Sunday, March 07, 2010

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Arini aku cuba lagi satu resipi pencuci mulut yang aku ambik dari internet...
Tapi aku tak ingat direct link dia coz aku copy masuk buku...
Easy peasy ja resipi nih...

Kalau sebut puding karamel, mungkin kita semua biasa dengaq kan?
Tapi kalau Karamel Lapis Coklat, jarang2 dengaq kan?
Sila jamu mata dulu....

Lapisan yang tak cantik, first try...
Nanti second time buat, bleh improve lagi kot...

Dan bila dipotong, sungguh cantik dan menyelerakan...

Resipi:

Bahagian putih:
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahagian coklat:
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu teh coklat emulco/4 sudu besar serbuk koko

Gula hangus:
2 sudu besar gula
4 sudu besar air

Cara membuat:
1. Masak gula hangus dan dimasukkan dalm acuan.
2. Panaskan periuk kukus.
3. Blend bahan Bahagian putih dan coklat, asing-asing.
4. Separuh bahan Bahagian coklat dituangkan ke dalam acuan yg berisi gula hangus, dikukus selama 5 minit.
5. Masukkan pula separuh bahagian putih ke acuan dan dikukus selama 5 minit, ulang sehingga habis kedua-dua bahagian. Lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.
6. Sejukkan sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

  1. mcm sedap jer..nnt nak cuba buat jgk lah..makasih

    ReplyDelete
  2. amboi rajinnya rose..mesti sedap

    ReplyDelete
  3. min: mmg sedap, cubalah... tak rugi pnya...

    kak su: semlm buat bwk pi umah MIL, sekali ngadap, tinggal sket ja lagik...

    ReplyDelete
  4. nak try la jugak..tp loyang xdak...pinjam satu kak rose..hihik

    ReplyDelete
  5. rajin ibu ayra bertuah ayra :D

    ReplyDelete
  6. cidah: buat aaa weiii... sedap ooo... loyang? bukan 1, 10 pun bleh....

    nami: bertuah abah ayra....hihihihi...k.long nih rajin buat resipi yg mudah2 ja...

    ReplyDelete
  7. wah sedapnye xpenah wat perasa coklat nk try la nant

    ReplyDelete
  8. cubala nana....rasa sekali mesti nak lagi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails