Sunday, August 14, 2005

SELAMAT PENGANTIN BARU....

Weekend nih aku x ke mana, juz stay kat rumah. Memula ingat nak gi KL nak survey baju n brg2 utk ber****** tapi memandangkan keadaan darurat jerebu, terpaksa aku cancelkan plan tu. Last thursday dah gi tangkak, dapat ler barang skit. Start hari jumaat kena plak roomate aku blk kampung, bilik kat tingkat atas nih tinggal aku sorang jer. Yang lain sumer ader aktiviti memasing, ptg nih baru diorg balik. dahler buah hati aku x ok lagi, nih pun pakai pc wid (mentang dia balik kg, pc nih aku yang punya, hehehehehe).

Haaaa, arini baru aku ader aktiviti best. Pegi kenduri kawin ex-tutor elektronik, Pn Hamimi Fadziati & suami kat Telok Mas. Kitorang gi 2 buah keta dari Ayer Keroh, sampai sana ader sebuah keta lagi sedia menanti. Arini aku dressing kebaya pink+jeans hijau army+tudung pink+high heel pink=(ratu pink).

Image hosted by Photobucket.com

aku dgn kebaya pink ku...

Sampai rumah pengantin, hujan renyai2 menyambut kami. Pengantin mengenakan persalinan serba hijau pucuk pisang (memang sesuai sebab kedua pengantin berkulit cerah). Pelamin dan meja makan beradab pun hijau. Cantik dan ceria.

Image hosted by Photobucket.com

bagai pinang dibelah dua...

Selesai mengisi perut, kitorang berjumpa dengan pengantin. Ucap tahniah, bersalaman dan ada jugak yang bertanyakan berbagai soalan. Lepas tu, Pn Hamimi mempelawa kami bergambar bersama dia dan suami di pelamin. Apa lagi, pucuk dicita, ulam mendatang.

Image hosted by Photobucket.com

bergambar kenangan di pelamin raja sehari...

SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN KEPADA PN HAMIMI FADZIATI & EN.AMIR FADZLIM. TERIMA KASIH DI ATAS UNDANGAN DAN CENDERAHATI YANG DIBERIKAN. DIDOAKAN SEMOGA KALIAN BERDUA BERBAHAGIA DAN BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT. AMIN...

p/s : klik sini untuk tengok banyak gambar lagi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails