Wednesday, August 19, 2009

JOM MEMASAK BERSAMA... CONTEST

Kali nih nak join contest pasal masak-memasak pulak...
Sesuai la dgn minat aku sekarang kan, memasak...
Ekceli resipi nih aku dah penah letak dlm blog sblom nih...
Tapi kali nih dimasukkan skali lagi special utk "JOM MASAK BERSAMA... CONTEST" yang dianjurkan oleh KambingBujang...
Hadiahnya merupakan barangan dari Tupperware... (buleh tambahkan koleksi aku)

Nama Masakan: NASI GORENG KENTANG

Bahan-bahan:
Nasi (terutama yg lebih semlm, tak membazir)
Segenggam ikan bilis (dipotong kecik2)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
4-6 biji cabai melaka (terpulang, dihiris halus)
1 batang Carrot (dipotong dadu)
1 labu bwg besar (dibelah 2 dan dihiris wedges, nipis)
1 biji telur
Serbuk lada hitam
Garam
Minyak utk menumis

Cara-cara:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga setgh garing.
2. Masukkan ubi kentang, carrot, cabai melaka dan bwg besar. Goreng sampai ubi kentang dan carrot masak.
3. Ketepikan bahan tadi di tepi kuali, buat scramble egg. Kacau rata dgn bahan tadi.
4. Masukkan nasi, garam dan serbuk lada hitam. Goreng seketika sampai nasi berasap.
5.Sedia utk dimakan.


Mudah, ringkas dan senang sekali!

Amat membuka selera terutama ketika bersahur...

Wish me luck!



4 comments:

  1. sedapnye...nyum2...
    ringkas n sedap!
    anyway gudluck ye ibu ayra!

    ReplyDelete
  2. tQ izan... cubalah utk sahur...pasti membuka selera...

    ReplyDelete
  3. wah sedapnye..simple je

    ReplyDelete
  4. cuba la nana... sedap, rasa manis kentang... lain dari nasi goreng yg lain...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails