Wednesday, October 31, 2012

WORDLESS WEDNESDAY @ 311012 | KAKAK AYRA


8 hingga 10 Oktober 2012, demam+muntah+sakit perot sampai repeat ambik ubat.


@ Snogurt, Jitra.


@SR, Kangar with her Choc Indulgence and sugar doll. (tapi makan tak abih, at last ibu n abah yang abiskan)

Tuesday, October 30, 2012

SHARING IS CARING @ 301012

kredit to www.excelqhalif.com

KETAM LEMBUT DAN UDANG LIPAN

Ahad lepas kluar dinner dgn family in law. Lokasi pilihan adalah Kuala Perlis dan restoran pilihan adalah Samudera Curry House. Lately kami selalu makan kat situ sebab dah terjebak dengan lauk2 unik kat restoran tu yang kebiasaannya cuma terdapat di chinese restoran dan jarang ada kat restoran kebanyakan.


Tengok gambaq kat atas, unik kan? Malam tu SIL pilih menu. Kami ambik dua hidang. Setiap hidang ada sayur campur, ketam lembut (kiri atas) dan udang lipan sarang burung (dlm pinggan besaq tu). Lagi satu menu ialah ikan siakap. Satu hidang dapat siakap stim pudina dan satu hidang dapat siakap tiga rasa.

Ketam lembut tu di goreng celup tepung, manakala udang lipan dimasak cabai kering +gajus tapi tak pedas. Dan dihidangkan dalam ubi keladi yang dibentuk seakan sarang burung kemudian diletakkan di dalam pinggan yang dipenuhi dengan so-un goreng. Sedap, memang sedap.

Kalau ke Kuala Perlis, singgahla rasa menu2 unik nih.

Wednesday, October 24, 2012

WORDLESS WEDNESDAY @ 241012 #2


WORDLESS WEDNESDAY @ 241012


Makanan kegemaran buat masa nih, selain dari buah-buahan makan dgn serbuk asam. Nikmat!!!


My breakfast for today. Nasi Lemak T.M.I lauk sambal sotong dengan teluq mata. Marvellous!!!


Agak2 korang kan, nih buah apa ekkk? Tu aku dah letak serbuk asam. Klu, 'pantun'.


Last but not least, gambaq wallpaper kat desktop laptop aku sejak 5 bulan yang lepas. Tenang ja tengok baby nih tidoq. Anak sapa aku pun taktau, google je gambaq nih.

Friday, October 19, 2012

ADIK BABY @ 23 WEEKS INSIDE

Pejam celik pejam celik dah 23 weeks, alhamdulillah so far semuanya ok. Rabu lepas buat scan 3D/4D dan hasilnya......


Nampak tangan montok dia tu. Badannya yang masih skinny sebab berat baru 426g. Muka tak dapat nak captur sepenuhnya sebab adik baby facing ke bawah. Time nih kepala dia di sebelah kanan prot. Dan tangan montok tu mmg tak duduk diam sepanjang kami dok tengok dia. Ada saja yang dibuatnya, macam melambai2 pun ya.


Dan gambaq nih korang nampak tak? Sudah terang lagi bersuluh. Doktor pun kata saya confirm 200% kena shopping barang baby kaler BIRU. Alhamdulillah, kawan untuk en.abu.

Semoga dipermudahkan semuanya sehingga ke saat dia dilahirkan. Amin.

pssst: M.A.Z junior ;-)

Wednesday, October 17, 2012

WORDLESS WEDNESDAY @171012


Can u spot my new friend yang teman aku time breakfast kat ofis arini?
Gambaq blur sebab 'dia' comel sangat.

Tuesday, October 16, 2012

IDAMANKU MASA PREKNEN

Mengandung kali nih aku teringin sangat nak makan Meatballs IKEA.Kebetulan, mmg kebetulan sangat. 2 minggu lepas aku dan family MIL ke gombak attend konvo SIL. So, haruslah mencuri peluang kan? Bukan senang nak ke sana. Thanx to my SIL n my biras yg sudi bawak kami ke IKEA. 

Sambil shopping, dapat makan meatballs. First time tau. Sebelom nih tak penah try sebab selalu pegi masa weekend, peak time kan. Orang tersangat la crowded kat area restaurant tu. Aritu pun mmg org crowded tapi demi anak tekak ku, aku sanggup queue untuk dapatkan meatballs idaman nih. Plan nak merasa Kek Daim tapi takdak la plak. 


Sedap rupanya meatballs nih, apa lagi bila dicicah dengan brown sauce tu. Memang wallahhh. Patut la ramai sangat dok story-mory pasal meatballs nih. Alhamdulillah hajat yang satu dah tercapai.

Actually ada lagi satu yang aku teringin sangat nak makan. Iaitu Coconut Shake. Kat Kangar nih takdak, Kedah pun takdak. Yang aku tau cuma di Klebang, Melaka dan Kelantan ja. Huhuhuhu, dua-dua tu 'dekat sangat'. Takpalah, kalau ada rezeki, ada la kan. Time ngandungkan ayra dulu kebetulan memang aku balik kampung sebelah mama kat Kelantan, so boleh dikatakan tiap hari sepanjang kat sana aku asyik minum Coconut Shake. Tengah taip nih pun terasa-rasa kat mulut. Harap-harap dapatla sebelom bersalin. Sempat lagi kot, lambat lagi nih. 

pssst: teringin nak gi holiday.

Monday, October 15, 2012

FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


Sila klik pada gambar untuk tumbesaran.

Kredit to sini.

Wednesday, October 10, 2012

TAHNIAH DR.SITI HAJAR

Rasanya baru lagi kitorang berkonvoi ke kampus UIA Kuantan untuk hantar SIL blajar kat sana tahun 2007.  Lepas 5 tahun, kami berkonvoi lagi tapi kali nih destinasi yang dituju ialah UIA Gombak. Alhamdulillah kali nih untuk hadiri Majlis Konvokesyen dia, tahniah adik! Berbaloi usaha selama nih kan bila dapat gelaran DR. kat depan tu.

Thursday, October 04, 2012

IBU ADALAH INSAN TERPILIH


Allahuakbar!
Allah Maha Besar!

JERUK PELAM FRESH, HOMEMADE

Alkisah pasal si buah mangga,
Pelam dipanggil sebelah utara,
Boleh dimakan begitu sahaja,
Bila dijeruk lagi membuka selera.


Hehehe, tetiba berpantun plak pagi2 nih kan? Saja sesekali berubah angin. Sabtu lepas mama n papa ada urusan kat Bertam, Penang. On the way balik ke jitra, diorang singgah rumah maktok kat Sungai Petani. Kebetulan masa diorang ada kat sana, aku call mama. Apa lagi, laju ja tanya buah pelam kat tepi pagaq tu ada buah dak? Buah pelam epal kalau x silap aku. Mama kata ada, nanti dia ambik.

Malam Sabtu tu kami tiga beranak balik Jitra, lagipun dah lama tak balik since aku dah ok sket dari alahan nih. Time kat rumah mama, aku dah bedal 2 biji buah pelam tu cecah dgn 'garam belacan bodo'. Masa nak balik semula ke perlis, ada balance lagi 5 biji. Apa lagi, 4 biji aku ambik dan masukkan dalam beg plastik untuk bekalan di rumah nanti ;-)

Semalam teringat nak buat jeruk segera. Simple ja caranya. Kupas kulit pelam tu basuh, then potong/hiris ikut suka macam mana yang korang suka then taburkan sedikit garam dan gula letak banyak ( 4 biji pelam epal semalam, aku letak dalam 5 sudu besar gula). Gaulkan sebati then perap dalam 2,3 jam. Siap, bleh makan. Lagi lama perap, lagi sedap sebab gula tu meresap masuk dalam buah.

Aku bedal jeruk tu sesorang semalam sambil layan Masterchef Malaysia season 2. Punya la ralit makan, sampai tak sedar yang hais licin aku kerjakan. Seb baik arini tak memulas perut nih.

pssst: buah pelam sala aku takleh makan time peknen nih, pening sampai takleh buka mata.

Wednesday, October 03, 2012

DOA MEMELIHARA ANAK KECIL DARI GANGGUAN

Dapat dari seorang sahabat di FB.


Kita cuma mampu berikhtiar, selebihnya Allah yang menentukan.

MACAM TAU-TAU JA


Last weekend kat rumah mama di jitra:

Mama: Cuba habaq nak makan apa untuk tengahari nih, senang mama nak masak.

Aku: Apa-apa pun takpala, ikut apa yang ada.

Mama: Habaq la.

Aku: Ok, kalau macam tu nak gulai ikan dengan bendi pastu goreng buncis dgn teluq hancuq. (dalam hati dok teringat nak makan ketam dgn teluq ikan)

Mama: Ok. Pastu ada ketam nipah tu buat sambai la no.

Aku: (senyum sampai telinga)

Selesai masak, aku tengok dalam periuk gulai ikan, ada teluq ikan seketoi. Lagi la hati berbunga riang. Macam tau-tau ja ;-)

pssst: Aku kalau makan nasi dgn gulai, mesti kena tambah kicap @ org kedah panggil toyu ;-)

Tuesday, October 02, 2012

SNOGURT @JITRA

Aku berbangga dengan Jitra. Walaupun pekan kecik, dan bukannya bandar utama tapi Jitra dah sangat membangun. Dah macam2 pembangunan ada dan bila malam sangat happening. Better than negeri tempat aku bermastatutin sekarang nih. Tapi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung kan? Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Hehehe, apa yang aku melalut nih.

Dalam masa terdekat nih jugak dah macam2 kedai baru ada kat Jitra, dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Mula2 Cool Blog, Tutti Frutti, lepas tu Domino's. Merasa la kami makan benda2 tu, kalau idak jenuh nak ke Penang yang terdekat pun semata2 nak merasa semua benda tu. Dan yang terbaru sekali ada Snogurt. 


Last week balik rumah mama, sempat merasa snogurt nih. Murah lagi ekk dari TF tu... tapi topping atau pilihan buah2 dia tak banyak.Froyo Choc dan Latte dia best. Kalau TF aku suka RV froyo, sangat heaven.

pssst: Insyaalah weekend nih nak attend konvo SIL kat gombak.Sambil nyelam minum air, then nak ke IKEA makan meatball. Ngidam nih.

Related Posts with Thumbnails