Wednesday, November 03, 2010

REZEKI DI KALA BANJIR

Alhamdulillah, di kala kami sekeluarga kesedihan sebab rumah ditenggelami air (termasuk rumah mama aku di jitra) aku dapat kabar gembira dari Ummi Anas yang ayra menang Cute Muslim & Muslimah Contest anjuran blog beliau.

Ayra dapat tempat ketiga untuk kategori 1B. Tahniah jugak untuk pemenang2 yang lain dan jutaan terima kasih buat juri yang pilih ayra sebagai pemenang.

Klik sini utk info penuh tentang pemenang Cute Muslim & Muslimah Contest.

pssst: rumah aku air blm surut lagi. masih di paras betis. alhamdulillah sebab air tak cecah tilam coz byk barang yg aku letak atas katil. rumah mama di jitra dah surut, dah bleh balik cuci rumah. tima kasih utk semua blogger yg bertanya kabar thru sms atau blog atau FB, aku tak dpt nak balas satu persatu. yang penting kami sekeluarga selamat.

BANJIR 2010


Keadaan di rumah aku pagi tadi (3 nov 2010). Setakat petang ni, air dah naik sehingga paras lutut. Rumah mama di jitra pulak air masuk ke paras pinggang. Berserah saja kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Monday, November 01, 2010

RISAU....BANJIR DAH TIBA

Korang tengok la gambaq2 kat bawah nih. Semua gambaq nih adalah di sekeliling kawasan perumahan aku. Asalnya sawah padi tapi sekarang dah jasi mcm laut.

Kampung2 kat tepi2 kawasan perumahan nih pun dah banjir. Air sungai pun dah hampir penuh.
Tengok berita tadi, paling ramai mangsa banjir dipindahkan adalah di perlis. Aduhhhh, risau...risau...

Sebab rumah aku nih penah banjir pada tahun 2005. Air masuk dalam rumah sedalami 1 kaki. Ujan langsung tak reda, apatah lagi berenti sejak ari sabtu lepas.

Banyak jalan dah ditutup, tak boleh lalu sebab air naik. Tapi mujur di dalam bandar Kangar blom ditutup, masih ok lagi. Tapi kalau keadaan hujan mcm nih, tak tau la nak kata apa. Harap2 hujan berenti... Amin...

pssst: Banjir besar 2005, rumah mama aku tenggelam paras dada. (dada aku yg tinggi 173cm nih). Peristiwa tu pada 18 Dis 2005, sehari sblom iaitu 17 Dis adalah hari pertunangan aku dgn en abu. Abis semua hantaran tenggelam banjir.

Related Posts with Thumbnails