Thursday, October 04, 2012

JERUK PELAM FRESH, HOMEMADE

Alkisah pasal si buah mangga,
Pelam dipanggil sebelah utara,
Boleh dimakan begitu sahaja,
Bila dijeruk lagi membuka selera.


Hehehe, tetiba berpantun plak pagi2 nih kan? Saja sesekali berubah angin. Sabtu lepas mama n papa ada urusan kat Bertam, Penang. On the way balik ke jitra, diorang singgah rumah maktok kat Sungai Petani. Kebetulan masa diorang ada kat sana, aku call mama. Apa lagi, laju ja tanya buah pelam kat tepi pagaq tu ada buah dak? Buah pelam epal kalau x silap aku. Mama kata ada, nanti dia ambik.

Malam Sabtu tu kami tiga beranak balik Jitra, lagipun dah lama tak balik since aku dah ok sket dari alahan nih. Time kat rumah mama, aku dah bedal 2 biji buah pelam tu cecah dgn 'garam belacan bodo'. Masa nak balik semula ke perlis, ada balance lagi 5 biji. Apa lagi, 4 biji aku ambik dan masukkan dalam beg plastik untuk bekalan di rumah nanti ;-)

Semalam teringat nak buat jeruk segera. Simple ja caranya. Kupas kulit pelam tu basuh, then potong/hiris ikut suka macam mana yang korang suka then taburkan sedikit garam dan gula letak banyak ( 4 biji pelam epal semalam, aku letak dalam 5 sudu besar gula). Gaulkan sebati then perap dalam 2,3 jam. Siap, bleh makan. Lagi lama perap, lagi sedap sebab gula tu meresap masuk dalam buah.

Aku bedal jeruk tu sesorang semalam sambil layan Masterchef Malaysia season 2. Punya la ralit makan, sampai tak sedar yang hais licin aku kerjakan. Seb baik arini tak memulas perut nih.

pssst: buah pelam sala aku takleh makan time peknen nih, pening sampai takleh buka mata.

2 comments:

  1. alamak jeruk pelam....!! sedapnya... kecur air liur...!

    ReplyDelete
  2. @Nora Karim

    jeruk sempoi je nih... 1,2 jam dah bleh dimakan....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails