Friday, August 12, 2005

ABU ZAR....

Abu Zar al-Ghifari (meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masehi) : Seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliaulah daripada orang-orang yang mengharamkan arak dan judi pada masa jahiliah dan daripada mereka yang tidak menyembah berhala. Beliau masyhur dengan sifat ketakwaannya dan hidup dalam keadaan susah. Beliau telah menggalakkan orang-orang fakir supaya berkerja dengan orang-orang kaya. Beliau telah menyertai dalam pembukaan kota Baitulmaqdis bersama dengan Omar bin al-Khattab. Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenainya yang bermaksud: "Allah merahmati Abu Zar yang mana beliau hidup berseorangan, mati berseorangan dan akan dibangkitkan dengan berseorangan".

~~u've got the same name wif him dear, so hope u'll also act like him~~
~~Juz wrote somethin bout him coz i missed u very much. ~~

2 comments:

  1. pakcik12:08 AM

    ooo...abu zar namanya...

    ReplyDelete
  2. pinkRose12:33 AM

    iyer pakcik :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails