Saturday, August 20, 2005

GRAPHOLOGY....

Tadi baru jer aku tulis dalam tagboard yang aku takde idea. Arini boleh dikategorikan sebagai paling boring, sambil2 dok surf internet, aku terjumpa satu kajian atau lebih tepat lagi dikatakan sebagai graphology (kajian tulisan) yang dibuat oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Meh aku syer ngan korang. Cuba go thru entry nih pastu tengok samada kajian nih menepati personaliti atau peribadi korang.

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
* Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
* Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat (Semua huruf ditulis dengan bulat)
* Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper (Tulisan yang angular dan sharp )
* Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
* Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah,suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
* Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
* Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
* Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
* Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
* Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
* Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
* Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
* Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
* Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
* Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Tulisan aku = kecik2 + bulat2 + tegak2...
So, dah teliti tulisan memasing? Sama tak kajian nih ngan personaliti korang? Rasanya 90-100% hampir tepat kan?

4 comments:

  1. Anonymous12:41 AM

    a'ah kan imzadle, org kata tulisan kita hampir sama. personaliti kita? hmmmmm.... mungkin sama, mungkin tak. tapi selalunya kajian dr fadzilah 90-100% tepat. wutever pun, aku still takleh challenge ko :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:11 PM

    takde apa yg nk dicelenkan. ko dh cukup istimewa dan unik dgn menjadi diri nko sendiri. :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:35 PM

    akum..hehehe..sbnrnya tulisan aku ni sntiasa b'ubah2 tgk pd keadaan cuaca...klu panas jarak2 skit..ekor pun panjang2..darjah kecondongan pun bleh tahan tegaknyer..tp klu cuaca mendung&sejuk..tetiba jer tulisan aku berubah jd rapat2..ekor pun pendek jer..darjah kecondongan mcm nak rebah..mcm mna tu..ble tolong tak..tulisan ni dibandingkan antara kelas hari isnin dan awal pg selasa..~~ralat itu normal~~

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:54 PM

    w'salam banzai. aku rasa nak mintak izin Dr Fadzilah kamsah aa...nak tambah lagi satu ciri dlm graphology tu...org yang tulisannya berubah-ubah mempunyai personaliti yang juga berubah-ubah..senang ckp, x tetap pendirian...ok x?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails