Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadratNya kerana masih dapt menikmati keindahan hari ini. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Allah sentiasa menduga setiap insan yang Dia sayangi. Dengan ini, mereka semua akan sentiasa memohon agar diberkati.
Ada masalah ada penyelesaian. Cuma tempohnya tidak sama untuk satu-satu masalah itu diselesaikan. Berkat kesabaran dan keikhlasan akan mendatangkan hasil yang di luar jangkaan. Semua ini perlu diterapkan untuk mengekalkan sesuatu hubungan.
Lain orang lain caranya. Makhluk Allah tiada yang sempurna.Terima kasih s***** kerana masih menerima seadanya. Semoga setiap impian dan harapan akan menjadi nyata. Insyaallah, berkat doa bersama akan mendapat keredhaan dariNya.
No comments:
Post a Comment