Wednesday, March 31, 2010

INFO OF THE DAY

Taken from here

There is no egg in the eggplant,
No ham in the hamburger
And neither pine nor apple in the pineapple.
English muffins were not invented in England,
French fries were not invented in France.

We sometimes take English for granted,
but if we examine its paradoxes we find that:
Quicksand takes you down slowly,
Boxing rings are square,
And a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig.

If writers write, how come fingers don't fing?
If the plural of tooth is teeth,
Shouldn't the plural of phone booth be phone beeth?
If the teacher taught,Why hasn't the preacher praught,

If a vegetarian eats vegetables,
What the heck does a humanitarian eat?
Why do people recite at a play,
Yet play at a recital?
Park on driveways and
Drive on parkways?
How can the weather be as hot as hell on one day
And as cold as hell on another?

You have to marvel at the unique lunacy of a language where a house can burn up as it burns down,
And in which you fill in a form
By filling it out
And a bell is only heard once it goes!

English was invented by people, not computers,
And it reflects the creativity of the human race
(Which of course isn't a race at all.)

That is why:
When the stars are out they are visible,
But when the lights are out they are invisible.
And why it is that when I wind up my watch It starts,
But when I wind up this poem It ends.


Tuesday, March 30, 2010

ANNOUNCING....

Dengan ini saya merasmikan pembukaan

ADZRA COLLECTION
http://adzra-collection.blogspot.com/

Aku amat harapkan sokongan daripada korang semua...

GAMBAR ARTIS DAN IBU

Rileks sat...




Kredit to cari.com.my


Monday, March 29, 2010

DEKO! DEKO! DEKO! PT.2

Keciwi btol aku dengan stiker wall deco tu...
Terus buat deko kat dinding rumah...
Tapi baru 2 design...
Satu kat ayra's corner...
Tadi masa ayra memula nampak bunga chumil tu, dia trus jerit "yeay! yeay!... tawe atik"...
Maksudnya "yeay! yeay!...flower cantik"....
Happy aku sebab ayra suka dgn bunga chumil tu...

Dan satu lagi dlm bilik...
Matching colour peach tu dgn kaler cat dinding bilik...
Dan bunga tu plak sama dgn bunga cadar katil yg aku baru pasangkan kemarin...
Macam tau-tau ja... Pandai depa pilih design...

Amacam? Ok tak?
Aku sangat suka, sangat-sangat....

BILA DIA JUMPA SONGKOK

Ayra selalu buka2 laci almari kalau dia masuk dalam bilik tidoq kami...
Dan benda yang paling dia suka main, adalah songkok abah dia..
Layan la gelagat2 ayra bila jumpa songkok abah dia...

Ayra mata satu....*wink*

Ayra mata kuyu..... =)
Ayra dengan rambut yang kusut masai...
Dah disikat pun akan jadi mcm tu balik...
Sebab rambut dia lembut dan halus...
Angin tiup sket ja dah abis serabut jadinya...

Close up...

Ayra tayang gigi plak...
The end!

DEKO! DEKO! DEKO!

Kali nih jom kita mendeko rumah...
Aritu terbaca kat blog Nami dan blog Ibu Arifa pasal deko2 dinding nih...
Memang cantik, dan aku sudah jatuh chenta sama dia...


Tapi bukannya aku yang jumpak or beli sendirik...
Adik aku n family kecik dia dan Nana pi Pesta Konvo UUM...
Depa jumpak kedai jual stiker wall deko nih...
Trus call aku, tanya nak ka dak...
Sah, sah dah aku mmg nak...
So, nih la yang depa belikan untuk aku...
4 design RM10...
Aku suh depa pilih 3 yg kena dgn taste aku dan 1 utk aku letakkan kat dinding ayra's corner...
Total 4 design yang aku pilih daripada 8 design yang depa beli...

Untuk aku, dah pikir kat mana nak letak...

Dan bunga yg chumil nih untuk ayra...

Nanti dah siap lekat, aku post kat blog...
Btw, thanx to fiza (SIL aku n Nana) yang tolong belikan utk kak long...

AWARDS FROM MAMA MIA-ALI, MAMA AISY DAN MAMALYNA

Dah lama tak dapat award...
Tengah blogwalking tiba-tiba terbaca 2 blog nih yang bermurah hati nak bagi award kat aku...
Yang nih from Diyana aka Mama Mia-Ali...
Cantik award nih, ada butterfly n swirl2 gitu.... B&W plak tu...
Makasih diyana...
Actually diyana nih junior aku masa time skolah rendah...
Tup2 jumpak balik kat frenster kot then trus ke dunia blog dan FB...

Yang nih plak daripada Nami aka Mama Aisy...
Nami nih aku kenal since kecik lagi....
Masa family aku dok menyewa kat TI, jitra kami setaman...
Bukan setakat setaman tapi rumah kami satu deret...
Bukan tu saja, mama aku ngasuh Nami dan adik dia Farah sampai depa masuk sekolah...
Alhamdulillah sampai la nih, hubungan tu tak putus...
Tengkiu Nami...

Award nih jugak diberi oleh Ejan aka MamaLyna...
Ejan nih wife kepada En.Hilmy iaitu classmate aku kat poli dulu...
TQ so much ejan...

Award2 nih aku nak bagi khas untuk:
1. Kak Suzi aka Mamasyaza
2. Cheedah
3. Izan
4. Gee Rozihana
5. Ina aka Ibu2AZ

Dan tak lupa jugak untuk semua follower2 aku... Sila ambik ya...

Saturday, March 27, 2010

EARTH HOUR 2010

Earth Hour kembali lagi...
Tahun lepas aku participate...
Insyaallah tahun nih akan sama2 tutup lampu lagik...
Mudah2an akan membantu secara tak langsung...
Jom, kita sama2 tutup lampu malam esok (27 April 2010) dari 8.30-9.30 malam....

Friday, March 26, 2010

CABUTAN BERTUAH RAFLESSIA COLLECTION

Klik pada banner utk join...

KAKYONG'S SHOPPE 1ST GIVEAWAY@CABUTAN BERTUAH

Klik pada banner kalau berminat utk join...

CABUTAN BERTUAH MYBABYSHOPONLINE

Klik banner utk join...

Thursday, March 25, 2010

THE QUILTER'S BAG GIVEAWAY

Wanna win 3 yards of Large Half Circle ribbons from American Crafts Premium Ribbon, 3 Fat Quarters ( 2 x Calico, 1 x Susan Winget), 4 assorted sizes of flower buttons and 1 Family Living Simply Delicious Chocolate recipe book?
Klik sini kalau nak....

Tuesday, March 23, 2010

RENIM'S GIVEAWAY

My Referer : my-giveaway
Sila klik sini untuk join...

GIVEAWAY CONTEST B'DAY BLOG CIK FA

Hepi 1st burzday to blog cik fa...
Klik banner untuk memeriahkan giveaway nih...

YEAY! SAYA MENANG

Korang ingat lagi dak banner kat atas tu?
Contest 2010 Saya suka pakai brooch tu...
Kalau tak ingat, klik sini...
Yang aku pertaruhkan gambaq kat bwh nih...

Alhamdulillah, aku tersenarai di antara pemenang contest tu....
Bukan hadiah utama yang dapat berkoyan2 brooch tu...
Tapi sekadar hadiah saguhati...
Apa pun, aku sgt suka...
Sebab bukan satu brooch yg aku dpt tapi 3 set brooch dan 1 gelang mutiara...
Seperti gambaq kat bwh nih...

Nak tengok result penuh, sila klik sini...

Monday, March 22, 2010

KEK CARROT

Taraaa.... hasil bakaran ketiga yang kluar dari oven aku...
Carrot kek yang mudah dan sedap...
Cuma gaulkan saja bahan2 nya...
Resipi aku godek dari MyResipi...

Bahan-bahan ( 1 biji kek )
  • 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis(aku x letak coz x suka)
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)(nih pun aku x letak)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
Cara-cara
  1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
  3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
  5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

BONDING MOMENT WITH OPAH CONTEST

Lama rasanya tak join contest yg melibatkan ayra...
So aku decide utk join contest yg dibuat oleh Pn. ApasH...
Bonding Moment with Opah Contest...

Tapi untuk ayra aku tukarkan tajuk contest....
Bonding Moment with Tok Ayah Contest...
Tengokla gambaq kat bawah nih...

Kan tok ayah dgn ayra tu....
Bukannya ayra dgn opah ayra yang ayra panggil mama tok...
Aku pilih gambaq nih sebab dalam gambaq nih terserlah kemesraan ikatan kasih sayang antara papa dan cucu sulungnya....
Detail berkenaan gambaq di atas seperti yg diminta oleh puan peganjur...

Nama anak: Mya Adzra Zuhayra (ayra)

DOB: 4th May 2008

Nama ibu: Pn Ros

Nama tok ayah: Cikgu Rusli

Umur ketika gambar diambil: 10 bulan++

YANIE MENTOR MENINGGAL DUNIA...AL-FATIHAH

Entri nih diambil dari sini

yanie mentor meninggal duniaBerita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.

Berita kematian ini Budiey dapati setelah membaca komen di status Facebook Budiey yang ditulis oleh rakan artis iaitu Rubisa Tiasin dan disahkan oleh beberapa orang wartawan. Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter menyatakan mendapat berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.

Samada berita ini sahih atau tidak, sama-sama kita ikuti kenyataan seterusnya dari famili Yanie yang akan dikeluarkan pagi esok. Harap bersabar ya.

Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.

Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.

Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.

Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari budiey.com untuk seluruh famili.

Al-Fatihah

Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penyanyi sambilan
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni : • Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
• Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
• Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
• Menyertai koir sekolah.
• Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
• Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
• Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
• Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
• Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.

Al-fatihah untuk arwah....Semoga rohnya dicucuri rahmat....

Thursday, March 18, 2010

IKAN KERISI MERAH MASAK STIM

Ni kali pertama aku buat ikan masak stim...
Apsal? tak percaya? percayalah.....
Gi kedai tadi tgk ikan apa yg ada....
Ada kerisi merah yg comel2...
Ambik 2 ekor...
Balik terus kluarkan segala rencah utk buat masak stim...

Bwg putih, bwg merah, bwg besar, halia, serai, cabai besaq, cabai melaka, daun limau purut, tomato sebijik, carrot 1/2 btg, bunga kobis, daun sup/daun bwg...
Semua dipotong nipis, pnjg lebih kurang 1-1 1/2 inci...
Siang ikan, lumur garam....
Letak dlm bekas utk kukus, tabur bhn2 tadi...
Letak ayaq separuh cwn...
Dan ini rupa sblom kukus....
Byk bhn sampai tak nampak ikan....hehehehe

Kukuskan lbh kurang 1/2 jam...
Dan hasilnya....
Aku selak sket daun2 ats ikan tu nk bg nmpk kpala ikan....

Sedap hingga menjilat jari...

Related Posts with Thumbnails