Saturday, September 10, 2005

TRAFFIC LIGHT....

Dalam entry kali nih, aku nak kongsi dengan korang tentang something yang berkaitan dengan telemovie yang aku tengok tadi. Maybe ada jugak yang tengok. Tajuk dia TRAFFIC LIGHT.
Dialog kat bawah nih ada dalam telemovie tu.

"Hidup ini umpama traffic light. Bila tiba masanya kita terpaksa berhenti. Sampai
waktu lain, kita boleh teruskan perjalanan. Oleh itu, hidup harus diteruskan."

Biasanya orang banyak kaitkan hidup ini dengan RODA. Yang dikatakan pada suatu masa kita berada di atas dan suatu masa yang lain, kita akan ke bawah. Segaln perumpamaan ini bagi aku, dibuat untuk dijadikan sebagai renungan kepada kita dalam meniti kehidupan yang banyak dugaan dan rintangan yang kadangkala menuntut sebuah pengorbanan. Renungkanlah......

Thursday, September 08, 2005

KEMBALI......

Haii....aku dah balik. Sampai petang tadi kol 6.45, bertolak dari jitra kol 10.30 pagi. On the way bas cuma berhenti kat Perkampungan Buah-buahan Tropika Bukit Gantang, tempat rehat kat highway. Baru kot tapi memang lawa tempat tu, khusus untuk jual buah-buahan tempatan. Kedai makan pun ada tapi tak banyak.

Sepanjang aku kat kampung, memang menikmati sepenuhnya segala yang ada kat sana. Balik pun satu semester sekali. Mama dah siap senarai resipi yang dia nak masak untuk aku sepanjang kat kampung. Ikan terubok bakar sumbat nyioq, udang goreng, ayam masak kicap berlada, gulai ketam, asam pedas ikan terubok. Pendek kata semua feveret aku mama buat. Laksa pun buat tapi aku yang buat. Licin...
Image hosted by Photobucket.com
Papa dukung Sumaiyah...

Aktiviti wajib sepanjang kat kampung apa lagi, main ngan bebudak ngasuh mama aa. Take over tugas mama jaga mus'ab, sumaiyah, mei-mei, ibtisam. Suka sangat melayan budak-budak nih, macam-macam karenah diorang. Kekadang sampai x kering gusi aku...
Image hosted by Photobucket.com
tengok ler gelagat ibtisam, mei-mei, mus'ab bila disuruh bergambar

Hmmm... dgn si dia, sempat jumpa dua kali. First masa dia singgah umah on the way balik kampung dari Ipoh. Saja gi ziarah sedara katanya. Aritu sempat dia merasa laksa hasil air tangan aku (bangganya, hehehehe). Siap bertambah-tambah. Second, kitorang kluar dinner. Memula nak gi kafe tempat dia selalu lepak ngan best fren dia tapi tutup plak. So, kena la cari tempat lain. Tak kisah la kat mana janji aku nak makan western food malam tu. Cari punya cari, dapat satu tempat. Boleh tahan la dia nyer chicken chop. Anyway, thanx dear-->'jgn pening-pening pikir pasal tu ok, kita setel sesama.'

Sekarang dah ada di bumi Melaka, so kena fikirkan apa yang patut aku buat kat sini. Concentrate. Especially, buah hati pengarang jantungku PSM. Bersambunglah episod aku dan PSMku...

Thursday, September 01, 2005

BALIK KAMPUNG.....

Yesss, masa yang ditunggu-tunggu dah tiba. Akhirnya cuti semester, maklumlah sem nih takde banyak cuti yang panjang-panjang yang membolehkan aku balik kampung. Mana taknya, kampung aku nun di utara semenanjung, jauh banget. Mau berakar bontot dok atas bas. Hehehehe, wutever pun memang best bila sampai time nih. Kali nih trip balik kampung aku 2nd last sebelum aku menamatkan pengajian (insyaAllah). Last sekali terus angkut sumer barang aa, pastu konvo plak baru kembali ke Bumi bersejarah nih. Mudah-mudahan aku dipanjangkan umur, dapat aku naik pentas masa konvo nanti.

Image hosted by Photobucket.com

Malam nih naik bas, VIP seat lagi. Doakan aku selamat sampai dan selamat kembali. Insyaallah next week aku kembali ke tanah Hang Tuah nih. Hmmmmm, bestnya dapat balik kampung. Dapat jumpa orang-orang tersayang, dapat makan masakan mama, dapat main dengan anak-anak ngasuh mama, dapat ngusik nana, dapat gi jejalan ngan si dia dan macam-macam ada kat sana. Pendek kata, memang cukup segalanya.

Wutever pun, yang ditinggalkan di sini tak dilupa. Apa yang ditinggalkan di sini, hanya sementara. Cuti, cuti jugak. PSM jangan lupa, masa depan tu. Oklah, nanti balik aku ceta program kat kampung ok. Jaga diri semua yang kat sini, aku sayang korang semua...
Related Posts with Thumbnails