Thursday, June 16, 2011

FREE PLAYGROUP PREVIEW BERSAMA ALIMKIDS

Adakah anda dan anak-anak terdiri daripada golongan di bawah ini :

  • Muslim
  • Anak-anak yang berumur antara 2 tahun sehingga 4 tahun
  • Anak-anak yang pendiam, pemalu, hyperaktif dan mempunyai keyakinan diri yang rendah
  • Ibubapa yang ingin melatih anak-anak fasih berbahasa Inggeris seawal mungkin
  • Ibubapa yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengajar anak-anak anda
  • Ibubapa yang mementingkan aspek pendidikan anak-anak
  • Sesiapa sahaja yang mempunyai anak sendiri, anak angkat, anak saudara mahu pun cucu!

Inilah yang anda mahukan:

Excel Qhalif merupakan satu badan yang menyediakan khidmat latihan dan kursus (training provider) yang khusus bagi kalangan kanak-kanak dan remaja . Khidmat kursus dan latihan ini juga merangkumi kanak-kanak seawal usia di waktu bayi lagi. Kami menyediakan ruang bagi kanak-kanak dan remaja masa kini untuk mendapat input yang bermanfaat dan member fleksibiliti kepada mereka dalam menerokai kelebihan yang ada didalam diri mereka.

Excel Qhalif juga merupakan salah satu pemegang lesen bagi AlimKids Playgroup di Bangi, Selangor. AlimKids Playgroup merupakan satu program permainan dalam pembelajaran (edutainment) yang dikhususkan bagi kanak-kanak berumur 2 sehingga 4 tahun sebagai persediaan lengkap mereka untuk memasuki alam tadika. Program AlimKids Playgroup ini menggunakan medium pembelajaran dalam bahasa Inggeris dan menekankan nilai-nilai Islam secara santai. Kanak-kanak ini diajar memberi salam terlebih dahulu sesama mereka sebelum memulakan pembelajaran, membaca Ummul Kitab, iaitu surah Al-Fatihah dan doa untuk ibu-bapa.

Program AlimKids Playgroup merangkumi aspek pengenalan terhadap diri kanak-kanak, ahli keluarga, tumbuhan, haiwan dan Kebesaran Allah S.W.T. Setiap modul mengambil masa selama 2 bulan untuk di ajarkan kepada kanak-kanak. Uniknya AlimKids Playgroup ini, ibu ataupun bapa boleh turut serta belajar di dalam kelas bagi mengeratkan lagi hubungan mereka dan melihat sendiri perkembangan anak-anak mereka.Tarian, nyanyian, senikreatif, lukisan dan lawatan sambil belajar merupakan inti utama dalam setiap modul playgroup ini.

Justeru itu, Excel Qhalif menganjurkan 2 sesi Prebiu secara PERCUMA bertarikh 18 Jun ATAU 25 Jun ini. Tujuan kami mengadakan prebiu PERCUMA ini bagi menjemput para ibubapa untuk mengalami dan menyaksikan sendiri demonstrasi setiap permainan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara live dan lebih dekat. Kami juga akan memberi ruang kepada sikecil anda turut sama menari dan menyanyi pada demontrasi kami nanti. Mereka juga berpeluang untuk berinteraksi bersama kenalan baru dan mencuba permainan yang terdapat dalam modul kami. Inilah peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan oleh semua ibubapa di luar sana.

Antara faktor yang menyebabkan kenapa ibubapa patut hadir di sesi prebiu kami adalah:
  • Inilah tempat yang amat sesuai bagi anda menikmati masa berharga bersama sikecil dalam tumbesaran mereka
  • Nilai-nilai positif yang diterapkan tidak ternilai berbanding wang ringgit yang dikeluarkan
  • Penerapan nilai dan sahsiah yang baik di kalangan anak-anak seawal usia mereka akan membantu anak-anak mendaki masa hadapan yang cerah dan gemilang.
  • Dapat membantu anak-anak anda fokus dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi terutama dalam berkumpulan.
Untuk ketahui keterangan lanjut dan berdaftar secara online silalah ke web kami. >KLIK SINI<

Testimoni ibubapa:

Saya suka apabila melihat Khadeja mempunyai peluang untuk interaksi sosial dengan kanak-kanak-seusianya. Dengan cara yang indah anak-anak belajar dari satu sama lain dalam persekitaran yang kreatif dan ceria. Saya pasti akan mengesyorkan playgroup kepada ibu-ibu yang sedang mencari aktiviti untuk anak-anak dan pada masa yang sama mereka juga dapat sertainya. Secara tidak langsung, playgroup adalah modul peralihan pra-sekolah yang baik dan halus.

I love that Khadeja has the opportunity for social interaction with children her age. It’s a wonderful way for the children to learn from each other in a creative and fun enviroment. I would definitely recommend this playgroup for mothers who are looking for activity that they can participate wtih their child and as a gentle transition to pre school.

Alamat Pusat Latihan ALIMKids di Bangi:

Taska B Al-Haziq,
No. 1, Jalan 3/40,
Seksyen 3 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 019-6692285 atau 010-2844866 (Ayu)
***Lihat peta terperinci***

1 comment:

  1. Ok hari ni kami akan kongsikan anda mengenai
    "sejarah tentang makanan iaitu pai".
    pernahkan anda tahu dari mana datangnya pai ini ???
    untuk mengetahui dengan lebih lanjut jom kita bersama berkongsi di:
    http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/2011/06/sejarah-tentang-makanan-pai.html
    Persoalan ini harus dirungkai....
    jom kita tengok sama2, jangun lupa follow blog kami untuk mengetahui lebih banyak lagi....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails