil dan doa selamat (katanya ada budak rumah tu psg niat). Thanx utk nasi goreng+karipap+kek pisang+air sirap. Semoga kita semua diberkati olehNya.....

Wednesday, August 03, 2005

BUAH HATI AKU SAKIT.....

Sedihnyer, 'buah hati' aku sakit. Dalam 2,3 minggu lepas lagi memang dah poblem skit2. Biler nak ON jer dier suh press F1 la, press enter la. Rasanya salah aku gak, aku terdelete file system masa aku delete file atau program yang aku dah x pakai dalam dier. Semalam dier makin teruk, siap suh insert boot disk dan takleh nak ON langsung.

Aku sayang sangat kat dier, w'pun dier slow, lambat, lembab dan sewaktu dengannya, dierlah yang banyak tolong aku start dari aku mula blajar kat sini. hampir 4 thn aku bersama dengan dier. W'pun dier cuma mempunyai processor PENTIUM III 450MHz, aku cukup berbangga dengan laptop aku yang satu nih. RAM dier aku dah tambah, laju ler skit. W'pun x selaju org lain. Sekarang nih ejam merangkap bf roomate aku tengah tengokkan 'buah hati' aku tu. Aku doakan semoga dier cepat sembuh. Yang paling penting, banyak gambar2 dari aku semester lepas ada dlm tu termasuk software PSM aku. Sayang, semoga cepat sembuh yer...

Saturday, July 30, 2005

PESTA KONVO.....

Semalam ader game netball, kls aku buat team. Sajer suker2. Peringkat awal, mmg aku puas ati sgt coz kitorg berjaya jadi johan kumpulan (sesuai dgn nama team POWER PUFF GIRLS). Ptgnyer, dpt masuk quarter-final tapi mungkin rezeki tak menyebelahi kitorang. Perjuangan selesai di situ sajer. Btw, kitorg kalah tipis sgt 5-6, itupun sebab satu gol kitorg x dikira. Wutever, thanx to all the team members coz dah tinggalkan satu kenangan manis utk kls kiter...

Sebelum game quarter tuh, aku sempat gak jejln kat pesta konvo tuh.Tgk2 gerai aper yang ader. Macam2 ader (sebut macam pakcik astro tau!!). ada gerai streamyx, hotlink, EON (siap bleh test drive keter), PERODUA, nestle, agromas, butik2 dll. Lepas game, aku join member tgk sukaneka. Congrats utk CEKADAK coz dpt no.3 lari dlm guni.

On the way nak blk, tersinggah kat parking lot Dataran Sejarah. Kat situ ader demonstrasi motosikal2 cute (nama yang aku reka sendiri). Diorg set kan tempat tu jadi mcm litar lumba. Perrghhhhh, bergaya abis adik2 tu bawak moto. kalah pelumba pro. Nak tgk gambar diorg? Klik motor-motor cute.

Friday, July 29, 2005

FORUM PERDANA.....

28hb julai start Pesta Konvokesyen Pertama KUTKM. Tahniah untuk member-member yang akan grad esok (30 Julai). Malam tadi ada rakaman Forum Perdana Ehwal Islam. Dua tajuk sekali dirakamkan, dah ler start hampir kol 10. abihnyer hampir kol 1 pagi. wutever, memang tajuk dan panel-panel yang dibwa semalam best2. tak sempat nak rasa ngantuk pun.

Tajuk pertama : MASIHKAH KAU INGAT (gambar bawah kiri)
Panel :
1. Ustaz Dato' Haji Kamaruddin (imam besar masjid negara)
2. Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah
3. Ustazah Siti Bahyah

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Tajuk kedua : ANTARA KERINGAT DAN AIRMATA (gambar atas kanan)
Panel :
1. -sda-
2. -sda-
3. Dr. Sharifah Norhayati.

Image hosted by Photobucket.com
Fisrt topic, MC yang kat bawah tersilap sebut. ada ker KUTKM disebutnya Kolej Universiti "Teknologi" Kebangsaan Malaysia. Hmmmm, Teknikal laarrr bukan Teknologi. Masa topik kedua tu, gerimis mengundang. tapi alhamdulillah kejap jerkk. By the way, ada certain2 part kat topik nih, very the very touching. Teringat kat mama & papa kat kampung. Sebagai halwa telinga malam tadi, kumpulan Now See Heart nyanyi lagu Baiti Jannati dan Damai.

Image hosted by Photobucket.com

nak tengok banyak gambar lagi? Klik forum perdana.

Thursday, July 28, 2005

ALHAMDULILLAH.....

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadratNya kerana masih dapt menikmati keindahan hari ini. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Allah sentiasa menduga setiap insan yang Dia sayangi. Dengan ini, mereka semua akan sentiasa memohon agar diberkati.

Ada masalah ada penyelesaian. Cuma tempohnya tidak sama untuk satu-satu masalah itu diselesaikan. Berkat kesabaran dan keikhlasan akan mendatangkan hasil yang di luar jangkaan. Semua ini perlu diterapkan untuk mengekalkan sesuatu hubungan.

Lain orang lain caranya. Makhluk Allah tiada yang sempurna.Terima kasih s***** kerana masih menerima seadanya. Semoga setiap impian dan harapan akan menjadi nyata. Insyaallah, berkat doa bersama akan mendapat keredhaan dariNya.

Wednesday, July 27, 2005

SELALUNYA......

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.....
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkeliru.....
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.....
Selalunya orang yang kita sayang, selalu membuatkan tahap kesabaran kita menipis.....
Dan
Selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan ianya hadir bila diperlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan.....

Timbul satu persoalan dalam benak fikiran aku. Setakat mana betulnya kenyataan yang aku perolehi nie.....?

KENAPA MESTI....?

Kenapa mesti hati ini dilukai.....? Kenapa mesti jiwa ini disakiti....? Kenapa tidak difahami diri ini.....? Kenapa mesti tidak serasi.....? Kenapa mesti tiada ketetapan diri....? Kenapa mesti dibiar seorang diri.....? Kenapa mesti ditimbulkan kembali....? Kenapa mesti dari dulu tidak terjadi.....? Kenapa mesti perkara sebegini terjadi.....? Kenapa mesti jadi begini.....?
Aaahhhhh..... terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab..... Kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa????? Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah hambaMu ini dan berilah kekuatan untukku menerima dugaanMu ini Ya Allah.... Amin Ya Rabbal A'lamin.....

Tuesday, July 26, 2005

NETBOL + 1ST CONVO......

Kalau dicampur, tolak, darab dan bahagi dah hampir tiga ari aku x update blog nih... takde citer best laa...semlm ada citer tapi aku plak yang takde tenaga... lepas jer solat maghrib, trus flat. tertido sampai kol 10...sumer nih gara2 netball yang dah sekian lama aku tinggalkan...plus minus 7 thn aa. kalau nak diikutkan dah takde skil, maklumlah dah lamer sgt ditinggalkan...netball nih pun dah merajuk ngan aku agaknyer...disebabkan oleh member2 yang bersungguh2 dah hepi sgt nak main (apsal dari dulu kita x main aa? dah berkarat baru nak main)...ptg nih pun main lagi, sampai masing2 dah mcm berkubang dalam lecak..
Wutever, aku tabik spring ngan korang ber8 yang sanggup buat apa saja asalkan kita dpt wakil kls...actually, skrg aku takleh letih sgt...semenjak aku kena asth** nih...mlm tadi pun susah nak tido, s***k n***s dan batuk...takper, sumer ini utk member2 aku...kita cuba BEYOND OUR LIMIT, ok...geng, pantang mengalah sebelum berjuang (cewahhhh, kata2 semangat tu!!)...
Utk sumer warga 4 BEKP 2, dtglah bagi sokongan... POWER PUFF GIRLS!!!!!

Saturday, July 23, 2005

HOMESICK....

arini xde xtvt menarik... wid pun blk kg, seharian aku layan AF3...dari satu diari ke satu diari, tgk plak tirai AF3... whatever yang aku buat arini... aku still HOMESICK...mama & papa, long rindu...

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

kiri : sumber inspirasiku aku, mama & papa

kanan : mama & nana (adik bongsu aku)

miss u all very muchhhh.........

Friday, July 22, 2005

A POEM FROM ME TO YOU....

Image hosted by Photobucket.com

Sitting in my bedroom,
Not knowing what to do,
So, I decided to write down all my feelings,
And make it a poem- from me to you.

'Cause when I'm with you,
I never feel any pain,
All I have to do is see your smile,
And then I'm happy again.

I don't see you every day,
But that's the way it's gotta be.
Just knowing you are there
Is good enough for me.

You've hugged me when I'm ill,
You've hugged me when I've cried,
You've helped me through the hardest times,
Without even a sigh.

You're always on my mind,
No matter what I do,
Wherever I go,
Whatever I see...
It always leads back to you.

I hope you have enjoyed reading
This poem I wrote for you.
I know it sounds cheesy,
But I will always and truly love you.

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, July 21, 2005

Kat bawah nih love test yang aku buat dari web Tickle... dapat dari blog pakcik... yang brain test tu aku dah buat, balanced... so, apa komen korang tentang result love test aku??

Rosfariedzah, when you're head over heels, you are an Essential Companion

You respect and value the people in your life, but you also make your romantic relationships a top priority. You are not typically the type to try to impress others with fancy romantic gestures. Nor are you someone who obsesses over your appearance. If that special someone is willing to take you as you are, you will happily do the same for them. And if they're not, chances are you should keep on following your heart to a new love for your life — one that might be right around the corner.

JURU**** SEBAGAI SATU PROFESION....

- jangan jadi pembaca berita
- cut and paste jer
- next slide.... terus kesimpulan
- ada title pun sign tak laku
- juru**** wanita vs juru**** lelaki
- juru**** jadi petani moden

Monday, July 18, 2005

ROS.....

Kasihku tersenyum
Bagaikan bunga
Mengisyaratkan cinta
Dengan airmata
Kasihku tertawa
Dan bergurau senda
Kerlingan matanya
Pun menikam sukma oh Ros

Cinta pun bersemi
Tak mampu ku hindari
Mekar dan mewangi
Menghalau sepi
Aku pun kerinduan
Menggununglah harapan
Agar berpanjangan
Bersamamu puan oh Ros

Bila tak bertemu
Fikiranku terbuntu
Rebahlah aku
Terkulai dan lesu
Di saat bersua
Sesama bercanda
Ada-ada saja
Bahan bercerita oh Ros
Kasihku cemburu
Menambat hatiku
Aku pun setuju
Biarlah begitu

Walaupun beribu
Yang datang merayu
Cintaku hanya satu
Subur segar di hatiku
Oh Ros...

lagu nih nyanyian sohaimi mior hassan, dalam tahun 80-an kot ( x sure sgt)...aku tau kewujudan lagu nih lepas tengok promo album 'awek cun' yang memuatkan lagu-lagu yang menggunakan judul nama seorang perempuan.. sesuai dengan aku dan blog aku... ROS...

Sunday, July 17, 2005

PINKY WEDDING....

fuhhh...penat seh, seharian aku drive..dari melaka ke seremban, pusing2 seremban, seremban balik melaka...mlm plak ke tesco, jonker walk, minum2 kat medan A.K pastu blk....

citernyer camnih, semlm 16 julai merangkap ulangtahun keputerian aku adalah bersamaan dengan hari perkahwinan member baik aku masa sekolah. so, nak gi sana takde transport. aku ambik keputusan nak sewa keter. dapat kancil merah MAX 7511, separuh ari RM50 dari 10 pg ke 10 mlm tp brader tu antar dr kol 12 tgh mlm lagi...sporting aa brader tu. takper, muka nampak cam dak baik jerkk...

Selamat Pengantin Baru Suhaila & suami... yang best gilernyer dan buat aku x senang duduk, 100% pink dari persalinan pengantin, pelain, khemah, hantaran dan tempat makan beradab. nih dah kira mencabar tahap 'kePINKan' aku nih...takper, takper...tengoklah biler sampai masa aku nanti..hehehhe...nah untuk tatapan korang Majlis Perkahwinan yang PINKY abih...

Image hosted by Photobucket.com
ketibaan pengantin lelaki...

Image hosted by Photobucket.com
bersanding di persada raja sehari...

Image hosted by Photobucket.com
gerbang perkahwinan...

Image hosted by Photobucket.com
hantaran PINK....

Image hosted by Photobucket.com
makan bersuap...

Image hosted by Photobucket.com
who's next???

Image hosted by Photobucket.com
hmmmmm...... :-)

p/s : Ella, biler start minat PINK nih...sekolah dulu rasanya tak kan? anyway, wish u both congratulation n semoga berkekalan ke akhir hayat...

Saturday, July 16, 2005

HEPI BESDAY TO ME!!!!

Image hosted by Photobucket.com


hepi besday to me.....hepi besday to me...hepi besday to me.....hepi besday to me....genaplah 24 tahun ulangtahun keputerian aku....bertambah lagi usiaku... semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.... kek kat atas tu pilihan aku, ada sesapa nak sponsor???

bebudak rumah aku jahat....diorg simbah aku dengan air campuran apa ntah...resipi baru kot, ada telur, tepung, air, kicap, milo...macam2 ada... memang melampau...takper, takpe....tunggu laarrrr...... tunggu aku jadi incredible hulk!!!!

anyway thanz to kengkawan yang tak lupa besday aku....thanz a lot dear friend... animation kat bawah nih aku dedicate kan spesel untuk korang...

Image hosted by Photobucket.com

Friday, July 15, 2005

POSING....JANGAN TAK POSING....

arini kelas ptg jer, tutorial High Voltage...sebelum masuk kls, sempat posing kat depan lab...almaklumlah, lab fisrt kitorg tunggu tu kat level 3 so view dari situ mmg lawa aa.... padahal yang sebenarnya lab tu kat ground floor jerk...hehehe...takpe, senaman kaki...lagipun baru sethn jagung kat kampus induk nih...x sempat nak jelajah abih sumer tempat lagi... yang ada cuma sebahagian dr dak pempuan klas aku...

Image hosted by Photobucket.com


L-R : aku, yus, ira, cheedah, feeda, McJaa, muni, wid, hasnah, kak zu... tgk lerr sape paling tinggi... c,")

Thursday, July 14, 2005

DAH LETIH.......

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com
P/S : maaf, aku tak minta jadi begini.... dalam roses circle tu ada tulis "FRIENDSHIP IS CONTINUOUS".....

Wednesday, July 13, 2005

HATI MENANGIS SIAPA TAHU...?????

Arini kembali...semangat aku arini tiba-tiba lemah, hati hancur luluh...kenapa begini jadinya??? arini bumi menangis seumpama mengerti hati dan perasaan aku...sori ekk, arini aku sentimental skit....sekadar melepaskan rasa hati...kepada yang mengerti, tima kasih aku ucapkan....






Image hosted by Photobucket.com

Bumi menangis menemani hatiku yang menangis.....


nih plak lirik lagu yang aku jumpa kat internet, yang aku rasa dapat menggambarkan perasaan aku sekarang.... lagu nih nyanyian rozita izlyn, aku pun taktau melodinya...


Aku Keliru Maksud Hati Mu


Bukan melayan perasaan
Tapi cuma terkenang
Ke mana kaki melangkah ada halangan
Walau tiada airmata
Yang mengalir di pipi
Hati menangis tak siapa tahu

Jika ku turutkan hati
Pasti tidak di sini
Sudah lama aku pergi membawa diri
Untuk apaku berundur
Menunjukkan ku kalah
Biarlah masa tentukan segala

( korus )
Apa yang menjadi ukuranmu
Apa yang engkau mahu dari ku katakanlah
Usah biarkan ku tertanya
Tanpa satu jawapan
Dan bukan menyebabkan
Aku keliru
Tak dapat ku tafsirkan
Apa difikiran mu
Tiada ketenangan ku temui

( ulang korus )

Bukan melayan perasaan
Tapi cuma terkenang
Ke mana kaki melangkah ada halangan
Walau tiada airmata
Yang mengalir di pipi
Hati menangis tak siapa tahu
Hati menangis tak siapa tahu...
P/s : adakah aku bersalah? mengapa mesti begini jadinya...adakah kau lupa, segala kenangan yang dicipta bersama....?????

Tuesday, July 12, 2005

SEMALAM TINGGAL KENANGAN.... HARI INI ADALAH KENYATAAN...ESOK MENJADI HARAPAN...

fuhhh....nasib baik arini x jadi mcm semalam....ok banyak aa dari semalam...takyah nak tunggu2 berjam-jam....arini aku ambik kesempatan mengabadikan gambar kampus tetap kolej kebanggaan aku....KUTKM, yang baru siap 2 blok fakulti iaitu fakulti kej. elektrik dan fekulti kej. elektronik & komputer....itupun pakai henset kamera, kamera real x bawak...sebab tu gambar blur skit...

Image hosted by Photobucket.com

nih blok fakulti aku, fakulti kejuruteraan elektrik....orange lagi, macam geng zahid AF3 plak...yang depan tu blok pejabat pentadbiran...

Image hosted by Photobucket.com

yang nih blok fakulti kej. elektronik & komputer...kaler diorg biru...yang depan tu bas kolej kitorg...

Image hosted by Photobucket.com

yang sebelah kiri nampak bumbung kelabu tu bangunan kafeteria...tengah2 antara FKE ngan FKEKK...yang biru sebelah kanan tu FKEKK....nih aku ambik dari tingkat 3 blok makmal FKE....

itu je la yang baru siap...yang lain, cerucuk pun x pacak lagi...apa pun, sempat gak aku merasa blajar kat kampus tetap KUTKM walaupun berbagai rintangan dan dugaan yang aku kena hadapi....
Related Posts with Thumbnails