Saturday, July 30, 2005

PESTA KONVO.....

Semalam ader game netball, kls aku buat team. Sajer suker2. Peringkat awal, mmg aku puas ati sgt coz kitorg berjaya jadi johan kumpulan (sesuai dgn nama team POWER PUFF GIRLS). Ptgnyer, dpt masuk quarter-final tapi mungkin rezeki tak menyebelahi kitorang. Perjuangan selesai di situ sajer. Btw, kitorg kalah tipis sgt 5-6, itupun sebab satu gol kitorg x dikira. Wutever, thanx to all the team members coz dah tinggalkan satu kenangan manis utk kls kiter...

Sebelum game quarter tuh, aku sempat gak jejln kat pesta konvo tuh.Tgk2 gerai aper yang ader. Macam2 ader (sebut macam pakcik astro tau!!). ada gerai streamyx, hotlink, EON (siap bleh test drive keter), PERODUA, nestle, agromas, butik2 dll. Lepas game, aku join member tgk sukaneka. Congrats utk CEKADAK coz dpt no.3 lari dlm guni.

On the way nak blk, tersinggah kat parking lot Dataran Sejarah. Kat situ ader demonstrasi motosikal2 cute (nama yang aku reka sendiri). Diorg set kan tempat tu jadi mcm litar lumba. Perrghhhhh, bergaya abis adik2 tu bawak moto. kalah pelumba pro. Nak tgk gambar diorg? Klik motor-motor cute.

Friday, July 29, 2005

FORUM PERDANA.....

28hb julai start Pesta Konvokesyen Pertama KUTKM. Tahniah untuk member-member yang akan grad esok (30 Julai). Malam tadi ada rakaman Forum Perdana Ehwal Islam. Dua tajuk sekali dirakamkan, dah ler start hampir kol 10. abihnyer hampir kol 1 pagi. wutever, memang tajuk dan panel-panel yang dibwa semalam best2. tak sempat nak rasa ngantuk pun.

Tajuk pertama : MASIHKAH KAU INGAT (gambar bawah kiri)
Panel :
1. Ustaz Dato' Haji Kamaruddin (imam besar masjid negara)
2. Dato' Dr Mohd Fadzillah Kamsah
3. Ustazah Siti Bahyah

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Tajuk kedua : ANTARA KERINGAT DAN AIRMATA (gambar atas kanan)
Panel :
1. -sda-
2. -sda-
3. Dr. Sharifah Norhayati.

Image hosted by Photobucket.com
Fisrt topic, MC yang kat bawah tersilap sebut. ada ker KUTKM disebutnya Kolej Universiti "Teknologi" Kebangsaan Malaysia. Hmmmm, Teknikal laarrr bukan Teknologi. Masa topik kedua tu, gerimis mengundang. tapi alhamdulillah kejap jerkk. By the way, ada certain2 part kat topik nih, very the very touching. Teringat kat mama & papa kat kampung. Sebagai halwa telinga malam tadi, kumpulan Now See Heart nyanyi lagu Baiti Jannati dan Damai.

Image hosted by Photobucket.com

nak tengok banyak gambar lagi? Klik forum perdana.

Thursday, July 28, 2005

ALHAMDULILLAH.....

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadratNya kerana masih dapt menikmati keindahan hari ini. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Allah sentiasa menduga setiap insan yang Dia sayangi. Dengan ini, mereka semua akan sentiasa memohon agar diberkati.

Ada masalah ada penyelesaian. Cuma tempohnya tidak sama untuk satu-satu masalah itu diselesaikan. Berkat kesabaran dan keikhlasan akan mendatangkan hasil yang di luar jangkaan. Semua ini perlu diterapkan untuk mengekalkan sesuatu hubungan.

Lain orang lain caranya. Makhluk Allah tiada yang sempurna.Terima kasih s***** kerana masih menerima seadanya. Semoga setiap impian dan harapan akan menjadi nyata. Insyaallah, berkat doa bersama akan mendapat keredhaan dariNya.

Wednesday, July 27, 2005

SELALUNYA......

Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.....
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkeliru.....
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.....
Selalunya orang yang kita sayang, selalu membuatkan tahap kesabaran kita menipis.....
Dan
Selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan ianya hadir bila diperlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan.....

Timbul satu persoalan dalam benak fikiran aku. Setakat mana betulnya kenyataan yang aku perolehi nie.....?

KENAPA MESTI....?

Kenapa mesti hati ini dilukai.....? Kenapa mesti jiwa ini disakiti....? Kenapa tidak difahami diri ini.....? Kenapa mesti tidak serasi.....? Kenapa mesti tiada ketetapan diri....? Kenapa mesti dibiar seorang diri.....? Kenapa mesti ditimbulkan kembali....? Kenapa mesti dari dulu tidak terjadi.....? Kenapa mesti perkara sebegini terjadi.....? Kenapa mesti jadi begini.....?
Aaahhhhh..... terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab..... Kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa????? Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunilah hambaMu ini dan berilah kekuatan untukku menerima dugaanMu ini Ya Allah.... Amin Ya Rabbal A'lamin.....

Tuesday, July 26, 2005

NETBOL + 1ST CONVO......

Kalau dicampur, tolak, darab dan bahagi dah hampir tiga ari aku x update blog nih... takde citer best laa...semlm ada citer tapi aku plak yang takde tenaga... lepas jer solat maghrib, trus flat. tertido sampai kol 10...sumer nih gara2 netball yang dah sekian lama aku tinggalkan...plus minus 7 thn aa. kalau nak diikutkan dah takde skil, maklumlah dah lamer sgt ditinggalkan...netball nih pun dah merajuk ngan aku agaknyer...disebabkan oleh member2 yang bersungguh2 dah hepi sgt nak main (apsal dari dulu kita x main aa? dah berkarat baru nak main)...ptg nih pun main lagi, sampai masing2 dah mcm berkubang dalam lecak..
Wutever, aku tabik spring ngan korang ber8 yang sanggup buat apa saja asalkan kita dpt wakil kls...actually, skrg aku takleh letih sgt...semenjak aku kena asth** nih...mlm tadi pun susah nak tido, s***k n***s dan batuk...takper, sumer ini utk member2 aku...kita cuba BEYOND OUR LIMIT, ok...geng, pantang mengalah sebelum berjuang (cewahhhh, kata2 semangat tu!!)...
Utk sumer warga 4 BEKP 2, dtglah bagi sokongan... POWER PUFF GIRLS!!!!!

Saturday, July 23, 2005

HOMESICK....

arini xde xtvt menarik... wid pun blk kg, seharian aku layan AF3...dari satu diari ke satu diari, tgk plak tirai AF3... whatever yang aku buat arini... aku still HOMESICK...mama & papa, long rindu...

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

kiri : sumber inspirasiku aku, mama & papa

kanan : mama & nana (adik bongsu aku)

miss u all very muchhhh.........

Friday, July 22, 2005

A POEM FROM ME TO YOU....

Image hosted by Photobucket.com

Sitting in my bedroom,
Not knowing what to do,
So, I decided to write down all my feelings,
And make it a poem- from me to you.

'Cause when I'm with you,
I never feel any pain,
All I have to do is see your smile,
And then I'm happy again.

I don't see you every day,
But that's the way it's gotta be.
Just knowing you are there
Is good enough for me.

You've hugged me when I'm ill,
You've hugged me when I've cried,
You've helped me through the hardest times,
Without even a sigh.

You're always on my mind,
No matter what I do,
Wherever I go,
Whatever I see...
It always leads back to you.

I hope you have enjoyed reading
This poem I wrote for you.
I know it sounds cheesy,
But I will always and truly love you.

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, July 21, 2005

Kat bawah nih love test yang aku buat dari web Tickle... dapat dari blog pakcik... yang brain test tu aku dah buat, balanced... so, apa komen korang tentang result love test aku??

Rosfariedzah, when you're head over heels, you are an Essential Companion

You respect and value the people in your life, but you also make your romantic relationships a top priority. You are not typically the type to try to impress others with fancy romantic gestures. Nor are you someone who obsesses over your appearance. If that special someone is willing to take you as you are, you will happily do the same for them. And if they're not, chances are you should keep on following your heart to a new love for your life — one that might be right around the corner.

JURU**** SEBAGAI SATU PROFESION....

- jangan jadi pembaca berita
- cut and paste jer
- next slide.... terus kesimpulan
- ada title pun sign tak laku
- juru**** wanita vs juru**** lelaki
- juru**** jadi petani moden

Monday, July 18, 2005

ROS.....

Kasihku tersenyum
Bagaikan bunga
Mengisyaratkan cinta
Dengan airmata
Kasihku tertawa
Dan bergurau senda
Kerlingan matanya
Pun menikam sukma oh Ros

Cinta pun bersemi
Tak mampu ku hindari
Mekar dan mewangi
Menghalau sepi
Aku pun kerinduan
Menggununglah harapan
Agar berpanjangan
Bersamamu puan oh Ros

Bila tak bertemu
Fikiranku terbuntu
Rebahlah aku
Terkulai dan lesu
Di saat bersua
Sesama bercanda
Ada-ada saja
Bahan bercerita oh Ros
Kasihku cemburu
Menambat hatiku
Aku pun setuju
Biarlah begitu

Walaupun beribu
Yang datang merayu
Cintaku hanya satu
Subur segar di hatiku
Oh Ros...

lagu nih nyanyian sohaimi mior hassan, dalam tahun 80-an kot ( x sure sgt)...aku tau kewujudan lagu nih lepas tengok promo album 'awek cun' yang memuatkan lagu-lagu yang menggunakan judul nama seorang perempuan.. sesuai dengan aku dan blog aku... ROS...

Sunday, July 17, 2005

PINKY WEDDING....

fuhhh...penat seh, seharian aku drive..dari melaka ke seremban, pusing2 seremban, seremban balik melaka...mlm plak ke tesco, jonker walk, minum2 kat medan A.K pastu blk....

citernyer camnih, semlm 16 julai merangkap ulangtahun keputerian aku adalah bersamaan dengan hari perkahwinan member baik aku masa sekolah. so, nak gi sana takde transport. aku ambik keputusan nak sewa keter. dapat kancil merah MAX 7511, separuh ari RM50 dari 10 pg ke 10 mlm tp brader tu antar dr kol 12 tgh mlm lagi...sporting aa brader tu. takper, muka nampak cam dak baik jerkk...

Selamat Pengantin Baru Suhaila & suami... yang best gilernyer dan buat aku x senang duduk, 100% pink dari persalinan pengantin, pelain, khemah, hantaran dan tempat makan beradab. nih dah kira mencabar tahap 'kePINKan' aku nih...takper, takper...tengoklah biler sampai masa aku nanti..hehehhe...nah untuk tatapan korang Majlis Perkahwinan yang PINKY abih...

Image hosted by Photobucket.com
ketibaan pengantin lelaki...

Image hosted by Photobucket.com
bersanding di persada raja sehari...

Image hosted by Photobucket.com
gerbang perkahwinan...

Image hosted by Photobucket.com
hantaran PINK....

Image hosted by Photobucket.com
makan bersuap...

Image hosted by Photobucket.com
who's next???

Image hosted by Photobucket.com
hmmmmm...... :-)

p/s : Ella, biler start minat PINK nih...sekolah dulu rasanya tak kan? anyway, wish u both congratulation n semoga berkekalan ke akhir hayat...

Saturday, July 16, 2005

HEPI BESDAY TO ME!!!!

Image hosted by Photobucket.com


hepi besday to me.....hepi besday to me...hepi besday to me.....hepi besday to me....genaplah 24 tahun ulangtahun keputerian aku....bertambah lagi usiaku... semoga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.... kek kat atas tu pilihan aku, ada sesapa nak sponsor???

bebudak rumah aku jahat....diorg simbah aku dengan air campuran apa ntah...resipi baru kot, ada telur, tepung, air, kicap, milo...macam2 ada... memang melampau...takper, takpe....tunggu laarrrr...... tunggu aku jadi incredible hulk!!!!

anyway thanz to kengkawan yang tak lupa besday aku....thanz a lot dear friend... animation kat bawah nih aku dedicate kan spesel untuk korang...

Image hosted by Photobucket.com

Friday, July 15, 2005

POSING....JANGAN TAK POSING....

arini kelas ptg jer, tutorial High Voltage...sebelum masuk kls, sempat posing kat depan lab...almaklumlah, lab fisrt kitorg tunggu tu kat level 3 so view dari situ mmg lawa aa.... padahal yang sebenarnya lab tu kat ground floor jerk...hehehe...takpe, senaman kaki...lagipun baru sethn jagung kat kampus induk nih...x sempat nak jelajah abih sumer tempat lagi... yang ada cuma sebahagian dr dak pempuan klas aku...

Image hosted by Photobucket.com


L-R : aku, yus, ira, cheedah, feeda, McJaa, muni, wid, hasnah, kak zu... tgk lerr sape paling tinggi... c,")

Thursday, July 14, 2005

DAH LETIH.......

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com
P/S : maaf, aku tak minta jadi begini.... dalam roses circle tu ada tulis "FRIENDSHIP IS CONTINUOUS".....

Wednesday, July 13, 2005

HATI MENANGIS SIAPA TAHU...?????

Arini kembali...semangat aku arini tiba-tiba lemah, hati hancur luluh...kenapa begini jadinya??? arini bumi menangis seumpama mengerti hati dan perasaan aku...sori ekk, arini aku sentimental skit....sekadar melepaskan rasa hati...kepada yang mengerti, tima kasih aku ucapkan....






Image hosted by Photobucket.com

Bumi menangis menemani hatiku yang menangis.....


nih plak lirik lagu yang aku jumpa kat internet, yang aku rasa dapat menggambarkan perasaan aku sekarang.... lagu nih nyanyian rozita izlyn, aku pun taktau melodinya...


Aku Keliru Maksud Hati Mu


Bukan melayan perasaan
Tapi cuma terkenang
Ke mana kaki melangkah ada halangan
Walau tiada airmata
Yang mengalir di pipi
Hati menangis tak siapa tahu

Jika ku turutkan hati
Pasti tidak di sini
Sudah lama aku pergi membawa diri
Untuk apaku berundur
Menunjukkan ku kalah
Biarlah masa tentukan segala

( korus )
Apa yang menjadi ukuranmu
Apa yang engkau mahu dari ku katakanlah
Usah biarkan ku tertanya
Tanpa satu jawapan
Dan bukan menyebabkan
Aku keliru
Tak dapat ku tafsirkan
Apa difikiran mu
Tiada ketenangan ku temui

( ulang korus )

Bukan melayan perasaan
Tapi cuma terkenang
Ke mana kaki melangkah ada halangan
Walau tiada airmata
Yang mengalir di pipi
Hati menangis tak siapa tahu
Hati menangis tak siapa tahu...
P/s : adakah aku bersalah? mengapa mesti begini jadinya...adakah kau lupa, segala kenangan yang dicipta bersama....?????

Tuesday, July 12, 2005

SEMALAM TINGGAL KENANGAN.... HARI INI ADALAH KENYATAAN...ESOK MENJADI HARAPAN...

fuhhh....nasib baik arini x jadi mcm semalam....ok banyak aa dari semalam...takyah nak tunggu2 berjam-jam....arini aku ambik kesempatan mengabadikan gambar kampus tetap kolej kebanggaan aku....KUTKM, yang baru siap 2 blok fakulti iaitu fakulti kej. elektrik dan fekulti kej. elektronik & komputer....itupun pakai henset kamera, kamera real x bawak...sebab tu gambar blur skit...

Image hosted by Photobucket.com

nih blok fakulti aku, fakulti kejuruteraan elektrik....orange lagi, macam geng zahid AF3 plak...yang depan tu blok pejabat pentadbiran...

Image hosted by Photobucket.com

yang nih blok fakulti kej. elektronik & komputer...kaler diorg biru...yang depan tu bas kolej kitorg...

Image hosted by Photobucket.com

yang sebelah kiri nampak bumbung kelabu tu bangunan kafeteria...tengah2 antara FKE ngan FKEKK...yang biru sebelah kanan tu FKEKK....nih aku ambik dari tingkat 3 blok makmal FKE....

itu je la yang baru siap...yang lain, cerucuk pun x pacak lagi...apa pun, sempat gak aku merasa blajar kat kampus tetap KUTKM walaupun berbagai rintangan dan dugaan yang aku kena hadapi....

Monday, July 11, 2005

HARI INI DALAM SEJARAH

Uishhh...tengok tajuk pun lain macam...suspen semacam ja kan...memang arini betul2 dalam sejarah la....bagi kami berlapan...aku, wid, mon, ira, yus, cheedah, feeda dan Mc-Jaa....
alkisahnya macam nih....arini punyer la semangat kitorang nak masuk kelas, ye la first day untuk final semester (insyaAllah)...semester nih merasa kitorang ada kelas kat kampus tetap KUTKM kat durian tunggal lebih kurang seengah jam dari kampus sementara & rumah sewa kitorang. ada hamba Allah tu, siap macam nak pegi beraya....masing-masing dressing....fuhhh!! vouge abih....heheheheh..... dengan semangat yang membara tu, kitorang keluar rumah sejam awal, takut tertinggal bas...dalam separuh jalan nak sampai ke 'bus stop', dah nampak bas lalu....ingatkan ada lagi ler bas lepas tu...tunggu punya tunggu, dah 15 minit tunggu...takde bas...kitorang pun ambik keputusan jalan kaki ke hentian utama kampus sementara...sampai situ, takde plak bas ke durian tunggal, kata abg driver tu kol 11.15 baru ada bas ke sana....takpe, berbekalkan semangat yang waja, kitorang sabar menunggu lagi....akhirnya kol 10.30, ada bas nak ke 'durian burung' kata abg driver bas tu... alhamdulillah....sampai gak ke KAMPUS TETAP KUTKM....bangganya....
arini, kelas start dengan sistem pengagihan, Prof marizan nyer kelas.... kelas berjalan lancar....prof sempat buat lawak pasal KAFETERIA & LALAT.....lebih kurang mcm nih dialog prof tadi "Kafe sebelah nih dah buka ke belum, makanan dah dijual ke belum...saya tak sempat nak pegi jenguk lagi....lalat plak macam mana? banyak tak? (nih sebab kampus tetap KUTKM bersebelahan dengan .......)....pasal lalat tu dah tak bleh nak buat mcm mana sebab kita masuk tempat diorg...saya ingat nak suh technician letakkan signboard "LALAT TAK DIBENARKAN MASUK" kat pintu kafe...." habis ja prof cakap mcm tu, satu kelas ketawa.....pandai jugak prof nih buat lawak ekkk.... hehehehhe
dah abih kelas prof, time rehat....nak beli nasi pun, 45 minit kena queue....dugaan betul... kol 2 masuk kelas keusahawanan, puan haslinda nyer kelas.....best, siap dia bagi balik awal... dalam kepala dok pikir, x la letih sangat, boleh balik awal...
rupanya dugaan arini dah x abih kat kafe tu jer, time nak balik lagi teruk.....bayangkan....2 jam kitorang tunggu, baru ada bas...sebelum tu ada la 2, 3 biji bas tapi semua ke hostel bunga raya (hostel lelaki).... punya la tension+bengang+geram+letih.... ramai plak tu student lain yang senasib ngan kitorg.... dtg satu bas, siap berebut2..... ye la, semua dah penat.... tak salahkan diorang jugak naik bas berebut2 tu... bila dah dapat bas, kena berdiri plak....perjalanan dah ler setengah jam, mcm nak pitam aku atas bas tu....hanya Allah yang tahu......
sampai jer kat rumah....Ya Allah, bestnya...terus ke fridge, minum air sejuk....terus flat.....
arini memang dalam kenangan aa...... first day of my final semestre in KUTKM.....nanti nak cerita kat anak cucu aku.... DUGAAN..... mudah2an bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian.....

Sunday, July 10, 2005

BUAH HATI AKU SEPANJANG SEMESTER BREAK....

Ni ler keja aku masa sepanjang semestre break aritu...tolong mama aku....mama mengasuh budak, aku jadi assistant dia sambil-sambil tambahkan 'ilmu pengetahuan'....

Kat bawah nih ler buah hati pengarang jantung aku sepanjang cuti nih, x termasuk yang sedia ada....


Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com



Dari atas ke bawah:
1. Me-me, mus'ab umair, ibtisam (pelik2 kan nama budak2 nih)
2. Mus'ab Umair. nih yang paling cerdik dalam keempat budak2 nih...
3. Shahida Sumaiyah (adik Mus'ab) baru 3 bulan, pandai dia senyum....
4. Sumaiyah lagi...jeling nampak....
Related Posts with Thumbnails