Tuesday, August 16, 2005

KIMONO.....

Zaman sekarang macam-macam fesyen ada. Bak kata pakcik Astro 'MACAM-MACAM ADA". Ada fesyen kurang kain, ada fesyen terlebih kain, ada fesyen macam nih, ada fesyen macam tu. Sebelum nih, musim baju kebaya yang disuaipadankan dengan jeans (macam aku pakai gi kenduri Pn Hamimi tu). Bukan sahaja untuk majlis formal jika dipakai dengan kain batik malah boleh dijadikan pakaian kasual. Sekarang datang pulak musim baru. Kimono, merupakan pakaian tradisional masyarakat jepun. Dalam pasaran tempatan, dah ada jual kimono dengan harga yang amat berpatutan. Ni bukan kimono yang labuh ke kaki atau yang kena pakai bengkung kat pinggang pastu jalan pun terkedek-kedek dengan terompah kayu tu (teringat ceta OSHIN). Actually kimono nie dah diubahsuai supaya sesuai dengan cuaca dan keadaan di sini. Material yang digunakan adalah kain kapas, berlainan sekali dengan kimono original dari kain sutera yang tebal berharga ratusan malahan ribuan ringgit.

Aku sendiri tak terlepas dari tempias fesyen kimono nie. Aku ada 2 helai ( mcm gambar kat bawah). Kimono nie boleh dipakai dengan jeans, memudahkan pergerakan dan takdela nak jln terkedek-kedek lagi.

Image hosted by Photobucket.com

model tanpa kepala - kimono paras lutut hijau pucuk pisang...

Image hosted by Photobucket.com

model bercuti - kimono paras punggung hitam bunga merah+kuning..

Pada pandangan aku, aku amat setuju jika pakaian tradisional nie disuaipadankan dengan zaman sekarang. Supaya generasi muda tak lupa tradisi sendiri dan sekurang-kurangnya pelancong asing pun dapat mengenali budaya sesuatu negara. Dan tak salah jugak kalau tradisi dikongsi asalkan tidak menyalahi undang-undang agama dan negara.

ralat : Entry kali nih ayat sopan ler plak. Latar belakang untuk gambar kedua adalah karpet dalam bilik aku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails