Petang kemarin Abu kena ke Darulaman Suite balik, sambung baki kursus kat sana sampai 27 April. So, malam semalam aku balik tidoq rumah mentua. Ni perbualan antara aku dan MIL pagi tadi....
MIL : Boleh tidoq semalam, ros?
Aku : Boleh tapi dekat kol 3 pagi baru bleh lelap...
MIL : La, awat pulak? berubah tempat kot...
Aku : Ermmmm... ntahlah mak. Ya kot. (dalam hati nih dok kata sebab rindukan yang sorang tu, sebab tu takleh tidoq)
MIL : Takpun, sebab tidoq sorang. Ya la, dah besa tidoq dua...
Aku tersenyum. (Mak nih macam paham-paham ja)
Thursday, April 26, 2007
Monday, April 23, 2007
PENGALAMAN MENDEWASAKAN.....
Betul kata orang, pengalaman akan lebih mendewasakan dan mematangkan kita. Setiap masalah yang mendtg dan jika ianya berjaya diatasi akan menjadikan kita lebih menghargai kehidupan ini. Apa jua yang menimpa, bukan alasan untuk kita berputus asa dan bukan alasan untuk melemahkan semangat kita untuk meneruskan sisa-sisa usia yang kita sendiri tak tau bila hari akhirnya. Tugas kita cuma memainkan peranan yang telah kita pilih watak itu dengan sewajarnya. Berbekalkan persekitaran yang pasti byk membantu dan mungkin juga 'sumber inspirasi' akan membuatkan aura kita untuk meneruskan hidup lebih membara. Sesungguhnya, kita perlu menghargai segala apa yang menjadi milik kita. Aku sayang diriku, aku sayang dia, aku sayang 'KAMI' dan segalanya.....
Monday, April 16, 2007
DEMAM RINDU KER....???
Aku demam, selesema, batuk dan sakit tekak. Satu pakej yang lengkap. MIL aku dah banyak kali suh aku gi ambik ubat, nak tau apa yang aku jawab tiap kali disuruh... "xpalah mak, ok lagi ni... nanti kalau melarat, ros p ambik ubat." Ptg tadi aku diusik oleh FIL. Dia kata " kalau segan nak p jitra (tempat kursus abu) sorang, kami bleh teman..." hehehehe, mendalam btol ayat bapak mentua aku nih. Bapak mentua aku nih mcm tau2 ja yang aku memang rindukan abu (tapi demam nih bukan demam rindu aaa). Biasa la, dia lebih dulu makin garam. Mana taknya, baru sebulan kawen dah kena tinggal. Kalau sehari dua takpa jugak, nih dua minggu lebih. Aduhhhh, lama gilest. Rinduku makin hari makin berbunga, berbuah dan akhirnya ranum.... Dengar kata jumaat nih diorg bleh blk bercuti coz BTN yang dikatakan di'combine'kan dgn Induksi tu x jadi buat. Kalu btol bagai dikata, alhamdulillah la jawabnya. Terubat rindu aku :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)